Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat ڤمرينته ڤرسکوتوان اميريکا شريکت | |
---|---|
United States Federal Government | |
Umum | |
Pembentukan | 1789 |
Dokumen pengasasan | Perlembagaan Amerika Syarikat |
Negara | Amerika Syarikat |
Bidang kuasa | Amerika Syarikat |
Laman sesawang | www |
Cabang perundangan | |
Perundangan | Kongres |
Tempat persidangan | Kapitol |
Cabang eksekutif | |
Ketua pemerintah dan negara | Presiden |
Dilantik oleh | Badan Pemilih |
Ibu pejabat | Rumah Putih |
Alat utama | Kabinet |
Jabatan | 15 |
Cabang kehakiman | |
Mahkamah | Mahkamah Agung |
Pusat | Bangunan Mahkamah Agung |
sunting · sunting di Wikidata |
Amerika Syarikat |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Perundangan
Kepresidenan
Kehakiman
Subbahagian
|
Negara lain · Atlas Portal Kerajaan A.S. |
Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat[a] (bahasa Inggeris: Federal government of the United States )[b] ialah entiti pemerintahan pusat yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Amerika Syarikat, yang berkongsi kedaulatan ke atas Amerika Syarikat dengan pemerintah-pemerintah negeri dalam negara tersebut. Kerajaan persekutuan mempunyai tiga cabang: legislatif, eksekutif dan kehakiman. Melalui sistem pemisahan kuasa dan sistem "semak dan imbang," setiap cabang ini mempunyai kuasa untuk bertindak sendiri, beberapa kuasa untuk mengawalselia dua lagi cabang, dan mempunyai kuasa dikawalselia oleh dua lagi cabang. Dasar pemerintah persekutuan mempunyai kesan luas ke atas kedua-dua hal-ehwal domestik dan luar Amerika Syarikat. Selain itu, kuasa pemerintah persekutuan secara keseluruhannya dibataskan oleh Perlembagaan, yang mengikut Pindaan Kesepuluh, menyatakan kuasa lain yang tidak diberikan secara tersurat kepada pemerintah persekutuan adalah diperuntukkan bagi negeri atau rakyat.
Pusat bagi pemerintah persekutuan adalah di daerah persekutuan Washington, D.C.
Catatan
- ^ Amerika Syarikat ialah sebuah negara republik. Maka, pemerintah digunakan untuk badan pemerintahan negara ini (seperti yang digunakan Singapura dan Indonesia) bukannya kerajaan yang khas untuk negara beraja seperti Malaysia.
- ^ Pejabat Penerbitan Pemerintah Amerika menyatakan huruf besar bagi frasa Federal Government, berkenaan dengan pemerintah kebangsaan Amerika Syarikat sebagai suatu kata nama khas.[1]
Rujukan
- ^ "3" (PDF). U.S. Government Publishing Office Style Manual (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2016). Pejabat Penerbitan Pemerintah Amerika Syarikat. 2016. m/s. 32. ISBN 978-0-16-093601-2. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 29 Julai 2018. Dicapai pada 29 Julai 2018.