Rencana ini
ialah rencana yatim, kerana tiada rencana yang lain mempunyai pautan ke laman ini. (October 2025) |
| Kim Kyung-cheon | |
| Nama Korea | |
|---|---|
| Hangul | 김광서 [1] |
| Hanja | 金光瑞 |
| PDS | Gim Gwangseo |
| MR | Kim Kwangsŏ |
| Other names | |
| Hangul | 김경천, 김응천 |
| Hanja | 金擎天, 金應天 |
| PDS | Gim Gyeongcheon, Gim Eungcheon |
| MR | Kim Kyŏngch'ŏn, Kim Ŭngch'ŏn |
Kim Kyung-cheon (Korea: 김경천; 5 June 1888 – 2 January 1942) merupakan seorang aktivis kemerdekaan Korea dan pemimpin ketenteraan.
Kehidupan awal
Pada tahun 1888, beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya bertradisi yangban di Daerah Pukchong, Wilayah Hamgyong Selatan, Joseon, sebagai anak kelima kepada bapanya, Kim Jeong-woo. Nama asalnya ialah Kim Ung-chon. Pada tahun 1909, beliau berkahwin dengan You Jong. Beliau kemudiannya memasuki Akademi Tentera Empayar Jepun dan menamatkan pengajian pada tahun 1911, seterusnya memperoleh pangkat leftenan kavalri dalam Tentera Empayar Jepun.
Gerakan kemerdekaan
Pada Jun 1919, beliau melarikan diri ke Manchuria bersama Ji Chong-cheon untuk menyertai gerakan kemerdekaan Korea, bekerja sebagai pelatih. Namun begitu, selepas hanya enam bulan, beliau berhubung dengan beberapa aktivis Korea dan berpindah ke Vladivostok[2] untuk berjuang di bawah pimpinan Kim Kyu, yang terkenal kerana kemenangannya ke atas sebuah batalion Jepun.[3] Operasi utamanya selepas tiba di Vladivostok ialah menentang militia China yang disokong oleh Jepun. Dalam tempoh ini, beliau memilih Kim Kyung-cheon sebagai nama samaran.
Semasa Perang Saudara Rusia, angkatanya berjaya mengagumkan para komander Tentera Merah dengan tahap disiplin yang baik.[4] Pada Januari 1923, beliau menghadiri persidangan Kerajaan Sementara Korea di Shanghai dan memutuskan untuk menubuhkan sebuah rejim Korea berhaluan komunis yang berpusat di Kesatuan Soviet. Namun begitu, Comintern menafikan kesahihan "republik" tersebut sebagai sebuah entiti bebas, menyebabkan Ji meninggalkan Kesatuan Soviet manakala Kim kekal.
Semasa Pembersihan Besar-besaran, Kim telah ditangkap kerana membantah dasar Pemindahan Orang Korea oleh Joseph Stalin dan akhirnya meninggal dunia di sebuah penjara Soviet. Beliau bersama Chi Ch’ŏngch’ŏn dan Shin Dong-cheon digelar "Tiga Cheon Manchuria Selatan" (南满三天). Beliau juga dirujuk sebagai 擎天金将軍 (경천 김장군), yang secara harfiah bermaksud “Jeneral Kim Penyangga Langit”, oleh orang Korea di Manchuria.
Beberapa sumber percaya bahawa pemimpin Korea Utara, Kim Il Sung telah mencuri identitinya selepas kematiannya.[5] Pada tahun 1974, Lee Myung-young menerbitkan sebuah buku berjudul The Legend of Kim Il-sung, di mana beliau mendakwa bahawa Jeneral Kim Il Sung yang asal merupakan graduan Akademi Tentera Empayar Jepun.
Catatan
- ^ 예지숙. 김광서(金光瑞). Encyclopedia of Korean Culture (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 16 September 2025.
- ^ 大正九年一月二十三日高警第一五三五号 秘 国外情報 不逞鮮人ノ行動(浦潮派遣員報告)「哈爾賓埠頭区十三道街居住金擎天ナル者ヨリ、目下浦潮ニ居住セル元平安南道平壌鎮衛隊下士ニシテ暴徒派不逞鮮人金燦五、及元咸鏡南道北青鎮衛隊下士崔元吉、並海牙密使事件ノ張本人李儁ノ実子李鏞等十二名ニ宛テ、陰十二月十五日(陽暦二月四日)愈々前進ノ予定ナルヲ以テ各位ハ二十人長トシテ部下ヲ引率シ同日迄ニ哈爾賓ニ集合セラレ度シトノ書面ノ発送シ来レリト謂フ」
- ^ "[다시쓰는 독립운동列傳]III러시아편-2. 노령지역 무장투쟁가 김규면". 18 Julai 2005.
- ^ 『シベリア出兵 革命と干渉 1917–1922 (Siberia Expedition: Revolution and Intervention)』pp.486-487
- ^ III러시아편-2. 노령지역 무장투쟁가 김규면
Bacaan tambahan
- Lee Myung-young 『金日成は四人いた(The Four Kim Il Sungs)』成甲書房、2000年。ISBN 4-88086-108-1
- 独立運動家・金擎天の研究(1998年9月論文)박 환 Diarkibkan 17 Oktober 2007 di Wayback Machine
- 《경향신문》 (2005.9.5) 다시쓰는 독립운동列傳 III러시아편-5. 시베리아 항일영웅 김경천








