Dalam kimia, kepekatan jisim ρi (atau γi) merupakan hasil bahagi jisim suatu juzuk/bahagian campuran mi dengan isi padu campuran sepenuhnya, V.[1]
Bagi bahan kimia tulen, kepekatan jisimnya ialah ketumpatan (jisim per isi padu), dan oleh itu, kepekatan jisim juzuk boleh dinilai sebagai ketumpatan komponen dalam suatu campuran. Ini mewajarkan penggunaan huruf kecil rho Yunani, ρ yang sering kali digunakan untuk mewakili ketumpatan.
Unit SI bagi kepekatan jisim ialah kg/m3 (kilogram/meter padu). Ini bersamaan dengan mg/mL dan g/L. Satu lagi unit ialah g/(100 mL), bersamaan dengan g/dL (gram/desiliter).
Rujukan
- ^ Kesatuan Kimia Tulen dan Gunaan Antarabangsa. "mass concentration". Ringkasan Terminologi Kimia Edisi Internet.