Keratan tumbuhan atau keratan batang (sekiranya melibatkan batang atau ranting) adalah potongan tumbuhan yang digunakan dalam hortikultur untuk kaedah pembiakan vegetatif (aseks). Keratan batang ini akan mengeluarkan akar dan tunas lalu berkembang menjadi pokok baru. Sesetengah tumbuhan juga boleh ditanam dari kepingan daun disebut keratan daun. Mata tunas (scion) yang digunakan dalam kaedah cantuman juga boleh disebut keratan.
Penerangan
Potongan batang atau akar tumbuhan sumber akan diletakkan dalam medium yang sesuai seperti tanah lembap. Jika persekitarannya sesuai, keratan tumbuhan itu akan mula berkembang sebagai tanaman baru yang terpisah daripada induk. Pembiakan tumbuhan melalui keratan adalah satu bentuk kuna pengklonan.
Terdapat beberapa kelebihan keratan, terutamanya dimana anak-anak yang dihasilkan adalah klon praktikal dari tanaman induk. Sekiranya tumbuhan mempunyai sifat yang menguntungkan, jadi tanaman itu boleh terus menyebarkan maklumat genetiknya yang berfaedah kepada anak-anaknya. Ini sangat menguntungkan lantaran membolehkan petani komersial mengklonkan tumbuhan tertentu untuk memastikan ketekalan setiap tanaman mereka.