Ketua Turus Pertahanan | |
---|---|
Jefe del Estado Mayor de la Defensa | |
Turus Pertahanan Sepanyol Kementerian Pertahanan | |
Jenis | Pegawai tentera tertinggi |
Gelaran | The Most Excellent |
Singkatan | JEMAD |
Lapor kepada | Perdana Menteri Menteri Pertahanan |
Bidang kuasa | Sepanyol |
Institusi | Defence Staff (en) |
Pusat | Vitruvio Street, Madrid |
Penama | Perdana Menteri Setelah dibincangkan dalam Jemaah Menteri |
Dilantik oleh | Raja Ditandatangan balas oleh Perdana Menteri |
Surat cara pembentukan | Kriteria Asas Akta Pertahanan Negara dan Pertubuhan Ketenteraan 1984 |
Pelopor | Pengerusi Lembaga Ketua Turus Bersama |
Dibentuk | 11 Januari 1984 |
Pemegang pertama | Laksamana Jeneral Ángel Liberal Lucini |
Gaji | € 122,000 per year |
Tapak web | (dalam bahasa Sepanyol) Website of the Defence Staff |
sunting · sunting di Wikidata |
Ketua Turus Pertahanan (Sepanyol: Jefe del Estado Mayor de la DefensaAngkatan Tentera Sepanyol dan merupakan penasihat utama tentera kepada Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Majlis Pertahanan Negara dan Majlis Keselamatan Negara. Ia adalah pihak berkuasa tentera keempat negara selepas Raja, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerana Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan Setiausaha Rendah Pertahanan tidak mempunyai kuasa ketenteraan.
, JEMAD) ialah pegawai tentera tertinggi dalamJawatan JEMAD mempunyai tiga peranan berbeza: peranan sokongan, membantu dan menasihati Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dalam hal ehwal ketenteraan dan menyokong Setiausaha Rendah Pertahanan dalam tugas-tugasnya ke atas anggota tentera; peranan strategik, menjadi pegawai yang bertanggungjawab mereka bentuk strategi ketenteraan, mengarah operasi ketenteraan dan tindakan untuk menjamin kebebasan ruang siber (dengan seliaan Menteri), menugaskan pasukan tentera untuk misi dan memberi arahan kepada Ketua-Ketua Turus lain untuk melantik komander baru; dan peranan persiapan, menyelaras Ketua-Ketua Turus dan memberi arahan kepada mereka untuk mempersiapkan pasukan tentera, mengawasi organisasi dalaman cabang-cabang yang berlainan, mewujudkan undang-undang dan peraturan bersama Angkatan Tentera, memastikan pematuhan dengan disiplin tentera, motivasi staf dan kesejahteraan mereka dan menubuhkan organisasi Angkatan Tentera (dengan penyelarasan bersama Ketua-Ketua Turus lain).[1]
Ketua Turus Pertahanan memanggil mesyuarat dan menyelaras gerak kerja Turus Pertahanan (EMAD), sebuah badan pemerintahan dan sokongan tambahan kepada Ketua Turus Pertahanan yang terdiri daripada Ketua Turus Pertahanan, Ketua Turus Pertahanan Bersama, Panglima Markas Operasi, Timbalan Panglima Markas Operasi, Pengarah Pusat Perisikan Angkatan Tentera, Panglima Markas Bersama Siber-Pertahanan, Pengarah Pusat Tertinggi bagi Pengajian Pertahanan Nasional, Laksamana Armada, Ketua Markas Tempur Tentera Udara dan Ketua Unit Kecemasan Tentera.[2]
Terdapat dimana keadaan Ketua-Ketua Turus Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara menasihati Ketua Turus Pertahanan, mereka tidak bergantung langsung kepada JEMAD tetapi kepada Menteri Pertahanan.
Lihat juga
- Ketua Turus Tentera Darat (Sepanyol)
- Ketua Turus Tentera Laut (Sepanyol)
- Ketua Turus Tentera Udara (Sepanyol)
- Menteri Pertahanan
- Kapten Jeneral Tentera Darat
- Kapten Jeneral Tentera Laut
- Kapten Jeneral Tentera Udara
- Angkatan Tentera Sepanyol
Rujukan
- ^ "Royal Decree 521/2020, of May 19, which establishes the basic organization of the Armed Forces". BOE.es. Dicapai pada 21 May 2020.
- ^ "Ministry of Defence Order 166/2015, of January 21, by which the basic organization of the Armed Forces is developed". www.boe.es (dalam bahasa Sepanyol). Dicapai pada 2018-09-30.