
Dalam bidang mekanik bendalir, keseimbangan hidrostatik merujuk kepada keadaan bendalir atau plastik yang bersifat pepejal apabila pegun yang berlaku apabila daya luar seperti graviti diseimbangkan oleh daya kecerunan tekanan.[1] Dalam bidang fizik keplanetan Bumi, daya kecerunan tekanan menghalang graviti daripada meruntuhkan atmosfera Bumi menjadi cangkerang nipis dan padat, manakala graviti menghalang daya kecerunan tekanan daripada merewangkan atmosfera ke angkasa lepas.[2][3] Secara umum, ia merupakan punca objek di angkasa berbentuk sfera.
Keseimbangan hidrostatik merupakan kriteria pembeza antara planet kerdil dan jasad kecil sistem suria, serta ciri penting dalam bidang astrofizik dan bidang geologi keplanetan. Apa yang dikatakan kelayakan dari segi keseimbangan itu menunjukkan bahawa bentuk objek adalah bulat secara simetri, utamanya disebabkan oleh putaran, sehingga menjadi bentuk elipsoid, dengan sebarang ciri permukaan yang tidak teratur adalah merupakan akibat daripada kerak pepejal yang agak nipis. Sebagai tambahan kepada Matahari, terdapat berpuluh jasad yang mencapai keseimbangan telah disahkan kewujudannya dalam Sistem Suria.
Lihat juga
- Senarai objek membulat secara graviti dalam Sistem Suria; senarai objek yang mempunyai bentuk bulat elipsoid disebabkan oleh gravitinya sendiri (tetapi tidak semestinya mencapai keseimbangan hidrostatik)
- Statik
Rujukan
- ^ White, Frank M. (2008). "Pressure Distribution in a Fluid". Fluid Mechanics. New York: McGraw-Hill. m/s. 63, 66. ISBN 978-0-07-128645-9.
- ^ Vallis, Geoffrey K. (6 November 2006). Atmospheric and Oceanic Fluid Dynamics: Fundamentals and Large-scale Circulation. Cambridge University Press. ISBN 9781139459969.
- ^ Klinger, Barry A.; Haine, Thomas W. N. (14 March 2019). Ocean Circulation in Three Dimensions. Cambridge University Press. ISBN 9780521768436.
Pautan luar
- Strobel, Nick. (May, 2001). Nick Strobel's Astronomy Notes.
- Demonstration di YouTube by Richard Pogge, Ohio State University, Department of Astronomy