Kim Jong-il 김정일 金正日 | |
---|---|
Pemimpin Agung Korea Utara | |
Dalam jawatan 8 Julai, 1994 – 18 Disember, 2011 | |
Presiden | Kim Yong-nam |
Premier | Hong Song-nam Pak Pong-ju Kim Yong-il Choe Yong-rim |
Didahului oleh | Kim Il-sung |
Digantikan oleh | Kim Jong-un |
Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Negara Korea Utara | |
Dalam jawatan 9 April, 1993 – 18 Disember, 2011 | |
Timbalan | Jo Myong-rok |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Panglima Tertinggi Tentera Rakyat Korea | |
Dalam jawatan 24 Disember, 1991 – 18 Disember, 2011 | |
Didahului oleh | Kim Il-sung |
Setiausaha Agung Parti Buruh Korea | |
Dalam jawatan 8 Oktober, 1997 – 18 Disember, 2011 | |
Didahului oleh | Kim Il-sung |
Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Buruh Korea | |
Dalam jawatan 8 Oktober, 1997 – 18 Disember, 2011 | |
Didahului oleh | Kim Il-sung |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Vyatskoye, Kesatuan Soviet (rekod Soviet) 16 Februari 1942 Gunung Baekdu, Korea jajahan Jepun (rekod Korea Utara) | 16 Februari 1941
Mati | 17 Disember 2011 | (umur 69)
Parti politik | Parti Buruh Korea |
Pasangan | Kim Young-sook Song Hye-rim Ko Young-hee Kim Ok |
Anak | Kim Sul-song Kim Jong-nam Kim Jong-chul Kim Jong-un |
Tempat belajar | Universiti Kim Il-sung Universiti Malta |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Korea Utara |
Cabang/khidmat | Tentera Rakyat Korea |
Tahun khidmat | 1991–2011 |
Pangkat | Wonsu |
Pangkalan | Pemerintah Tertinggi |
Kim Jong-il | |
---|---|
Chosŏn'gŭl | 김정일 |
Hancha | 金正日 |
McCune–Reischauer | Kim Chŏngil |
Perumian Semakan | Gim Jeong(-)il |
Kim Jong-il (Jawi: کيم جوڠ-ءيل ; nama kelahiran: Yuri Irsenovich Kim menurut rekod Soviet;[1][2][3][4] Jawi: يوري ايرسنوۏيش کيم ; 16 Februari, 1941 (rekod Soviet) atau 16 Februari, 1942 (rekod Korea Utara) – 17 Disember, 2011[5])) ialah Pemimpin Agung Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara). Beliau merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Negara, Setiausaha Agung Parti Buruh Korea, iaitu parti pemerintah sejak tahun 1948 dan Panglima Agung Tentera Rakyat Korea, iaitu tentera keempat terbesar di dunia. Pada April 2009, perlembagaan Korea Utara dipinda supaya menggelarnya sebagai"Pemimpin Agung" secara tersirat.[6] Beliau juga digelar "Pemimpin Tersayang", "Bapa Kita", "Jeneral" dan "Generalisimo".[7]
Pemerintah Korea Utara
Presiden Kim Il-sung meninggal pada 8 Julai 1994, pada usia 82 tahun akibat serangan jantung. Kim Il-sung tidak digantikan sebagai Presiden, sebaliknya menerima gelaran "Presiden Abadi", dan bersemadi di Istana Peringatan Kumsusan di tengah bandaraya Pyongyang. Jawatan aktif ini telah dibubarkan dalam penghormatan kepada peringatan Kim Il-sung. Kim Jong-il secara rasminya menerima gelaran Setiausaha Jeneral Parti Buruh Korea dan pengerusi Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Negara Korea Utara pada 8 Oktober 1997. Pada tahun 1998, jawatan beliau dalam Suruhanjaya Pertahanan diisytiharkan sebagai "jawatan tertinggi dalam negara", maka Kim boleh dianggap sebagai ketua negara Korea Utara semenjak hari itu. Oleh sebab Kim bukanlah presiden, beliau tidak diwajibkan mengikut perlembagaan untuk mengadakan pilihanraya untuk mengesahkan kesahan kepimpinan beliau dan maka itu, beliau masih belum lagi berbuat demikian.
