Kemuning کمونيڠ | |
---|---|
Bunga-bunga kemuning | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Keluarga: | Rutaceae |
Genus: | Murraya |
Spesies: | M. paniculata
|
Nama binomial | |
Murraya paniculata | |
Sinonim[2] | |
|
Kemuning (Jawi: كمونيڠ , nama botani: Murraya paniculata)[3][4] merupakan spesies tumbuhan dalam keluarga Rutaceae; ia tumbuh asli di hutan hujan Asia Selatan, Asia Tenggara dan Australia. Kawasan taburannya menjangkau dari Pakistan melalui India, Sri Lanka dan selatan China ke Taiwan, Filipina, kepulauan Ryukyu dan kepulauan Mariana menyelatan melalui Malaysia dan Indonesia ke New Guinea dan beberapa bahagian Australia.[5][6]
Spesies ini bermanfaat sebagai tanaman hiasan atau tanaman pagar.[7]
Botani
Pokok kemuning merupakan pokok renek atau sederhana yang tumbuh setinggi 3–7 m. Pokok ini berbatang pendek dengan kulit kayu yang licin dan pucat berwarna putih atau kelabu muda. Sehelai daun berukuran 1.7 sm panjang terdiri daripada 7 anak daun bujur 0.25– 10 sm panjang dan 1.2–5 sm berwarna hijau muda yang berkilau. Daun-daun ini berbau wangi apabila diramas.[3][4]
Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun di banyak tempat, pokok kemuning berbunga di Australia dari Jun hingga Mac. Bunganya muncul di hujung ranting atau ketiak daun dalam jambak kecil; setiap kuntum bunga terdiri daripada lima (kadang-kadang empat) kelopak 1 mm panjang dan lima (kadang-kadang empat) ranggi 1.3–1.8 sm panjang atas tangkai 1–1.5 mm panjang. Warna bunga ini pada peringkat awalnya kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ia bertukar putih bersih atau putih kuning.[8][5][7][9]
Buahnya jenis beri bujur 12–14 mm panjang; ia ada kulit berminyak dan mengandungi 1–2 biji benih yang berbulu. Buah ini berwarna hijau sebelum bertukar warna merah atau jingga bila masak.[3][4][8][5][7][9]
Kegunaan
Kayu kemuning berwarna kuning agak keperangan dan sering kali digunakan bagi membuat sarung keris.
Rujukan
- ^ "Murraya paniculata". Australian Plant Census. Dicapai pada 4 September 2022.
- ^ "Murraya paniculata L. (Jack)". World Flora Online. World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 4 September 2022.
- ^ a b c Hean Chooi Ong (2006). Tanaman hiasan: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 38, 152–153. ISBN 9789676118929.
- ^ a b c Hean Chooi Ong (2004). Tumbuhan liar: khasiat ubatan & kegunaan lain. Kuala Lumpur: Utusan Publications. m/s. 22–23, 100–101. ISBN 9676116300.
- ^ a b c Mabberley, David J.; Wilson, Annette J. G., penyunting (2013). Flora of Australia. 26. Canberra: Australian Biological Resources Study. m/s. 502–503. Dicapai pada 4 September 2022.
- ^ "Murraya paniculata L. (Jack)". Plants of the World Online. Dicapai pada 4 September 2022.
- ^ a b c Gilman, Edward F. (Oktober 1999). Murraya paniculata (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Institut Sains Makanan dan Pertanian, Universiti Florida. Dicapai pada 6 September 2022.
- ^ a b Zich, F. A.; Hyland, Bernard P.M.; Whiffen, T.; Kerrigan, R.A. (2020). "Murraya paniculata". Australian Tropical Rainforest Plants Edition 8 (RFK8) (dalam bahasa Inggeris). Pusat Penyelidikan Biokepelbagaian Kebangsaan Australia, Kerajaan Australia. Dicapai pada 4 September 2022.
- ^ a b "Murraya paniculata". Weeds of Australia. Queensland Government. Dicapai pada 4 September 2022.