Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Khvicha Kvaratskhelia | ||
Tarikh lahir | [1] | 12 Februari 2001||
Tempat lahir | Tbilisi, Georgia | ||
Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
Posisi permainan | Sayap | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Napoli | ||
Nombor | 77 | ||
Kerjaya remaja | |||
2012–2017 | Dinamo Tbilisi | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2017 | Dinamo Tbilisi | 4 | (1) |
2018–2019 | Rustavi | 18 | (3) |
2019 | → Lokomotiv Moscow (pinjaman) | 7 | (1) |
2019–2022 | Rubin Kazan | 69 | (23) |
2022 | Dinamo Batumi | 11 | (11) |
2022– | Napoli | 68 | (23) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2016–2018 | Georgia B-17 | 21 | (15) |
2017–2019 | Georgia B-19 | 7 | (15) |
2019 | Georgia B-21 | 2 | (1) |
2019– | Georgia | 31 | (15) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:32, 26 Mei 2024 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:57, 18 Jun 2024 (UTC) |
Khvicha "Kvara" Kvaratskhelia (Bahasa Georgia: ხვიჩა კვარაცხელია ; lahir 12 Februari 2001)[2] ialah seorang pemain bola sepak profesional Georgia yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Serie A, Napoli dan pasukan kebangsaan Georgia.
Kvaratskhelia memulakan kerjaya seniornya dengan bermain untuk Dinamo Tbilisi pada usia 16 tahun, sebelum berpindah ke Rustavi di mana dia menghabiskan setengah musim. Semasa tempoh tiga tahun beliau bersama Lokomotiv Moscow dan Rubin Kazan, Kvaratskhelia memenangi dua anugerah Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Rusia berturut-turut. Selepas tempoh singkat di Dinamo Batumi, Kvaratskhelia menandatangani kontrak dengan Napoli pada 2022, dan pada musim sulungnya tersebut, dia membantu kelab itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama, dan memenangi kejuaraan Serie A pertama dalam tempoh 33 tahun, Dia juga berakhir sebagai penyedia bantuan teratas liga. Ini menjadikan dia dinamakan sebagai Pemain Paling Berharga Serie A dan Pemain Muda Terbaik Liga Juara-Juara Musim tersebut.[3]
Dianggap secara meluas sebagai salah seorang pemain Georgia terbaik sepanjang zaman, Kvaratskhelia memantapkan dirinya untuk Georgia dalam semua pasukan remaja kebangsaan, menjadi pemain utama di bawah pengurus yang berbeza. Dia kemudian menjadi sebahagian daripada pasukan senior selepas membuat penampilan sulung pada 2019, dan membantu Georgia layak ke UEFA Euro 2024, kejohanan antarabangsa utama yang pertama di negara itu.[4][5][6]
Kerjaya antarabangsa
Kerjaya awal
Kvaratskhelia membuat penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Georgia pada 7 Jun 2019, sebagai pemain dalam perlawanan kelayakan Euro 2020 menentang Gibraltar.[7] Pada 14 Oktober 2020, dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam keputusan seri 1–1 di Liga Negara-Negara UEFA menentang Macedonia Utara.[8]
Dalam kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 pada 28 Mac 2021, Kvaratskhelia menjaringkan gol ketika menentang Sepanyol,[9] diikuti dengan gol lain tiga hari kemudian menentang Yunani.[10]
Kvaratskhelia menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan fasa pertama Liga Negara-Negara 2022–23, dan mendahului senarai pemain dalam dua pencalonan, termasuk dalam ranking keseluruhan.[11] Dalam baki dua perlawanan musim luruh, dia menambah dua lagi gol, yang menjadikannya pemain Georgia paling prolifik semasa kejohanan ini. Whoscored.com menamakannya dalam kesebelasan terbaik pada bulan Jun dan September dan memberikannya mata penarafan bermusim tertinggi (8.2) dalam kalangan pemain pasukan Kumpulan C.[12]
Pada musim luruh 2023, Kvaratskhelia menambah lima lagi gol dalam catatannya dan menjadi pemain pertama dalam kalangan Tentera Salib yang menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut.[13]
Kelayakan UEFA Euro 2024
Pada Mac 2024, pasukan kebangsaan berjaya menamatkan kempen kelayakan mereka untuk kejohanan Eropah dengan Kvaratskhelia diiktiraf secara meluas sebagai penyumbang penting kepada pencapaian ini.[14]
