กระทรวงมหาดไทย | |
Intisari Kementerian | |
---|---|
Dibentuk | 1 April 1892 |
Jenis | Kementerian |
Bidang kuasa | Kerajaan Thailand |
Ibu pejabat | Phra Nakhon, Bangkok |
Belanjawan tahunan | 371,802 juta baht (2019) |
Menteri bertanggungjawab |
|
Laman sesawang | www.moi.go.th |
Kementerian Dalam Negeri Thailand (Abrv: MOI; Bahasa Thai: กระทรวงมหาดไทย , RTGS: Krasuang Mahatthai) ialah sebuah kementerian dalam Kerajaan Thailand. Kementerian mempunyai tanggungjawab yang meluas. Kementerian bertanggungjawab bagi pentadbiran tempatan, keselamatan dalam negeri, kewarganegaraan, pengurusan bencana, keselamatan jalanraya,[2] pengurusan tanah, pengeluaran kad pengenalan Thai, dan kerja raya. Kementerian juga bertanggungjawab untuk melantik 76 gabenor wilayah di Thailand. Menteri Dalam Negeri (Bahasa Thai: รัฐมนตรีกระทรวงมหาดไทย) ialah ketua kementerian. Beliau dilantik oleh Raja Thailand atas cadangan Perdana Menteri. Sejak 30 Ogos 2014, ketua kementerian adalah Jeneral bersara Anupong Paochinda. Beliau dibantu oleh dua timbalan menteri. Bajet kementerian tahun TF2019 ialah 371,802 juta baht.[3]
Lihat juga
- Bahagian pentadbiran Thailand
- Kabinet Thailand
- Kerajaan Thailand
- Wilayah di Thailand
- Thesaban
- Senarai kementerian Thailand
Rujukan
- ^ "Phiphat tops NACC wealth list". Bangkok Post. 10 October 2019. Dicapai pada 10 October 2019.
- ^ Head, Jonathan (19 January 2017). "Life and death on Thailand's lethal roads". BBC News. Dicapai pada 19 January 2017.
- ^ Thailand's Budget in Brief Fiscal Year 2019 (ed. Revised). Bureau of the Budget. 20 December 2018. m/s. 88. Dicapai pada 10 October 2019.
Pautan luar
Koordinat: 13°45′01″N 100°29′51″E / 13.750385°N 100.49749°E