Kemalangan bas di Nigeria 2010 berlaku di Port Harcourt, negeri Rivers, selatan Nigeria akibat kejutan elektrik. Kejadian pada 13 Februari 2010 jam 8.00 pagi waktu tempatan (UTC+1) itu berlaku apabila kabel elektrik yang merentangi jalan raya terputus dan menimpa dua buah bas yang sedang bergerak.[1] Kabel 33kV itu menyebabkan letupan dan kilat memancar-mancar dari tempat kejadian. Ia jatuh ke jalan raya akibat angin ribut dan hujan lebat di Trans Madi.[2] Kedua-dua bas itu model Nissan Urvan.
Kematian berjumlah 20 orang, 11 dimasukkan ke Braithwaite Memorial Hospital. 11 orang mati di hospital. Tubuh badan mangsa hitam terbakar.[3] Bas itu membawa 40 penumpang.
Polis sedang menyiasat punca kejadian. Power Holding Company diminta memberi penjelasan bagaimana kabel elektrik boleh putus semasa ribut.[1]
Rujukan
- ^ a b Ibanga Isine (14 Februari 2010). "Collapse of PHCN cable: 30 persons feared dead in PH". punchng.com. The Punch. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-18. Dicapai pada 14 Februari 2010.
- ^ Henry Chukwurah (14 Februari 2010). "Black Saturday". Sunday Sun. The Sun Publishing Ltd. Dicapai pada 14 Februari 2010.
- ^ "Another victim of high tension wire dies". Daily Triumph. Triumph Publishing. 15 Februari 2010. Dicapai pada 15 Februari 2010.