Kerajaan beraja Hanover Königreich Hannover | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1814–1866 | |||||||||
| |||||||||
Cogan kata: Suscipere et Finire "Support and Finish" | |||||||||
Lagu kebangsaan: Heil dir, Hannover | |||||||||
Status | Negeri di dalam Konfederasi Jerman, dalam kesatuan peribadi dengan United Kingdom Great Britain dan Ireland (1814–1837) | ||||||||
Ibu negara | Hanover | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Jerman, Jerman Hilir Barat | ||||||||
Agama | Protestantisme (terutamanya Lutheranisme, tetapi juga Calvinisme), Katolik Rom | ||||||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan | ||||||||
Raja | |||||||||
• 1814–1820 | George III | ||||||||
• 1820–1830 | George IV | ||||||||
• 1830–1837 | William IV | ||||||||
• 1837–1851 | Ernest Augustus | ||||||||
• 1851–1866 | George V | ||||||||
Badan perundangan | Dewan Kerajaan beraja Hanover | ||||||||
Sejarah | |||||||||
12 Oktober 1814 | |||||||||
13 Mac 1848 | |||||||||
14 Jun 1866 | |||||||||
23 Ogos 1866 | |||||||||
• Diilhak oleh Prusia | 20 September 1866 | ||||||||
Mata wang | Thaler Hanover, (1814–1857) Vereinsthaler Hanover (1857–1866) | ||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | Jerman Belanda |
Kerajaan beraja Hanover (Jerman: Königreich Hannover ) telah diasaskan pada bulan Oktober 1814 melalui Kongres Vienna, dengan pemulihan semula George III ke atas wilayah Hanover selepas era Napoleonik. Ia mengantikan bekas Elektorat Hanover (sebelumnya secara rasmi dikenali sebagai Elektorat Brunswick-Lüneburg), dan menyertai 38 buah negeri-negeri berdaulat di dalam Konfederasi Jerman pada bulan Jun 1815. Kerajaan beraja ini diperintah oleh Kerabat Hanover, sebuah cabang kadet daripada Kerabat Welf, di dalam sebuah kesatuan peribadi dengan United Kingdom Great Britain dan Ireland sejak tahun 1714. Oleh kerana monarkinya tinggal di London, seorang wizurai, biasanya anggota lebih muda daripada keluarga diraja Britain, menguruskan pentadbiran kerajaan beraja Hanover.
Kesatuan peribadi dengan United Kingdom berakhir pada tahun 1837 selepas Ratu Victoria menaiki takhta di sebabkan undang-undang separa Salic yang mana menghalang operempuan daripada mewarisi takhta Hanover pada ketika pewaris lelaki dalam dinasti masih hidup. Oleh yang demikian ayah saudara baginda, Ernest Augustus menjadi pemerintah Hanover. Satu-satunya anak lelaki beliau mengantikan beliau dan menaiki takhta sebagai George V. Bagaimanapun, di sebabkan pihak yang disokong beliau telah kalah Perang Austria-Prusia, kerajaan beliau telah ditakluk oleh Prusia pada tahun 1866 dan dihapuskan sebagai sebuah kerajaan beraja yang berdaulat, menjadi sebuah wilayah Prusia. Bersama-sama dengan wilayah lain Prusia, Hanover menjadi sebahagian daripada empayar Jerman selepas penyatuan Jerman pada bulan Januari 1871. Pada tahun 1946, aa muncul buat sementara sebagai negeri Hanover, sebelum digabungkan dengan negeri-negeri yang lebih kecil untuk menjadi Saxony Hilir, kemudian Jerman Barat.
Galeri
-
Standard Diraja Hanover, 1816–1837
-
Jata Hanover, 1837
Lihat juga
Nota
- ^ a b Colton, J. H. "National Flags". J. H. Colton. Dicapai pada 18 May 2014.
- ^ a b Johnson, Alvin Jewett. "Johnson's New Chart of National Emblems". Alvin Jewett Johnson. Dicapai pada 18 May 2014.
Pautan luar
Templat:States of the German Confederation Templat:Former Monarchies