Ekonomi
Ekonomi kawalan pusat Korea Utara bergelut sepanjang 1990-an, terutamanya disebabkan kehilangan of penyusunan perdagangan strategik dengan Kesatuan Soviet[8] dan ketegangan hubungan dengan China berikutan penormalan China dengan Korea Selatan pada tahun 1992.[9] Selain itu, Korea Utara mengalami banjir besar yang memecah rekod dunia (1995 dan 1996) diikuti kemarau yang dahsyat selama beberapa tahun bermula tahun 1997.[10] This, compounded with only 18 percent arable land[11] dan ketidakmampuan untuk mengimport barang-barang yang perlu untuk menampung industri,[12] yang menyebabkan kebuluran besar-besaran dan menyebabkan Korea Utara mengalami kemelesetan ekonomi. Kim yang menghadapi sebuah negara yang makin mereput ini mengamalkan satu dasar "Tentera Diutamakan" (선군정치, Sŏn'gun chŏngch'i) untuk menguatkan negara dan mengukuhkan rejim.[13] Di seluruh negara, dasar ini telah menghasilkan kadar pertumbuhan yang positif untuk negara sejak tahun 1996, dan pelaksanaan "amalan ekonomi pasaran berjenis sosialis sebagai titik perubahan" pada tahun 2002 memastikan kekukuhan Korea Utara yang sungguhpun masih bergantung kepada bantuan negara luar untuk makanan.[14]
Akibat musibah-musibah pada 1990-an, kerajaan mula mengizinkan secara rasmi beberapa kegiatan barter dan perdagangan kecil-kecilan. Seperti yang diperhati oleh Daniel Sneider, pengarah sekutu penyelidikan di Pusat Penyelididkan Asia-Pasifik Universiti Stanford, godaan dengan kapitalisme ini "agak terhad, tetapi — khususnya jika dibandingkan dengan masa dahulu — kini terdapat pasaran-pasaran yang nyata menimbulkan kesamaan dengan sistem pasaran bebas."[15] Paa tahun 2002, Kim Jong-il mengisytiharkan bahawa "duit sepatutnya mampu mengukur nilai semua komoditi."[16] Alamat-alamat yang menghala ke arah pembaharuan ekonomi ini mencerminkan tindakan serupa yang diambil Deng Xiaoping di China pada akhir 1980-an dan awal 90-an. Sewaktu mengadakan lawatan yang jarang sekali diadakan pada tahun 2006, Kim meluahkan rasa kagum terhadap pembangunan ekonomi yang pesat di China.[17]
Hubungan luar
Pada tahun 1998, Presiden Korea Selatan Kim Dae-jung melaksanakan "Polisi Sunshine" (햇볕 정책, Haetpyŏt chŏngch'aek) bagi mengeratkan hubungan antara kedua-dua Korea dan juga untuk membolehkan syarikat Korea Selatan untuk menjalankan projek di Korea Utara. Kim Jong-il mengumumkan rancangan untuk mengimport dan membangunkan teknologi baru untuk memajukan industri perisian Korea Utara yang masih baru. Kesan daridasar baru ini, Taman Perindustrian Kaesong dibina pada tahun 2003 berdekatan sempadan dua Korea, beserta perancangan penglibatan 250 syarikat dari Korea Selatan dan pengambilan 100,000 orang pekerja Korea Utara menjelang tahun 2007.[18] Bagaimanapun, menjelang bulan Mac 2007, taman itu cuma menempatkan 21 syarikat dan mengambil 12,000 orang pekerja Korea Utara.[19]
Kematian
Televisyen kerajaan Korea Utara mengumumkan pemergian Kim Jong-il pada 19 Disember 2011.[20] Pemberita dengan sebaknya mengumukan bahawa beliau meninggal dunia dua hari sebelumnya akibat serangan jantung ketika menaiki keretapi ke suatu tempat di luar Pyongyang.[5] Anaknya, Kim Jong-un diumumkan sebagai pewarisnya dalam siaran khabar tersebut.[21] Upacara pengebumiannya dijadualkan pada 28 Disember di Pyongyang,[5] dengan tempoh berkabung sehingga sehari yang berikutnya.