Kehidupan peribadi
Khvicha ialah anak kepada bekas pemain bola sepak antarabangsa Azerbaijan, Badri Kvaratskhelia.[15] Dia mempunyai dua saudara lelaki, dan adik lelakinya Tornike (l. 2010) juga bermain bola sepak.[16][17] Dia telah digelar "Kvaradona" sempena legenda Napoli, Diego Maradona, dengan kedua-dua mereka mempunyai gaya menggelecek yang hampir sama.[18][19][20][21]
Pada Ogos 2022, Kvaratskhelia mendedahkan dalam temu bual bahawa dia telah berkencan dengan Nitsa Tavadze, seorang pelajar Universiti Perubatan, selama setahun. Majlis perkahwinan mereka telah diadakan di biara Samtavro Mtskheta pada Oktober 2023.[22]
Statistik kerjaya
Kelab
Kelab | Musim | Liga | Piala negara[a] | Benua | Lain-lain | Jumlah | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | ||
Dinamo Tbilisi | 2017 | Erovnuli Liga | 4 | 1 | 1 | 0 | — | — | 5 | 1 | ||
Rustavi | 2018 | Erovnuli Liga | 18 | 3 | 0 | 0 | — | — | 18 | 3 | ||
Lokomotiv Moscow (pinjaman) | 2018–19 | Liga Perdana Russia | 7 | 1 | 3 | 0 | — | — | 10 | 1 | ||
Rubin Kazan | 2019–20 | Liga Perdana Russia | 27 | 3 | 1 | 0 | — | — | 28 | 3 | ||
2020–21 | 23 | 4 | 0 | 0 | — | — | 23 | 4 | ||||
2021–22 | 19 | 2 | 1 | 0 | 2[b] | 0 | — | 22 | 2 | |||
Jumlah | 69 | 9 | 2 | 0 | 2 | 0 | 0 | 0 | 73 | 9 | ||
Dinamo Batumi | 2022 | Erovnuli Liga | 11 | 8 | — | — | — | 11 | 8 | |||
Napoli | 2022–23 | Serie A | 34 | 12 | 0 | 0 | 9[c] | 2 | — | 43 | 14 | |
2023–24 | 34 | 11 | 1 | 0 | 8[c] | 0 | 2[d] | 0 | 45 | 11 | ||
Jumlah | 68 | 23 | 1 | 0 | 17 | 2 | 2 | 0 | 88 | 25 | ||
Jumlah kerjaya | 177 | 45 | 7 | 0 | 19 | 2 | 2 | 0 | 205 | 47 |
- ^ Termasuk Piala Georgia, Piala Rusia, Coppa Italia
- ^ Penampilan di Liga Persidangan Europa UEFA
- ^ a b Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
- ^ Penampilan di Piala Super Itali
Antarabangsa
Pasukan kebangsaan | Tahun | Penampilan | Gol |
---|---|---|---|
Georgia | 2019 | 1 | 0 |
2020 | 4 | 1 | |
2021 | 7 | 4 | |
2022 | 7 | 5 | |
2023 | 9 | 5 | |
2024 | 3 | 0 | |
Total | 31 | 15 |
- Skor dan keputusan menyenaraikan gol Georgia terlebih dahulu, lajur skor menunjukkan skor selepas setiap gol Kvaratskhelia.
No. | Tarikh | Tempat | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 14 Oktober 2020 | Toše Proeski Arena, Skopje, Macedonia Utara | Macedonia Utara | 1–0 | 1–1 | Liga Negara-Negara UEFA C 2020–21 |
2 | 28 March 2021 | Boris Paichadze Dinamo Arena, Tbilisi, Georgia | Sepanyol | 1–0 | 1–2 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 |
3 | 31 March 2021 | Toumba Stadium, Thessaloniki, Yunani | Greece | 1–1 | 1–1 | |
4 | 11 November 2021 | Batumi Stadium, Batumi, Georgia | Sweden | 1–0 | 2–0 | |
5 | 2–0 | |||||
6 | 2 June 2022 | Boris Paichadze Dinamo Arena, Tbilisi, Georgia | Gibraltar | 1–0 | 4–0 | Liga Negara-Negara UEFA C 2022–23 |
7 | 5 June 2022 | Huvepharma Arena, Razgrad, Bulgaria | Bulgaria | 4–1 | 5–2 | |
8 | 9 June 2022 | Toše Proeski Arena, Skopje, Macedonia Utara | Macedonia Utara | 2–0 | 3–0 | |
9 | 23 September 2022 | Boris Paichadze Dinamo Arena, Tbilisi, Georgia | Macedonia Utara | 2–0 | 2–0 | |
10 | 26 September 2022 | Victoria Stadium, Gibraltar | Gibraltar | 1–0 | 2–1 | |
11 | 12 October 2023 | Mikheil Meskhi Stadium, Tbilisi, Georgia | Thailand | 8–0 | 8–0 | Persahabatan |
12 | 15 October 2023 | Mikheil Meskhi Stadium, Tbilisi, Georgia | Cyprus | 2–0 | 4–0 | Kelayakan UEFA Euro 2024 |
13 | 16 November 2023 | Boris Paichadze Dinamo Arena, Tbilisi, Georgia | Scotland | 1–0 | 2–2 | |
14 | 2–1 | |||||
15 | 19 November 2023 | José Zorrilla, Valladolid, Sepanyol | Sepanyol | 1–1 | 1–3 |
Rujukan
- ^ UEFA.com. "Khvicha Kvaratskhelia | Georgia | European Qualifiers". UEFA.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-21.
- ^ Morse, Ben (1 November 2022). "Khvicha Kvaratskhelia: Napoli's Georgian sensation billed 'Kvaradona'". CNN. Dicapai pada 19 August 2023.
