Khuzdar | |
---|---|
Bandar | |
Negara | Pakistan |
Provinsi/Wilayah | Balochistan |
Aras | 1,237 m (4,058 ft) |
Zon waktu | UTC+5 (PST) |
Khuzdar atau Khozdar (Balochi: خضدار) adalah sebuah bandar yang terletak di Daerah Khuzdar di Balochistan, Pakistan. Khuzdar adalah ibu kota Daerah Khuzdar, yang diwujudkan pada 1 Mac 1974. Sebelum ini, Khuzdar merupakan sebahagian daripada Daerah Kalat.
Demografi
Lebih 99% daripada rakyat kawasan tersebut beragama Islam. Penduduk Daerah Khuzdar telah dianggarkan lebih 525,000 orang pada tahun 2005. Suku-suku utama di daerah Mengal adalah Bizenjo, Kurd, Jattak, Muhammad Hasni, Zehri, dan Mengal.