Kemarin | |
---|---|
Pengarah | Upie Guava |
Berdasarkan | Tsunami Selat Sunda 2018 |
Dihasilkan oleh | Dendi Reynando |
Disunting oleh | Nicko Bhisma |
Muzik oleh | Mc Anderson |
Syarikat penerbitan | Mahakarya Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 93 menit |
Negara | Indonesia |
Bahasa | Bahasa Indonesia |
Kemarin adalah sebuah filem dokumentari drama Indonesia pada tahun 2020. Filem ini berdasarkan peristiwa Tsunami Selat Sunda 2018 dan diarahkan oleh Upie Guava. Filem ini dihasilkan oleh Mahakarya Pictures dengan kerjasama Mahaka Media. Pengumuman awal filem ini pertama kali diumumkan pada 19 Oktober 2019 melalui Press Conference Kemarin. Filem ini mengisahkan tentang perjalanan kumpulan muzik tempatan, Seventeen sejak awal karier mereka hingga masa perpisahan mereka. Kemarin mula ditayangkan sejak 3 Disember 2020 di pawagam-pawagam Indonesia setelah mengalami beberapa penundaan.[1]
Tayangan
Kemarin pada awalnya dijadwalkan agar mula ditayankan pada 19 Oktober 2019, tetapi ditunda ke 23 April 2020 akibat hal-hal luaran. Filem ini juga ditunda lagi tarikh tayangan perdananya akibat pandemik COVID-19 ke Ogos 2020. Pada bulan itu, filem ini ditunda lagi sehingga akhirnya ditayangkan pada 3 Disember 2020 di pawagam Indonesia.[2]
Rujukan