'Kvara changed life in Georgia [...]'
- ^ "კვარაცხელიას სუპერგოლი იტალიაში სეზონის საუკეთესოდ დაასახელეს" (dalam bahasa Georgia). Europop.ge. 23 Jun 2023.
- ^ "Khvicha Kvaratskhelia: Napoli's Georgian sensation billed 'Kvaradona'". CNN. 1 November 2022.
- ^ "Kvaradona! Meet Khvicha Kvaratskhelia, the new Napoli star who is gunning for Liverpool in the Champions League". Goal.com. 7 September 2022. Dicapai pada 16 September 2023.
- ^ "Kaladze reveals three favourite Milan memories and weighs in on Leao vs. Kvaratskhelia debate". SempreMilan. 7 April 2023. Dicapai pada 16 September 2023.
- ^ Mamulashvili, Merab (8 June 2019). "ხვიჩა კვარაცხელია ნაკრებში დებიუტზე | ჩემი ოცნება დღეს ავიხდინე" [Khvicha Kvaratskhelia debuted in the national team: "Today, my dream came true."]. First Channel Georgia (dalam bahasa Georgia). Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ Mamulashvili, Merab (15 Oktober 2020). "საქართველომ გასვლაზე კაცნაკლული ჩრდილოეთ მაკედონია ვერ დაამარცხა". First Channel Georgia (dalam bahasa Georgia). Dicapai pada 27 Mei 2024.
- ^ "Georgia 1–2 Spain: Dani Olmo's late winner saves Spain". BBC Sport. BBC. 28 March 2021. Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ "Greece narrowly misses a loss to Georgia at World Cup qualifiers". Neos Kosmos. 1 April 2021. Dicapai pada 27 May 2024.
- ^ "Khvicha Kvaratskhelia leads UEFA Nations League players' ranking". agenda.ge. 15 June 2022.
- ^ "UEFA Nations League C Grp. 4 statistics". Who Scored. Dicapai pada 29 September 2022.
- ^ "კვარაცხელია ნაკრების ბომბარდირებში იაშვილს გაუთანაბრდა". 1tv.ge (dalam bahasa Georgia). Dicapai pada 20 November 2023.
- ^ "ნაკრებს ადამიანების მილოცვა ცნობილი საქართველოს და კლუბების". Crystal Sport (dalam bahasa Georgia). 27 March 2024.
- ^ "Meet Khvicha Kvaratskhelia: Who is Rubin's dazzling tiny dancer?". Russian Premier League. 24 October 2020.
- ^ ბავშვი, რომელიც ყველას ატყუებს - 10 წლის კვარაცხელია ძმის კვალზე
- ^ 5 minutes with Khvicha Kvaratskhelia | 5 minuti con Khvicha Kvaratskhelia, dicapai pada 7 September 2022
- ^ Nechepurenko, Ivan; Smith, Rory (26 October 2022). "The Instant Legend of Kvaradona". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 3 November 2022.
- ^ Saab, Basil (8 September 2022). "Napoli pounced as rivals slept on 'Georgian Messi'". BeIN Sports Australia. Dicapai pada 14 October 2022.
- ^ Bandini, Nicky (22 August 2022). "'Kvaradona' has Napoli fans daring to dream after summer of discontent". The Guardian. Dicapai pada 5 October 2022.
- ^ Bysouth, Alex (7 September 2022). "Who is the Napoli winger Kvaratskhelia who's dubbed as Kvaradona?". BBC Sport. Dicapai pada 5 October 2022.
- ^ "ფოტო, ვიდეო: "ულამაზესი, ქართული ოჯახი"". fortuna.ge (in Georgian). 16 October 2023.
- ^ Templat:WorldFootball.net
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamasoccerway
- ^ "Khvicha Kvaratskhelia". EU-Football.info. Dicapai pada 22 August 2022.
- ^ "Kvaratskhelia, Khvicha". National Football Teams. Dicapai pada 22 August 2022.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Khvicha Kvaratskhelia |
- Khvicha Kvaratskhelia di laman web S.S.C. Napoli
- Khvicha Kvaratskhelia di UEFA
- Khvicha Kvaratskhelia di FC Rubin Kazan (dalam bahasa Rusia)
- Laman web Soccerbase: Statistik kerjaya Khvicha Kvaratskhelia
- Biodata Khvicha Kvaratskhelia di Soccerway
- Sumber CS1 bahasa Georgia (ka)
- Kelahiran 2001
- Orang yang masih hidup
- Pemain bola sepak dari Tbilisi
- Pemain bola sepak lelaki dari Georgia (negara)
- Pemain tengah bola sepak persatuan lelaki
- Pemain FC Dinamo Tbilisi
- Pemain FC Metalurgi Rustavi
- Pemain FC Lokomotiv Moscow
- Pemain FC Rubin Kazan
- Pemain FC Dinamo Batumi
- Pemain SSC Napoli
- Pemain Liga Erovnuli
- Pemain Liga Perdana Rusia
- Pemain Serie A
- Pemain UEFA Euro 2024