Kerekup | |
---|---|
Setangkai buah kerekup | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | F. jangomas
|
Nama binomial | |
Flacourtia jangomas | |
Sinonim[1] | |
|
Kerekup, kerukup, kelukub, kerkuh, kerkup atau kurkup (nama botani: Flacourtia jangomas)[2][3][4]:73[5] ialah spesies tumbuhan dalam keluarga Salicaceae.[6][7]
Ia mungkin tumbuh asli di India. Ia ditanam di kawasan-kawasan pamah tropika.[4][8]
Botani
Pokok kerekup kecil dan tumbuh setinggi 6–14 meter. Batang muda pokok berduri. Kulit kayu batang pokok yang tua berwarna perang pucat atau kemerahan dan mengelupas. Helai daunnya berbentuk bujur dengan ukuran 5–11 sentimeter panjang dan 2–5.5 sm lebar. Daun-daun dan akarnya mengandungi tanin.[3][4]:72–73
Buah kerekup berukuran garis pusat 1.5–2.5 sm. Buah mudanya muncul berwarna hijau; ia bertukar warna menjadi merah, ungu atau hitam selepas ia masak. Isinya berwarna kuning kehijauan.[3][4]:73[8]
Rujukan
- ^ "Flacourtia jangomas (Lour.) Raeusch". Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 19 Julai 2023.
- ^ "Flacourtia jangomas". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b c Hean Chooi Ong (2006). Buah: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 18–19, 70–71. ISBN 9789676118929.
- ^ a b c d Sleumer, Herman Otto (Disember 1954). "Flacourtiaceae". Flora Malesiana. 5 (1): 1–106 – melalui Naturalis Institutional Repository.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kĕrkup". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 575 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Hanelt, Peter; Institute of Plant Genetics and Crop Plant Research, penyunting (2001). Mansfeld's Encyclopedia of Agricultural and Horticultural Crops: (Except Ornamentals). Springer. m/s. 3700. ISBN 978-3-540-41017-1.
- ^ Chandra, Indrani; P. Bhanja (25 Ogos 2002). "Study of organogenesis in vitro from callus tissue of Flacourtia jangomas (Lour.) Raeusch through scanning electron microscopy". Current Science. India: Persatuan Sains Semasa dan Akademi Sains India. 83 (4): 476–479.
- ^ a b "Flacourtia jangomas (Lour.) Raeuschel". Pacific Island Ecosystems at Risk. Dicapai pada 19 Julai 2023.
Pautan luar
- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Profil spesies di Flora and Fauna Web, Lembaga Taman Negara Singapura