Kritikan
Kim Jong-il selama ini sering dikritik oleh kerajaan-kerajaan dunia dan NGO antarabangsa atas sebab pencabulan hak manusia sewaktu pemerintahannya, serta juga penghasilan senjata nuklear oleh Korea Utara, yang bertentangan dengan kewajiban antarabangsa yang sah di bawah Perjanjian Ketakcambahan Senjata Nuklear dan komitmen beliau sendiri untuk memastikan Semenanjung Korea bebas daripada senjata nuklear. Kem 22 ialah kem pengasingan tebesar di Korea Utara, di mana seramai 50,000 orang lelaki, wanita dan kanak-kanak yang dituduh melakukan "jenayah" politik ditahan. Timbulnya juga laporan pencabulan hak asasi manusia yang amat ngeri, seperti pembunuhan bayi yang dilahirkan tahanan.[22]
Citarasa mewah Kim turut menarik perhatian media. Dalam konteks sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengehadkan perdagangan barang-barang mewah ke Korea Utara berikutan ujian senjata nuklear negara itu pada Oktober 2006, liputan Reuters menyatakan bahawa "Tiada sesiapa yang menikmati barang mewah lebih berbanding pemimpin agung Kim Jong-il yang bermegah dengan bilik wain bawah tanah yang terbaik di negara denan ruang yang boleh menampung 10,000 botol. Kim juga menggemari makanan mewah seperti udang kara, kaviar dan sushi mahal yang dia telah terbang masuk untuk beliau dari Jepun."[23] Pembelian tahunan arak Hennessy beliau dirangkakan berjumlah $700,000, manakala pendapatan purata rakyat Korea Utara adalah kira-kira $900 setahun.[24]
Sesetengah pembelot Korea Utara menghuraikan satu rangkaian yang direka untuk mengambil gadis remaja yang tercantik di negara untuk dijadikan alat mainan seks untuk Kim dan ahli-ahli pihak pemerintah yang lain. Gadis-gadis ini dirampas dari keluarga mereka dan ditempatkan dalam rumah agam dan rumah tumpangan yang didiami pegawai tinggi. Apabila mencecah usia 20-an, gadis-gadis ini dikahwinkan dengan pegawai berpangkat rendah secara paksa.[25]
Lihat juga
Nota dan rujukan
- ^ Chung, Byoung-sun (22 Ogos 2002), "Sergeyevna Remembers Kim Jong Il", The Chosun Ilbo, dicapai pada 19 Februari 2007
- ^ Sheets, Lawrence (12 Februari 2004), "A Visit to Kim Jong Il's Russian Birthplace", National Public Radio, dicapai pada 19 Februari 2007
- ^ "CNN.com". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-10-04. Dicapai pada 2011-12-19.
- ^ "Kim Jong-Il, Kim Il-Sung - In the Family Business - North Korea: Secrets and Lies - Photo Gallery". LIFE. Dicapai pada 2011-12-19.
- ^ a b c "BBC News - N Korean leader Kim Jong-il dies". Bbc.co.uk. Dicapai pada 2011-12-19. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "bbcdeath" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ McGivering, Jill (29 September 2009). "N Korea constitution bolsters Kim". BBC News. Dicapai pada 7 Mei 2010.
- ^ http://www.imdb.com/title/tt0456012/
- ^ "Prospects for trade with an integrated Korean market", Agricultural Outlook, April 1992.
- ^ "Why South Korea Does Not Perceive China to be a Threat", China in Transition, 18 April 2003.
- ^ "An Antidote to disinformation about North Korea", Global Research, 28 Disember 2005.
- ^ "North Korea Agriculture", Federal Research Division of the Library of Congress, Dipetik 11 Mac 2007.
- ^ "Other Industry - North Korean Targets" Federation of American Scientists, 15 Jun 2000.
- ^ "North Korea’s Military Strategy", Parameters, US Army War College Quarterly, 2003.
- ^ "Kim Jong-il's military-first policy a silver bullet" Diarkibkan 2008-07-05 di Wayback Machine, Asia Times Online, 4 Januari 2007.
- ^ "North Korea's Capitalist Experiment" Diarkibkan 2009-02-16 di Wayback Machine, Council on Foreign Relations, 8 Jun 2006.
- ^ "On North Korea's streets, pink and tangerine buses", Christian Science Monitor, 2 Jun 2005.
- ^ "Inside North Korea: A Joint U.S.-Chinese Dialogue" Diarkibkan 2009-06-10 di Wayback Machine, Institut Keamanan Amerika Syarikat, Januari 2007.
- ^ "Asan, KOLAND Permitted to Develop Kaesong Complex", The Korea Times, 23 April 2004.
- ^ "S. Korea denies U.S. trade pact will exclude N. Korean industrial park", Yonhap News, 7 Mac 2007.
- ^ "North Korean leader Kim Jong Il, 69, has died". Associated Press. 19 Disember2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-20. Dicapai pada 19 Disember 2011. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "Kim Jong Il Has Died". 18 Disember 2011. Dicapai pada 19 Disember 2011.
- ^ "Revealed: the gas chamber horror of North Korea's gulag", The Observer, 1 Februari 2004.
- ^ "North Korea leader Kim set to bear cost of nuclear weapons decision", Irish Examiner, 14 Oktober 2006.
- ^ "North Korean leader loves Hennessey, Bond movies", CNN Washington, 8 Januari 2003.
- ^ Martin.
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Kim Jong-il di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
- Kim Jong Il di Pangkalan Data Nama-nama Terkenal
- Kim Jong Il: Brief HistoryPDF (893 KiB) – Foreign Languages Publishing House, Pyongyang DPR Korea (1998)
- Born in the USSR – Kim Jong-il's childhood.
- The many family secrets of Kim Jong Il
- "Hidden Daughter" Visits Kim Jong-il Every Year (also includes photos of Kim during his youth)
- (Korea) Salasilah keluarga Kim Diarkibkan 2013-08-01 di Wayback Machine