KickFlip | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | 킥플립 |
Asal | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Tahun aktif | 2025–kini |
Penampilan sulung | 20 Januari 2025 melalui karya Flip It, Kick It! |
Syarikat pengurusan | JYP Entertainment |
Syarikat rakaman | JYP Entertainment ![]() |
Anggota semasa |
|
Pautan berkaitan | |
Tapak sesawang | kickflip.jype.com ![]() |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
KickFlip[a] ialah sebuah kumpulan muzik lelaki Korea Selatan yang dibentuk melalui rancangan realiti SBS Loud. Ditubuhkan dan diuruskan oleh syarikat rakaman JYP Entertainment, kumpulan muzik ini terdiri daripada tujuh orang anggota.[1] Mereka memulakan penampilan sulung pada 20 Januari 2025 dengan album mini Flip It, Kick It!.
Nama
Nama kumpulan KickFlip merujuk kepada suatu helah papan selaju di mana pemain akan membuat putaran penuh di sepanjang paksi panjang papan di dalam bahasa Inggeris, yang melambangkan "cita-cita kumpulan itu untuk memecahkan konvensyen bagi menyampaikan persembahan yang berani".[2]
Sejarah
2021–2023: Rancangan realiti Loud
KickFlip bersama-sama dengan The New Six telah dibentuk melalui program realiti televisyen K-pop SBS Loud, yang dihoskan oleh JYP Entertainment dan P Nation. Loud ditayangkan pada Jun 2021 dan berlangsung sehingga September, di mana Kyehoon, Keiju, Amaru, Lee Donghyeon dan Yoon Min dipilih sebagai anggota kumpulan lelaki baharu JYP.[3] Walau bagaimanapun pada April 2023, Yoon Min membuka akaun Instagram peribadinya, seolah-olah mengesahkan pemergiannya dari JYP Entertainment dan kumpulan lelaki yang akan datang.[4] Dia kemudiannya menyertai rancangan realiti Mnet Vocal Showdown pada Oktober 2023.[5]
2024–sekarang: Penampilan pertama
Pada 21 November 2024, semasa Anugerah MAMA 2024 di Los Angeles, pengasas JYP Entertainment Park Jin-young mengumumkan bahawa mereka berada dalam "peringkat persiapan terakhir" untuk kumpulan lelaki yang akan datang dan mendedahkan imej bebayang tujuh anggotanya.[6] Sehari kemudian, JYP mengumumkan nama kumpulan lelaki baharu itu iaitu KickFlip dan tarikh penampilan pertama pada 1 Januari 2025.[6][7] Penampilan sulung kumpulan itu kemudiannya ditangguhkan ke 6 Januari bagi menghormati tempoh perkabungan bagi nahas Penerbangan 2216 Jeju Air.[8] KickFlip mengeluarkan album mini pertama mereka Flip It, Kick It! pada 20 Januari, setelah single prapelancaran "Oh Ya" pada 6 Januari.[2]
Anggota
KickFlip terdiri daripada tujuh orang anggota, di mana dua daripadanya merupakan warganegara Jepun, manakala yang lain pula memegang kewarganegaraan Korea Selatan.
Nama | Pengenalan ringkas | |
---|---|---|
Pentas | Penuh | |
Kyehoon | Lee Kye-hoon (이계훈 · 李啓訓) |
|
Amaru | Mitsuyuki Amaru (満行亜丸) |
|
Donghwa | Lee Dong-hwa (이동화 · 李東花) |
|
Juwang | Jang Ju-wang (장주왕 · 張主汪) |
|
Minje | Choi Min-je (최민제 · 崔旻帝) |
|
Keiju | Okamoto Keiju (岡本佳樹) |
|
Donghyeon | Lee Dong-hyeon (이동현 · 李東玹) |
|
Catatan
- ^ Ditulis dalam bahasa Korea sebagai 킥플립 (kik.peul.lib).
Rujukan
- ^ Seon, Mi-kyung (6 Januari 2025). "JYP 新 보이그룹 킥플립, 1월 20일 데뷔 확정..'응 그래' MV 선공개" [Kumpulan lelaki baharu JYP KickFlip, debut disahkan pada 20 Januari... MV "Oh, Ya" dipralancar] (dalam bahasa Korea). OSEN. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2025. Dicapai pada 6 Januari 2025 – melalui Naver.
- ^ a b Lee, Jung-youn (6 Januari 2025). "7-member Kickflip to make official debut Jan. 20" [Kumpulan 7 anggota Kickflip akan membuat debut rasmi 20 Jan.]. The Korea Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2025. Dicapai pada 6 Januari 2025.
- ^ Lee, Jung-youn (21 Januari 2025). "KickFlip on board to flip K-pop trend" [KickFlip turut serta untuk mengubah trend K-pop]. The Korea Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2025. Dicapai pada 26 Januari 2025.
- ^ @m1nt1me (11 April 2023). "👋👋 #윤민 #yoonmin". Dicapai pada 5 Januari 2025 – melalui Instagram.
- ^ Lim, Chae-ryung (27 Oktober 2023). "'노래방 VS' 기리보이 앞에 선 윤민 "연습생 때 부터 좋아한 롤모델"" ['Karaoke VS' Yoonmin berhadapan dengan Giriboy, "Contoh teladan kegemaran saya sejak saya menjadi pelatih"] (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2023. Dicapai pada 5 Januari 2025 – melalui Naver.
- ^ a b Pyo, Kyung-min (25 November 2024). "JYP to launch new K-pop boy group KickFlip in 2025" [JYP akan melancarkan kumpulan lelaki K-pop baharu KickFlip pada 2025]. The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2025. Dicapai pada 5 Januari 2025.
- ^ Lee, Jung-youn (25 November 2024). "JYP to unveil new boy group KickFlip on New Year's Day" [JYP untuk memperkenalkan kumpulan lelaki baharu KickFlip pada Hari Tahun Baru] (dalam bahasa Inggeris). The Korea Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2025. Dicapai pada 26 Januari 2025.
- ^ Lee, Jung-youn (1 Januari 2025). "JYP postpones debut promotion for KickFlip amid national mourning period" [JYP menangguhkan promosi debut untuk KickFlip di tengah-tengah tempoh perkabungan negara]. The Korea Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2025. Dicapai pada 5 Januari 2025.