Kepekatan dalam kimia merujuk kepada darjat banyaknya suatu bahan berdasarkan isi padu suatu campuran. Kepekatan boleh tertakluk terhadap mana-mana jenis campuran, tetapi paling lazim diguna pakai dalam penelitian larutan (pelarut dan bahan terlarut). Ada beberapa jenis kepekatan yang dinilai seperti kepekatan jisim, kepekatan molar (kemolaran) dan kepekatan isi padu.
Jenis kepekatan
Kepekatan jisim
Kepekatan jisim, , ditakrifkan sebagai jisim suatu juzuk, dibahagikan dengan isi padu campuran, :
Unit SI bagi kepekatan jisim ialah kg/m3 (bersamaan g/L).
Kemolaran
Kemolaran (kepekatan molar), , ditakrifkan sebagai jumlah bahan juzuk dalam mol, per isi padu campuran, :
Unit SI bagi kemolaran ialah mol/m3. Namun begitu, unit mol/L (bersamaan mol/dm3) lebih lazim digunakan.