Kekerdilan [kĕ-kĕr-dil-an] atau dwarfisme [dwar-fis-mĕ] merupakan fenomena yang berlaku di mana sesuatu hidupan itu terbantut tumbesarannya akibat faktor genetik tertentu lalu fizikalnya menjadi lebih pendek dan kecil daripada yang dijangkakan (yakni, kerdil).[1] Keadaan ini boleh berlaku baik kepada manusia mahupun haiwan.
Manusia kerdil biasanya berketinggian kurang daripada 147 sentimeter pada kedua-dua jantina.[2][3] Ia turut dicirikan keadaan tulang empat kerat mereka, torso ataupun kedua-duanya yang berukuran lebih pendek daripada biasa; mereka juga tidak terjejas tahap kecerdasan dan kesihatan hayatnya.[4] Meskipun begitu, individu yang mempunyai keadaan begini sering disisih dan dipandang rendah dalam kalangan masyarakat[5][6] sehingga berkurangnya peluang mereka dapat menjalani hidup dan berkeluarga sepertimana manusia berketinggian normal yang lain.[7][8]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Hall, Judith A.; Adelson, Betty M. (2005). Dwarfism: medical and psychosocial aspects of profound short stature. Baltimore: Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-8121-8.
- ^ "MedlinePlus: Dwarfism". MedlinePlus. National Institute of Health. 2008-08-04. Dicapai pada 2008-10-03.
- ^ "FAQ". Lpaonline.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-05-04.
- ^ Pauli, RM; Adam, MP; Ardinger, HH; Pagon, RA; Wallace, SE; Bean, LJH; Mefford, HC; Stephens, K; Amemiya, A (2012). "Achondroplasia". GeneReviews. PMID 20301331.
- ^ University of Pennsylvania, Arts and Sciences: "The Effect of Adolescent Experience on Labor Market Outcomes: The Case of Height" Diarkibkan 2007-07-10 di Wayback Machine.
- ^ "Science Blog -- Short children more likely to be bullied at school". 3.scienceblog.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-17. Dicapai pada 2020-03-12.
- ^ Hall, Judith A.; Adelson, Betty M. (2005). Dwarfism: medical and psychosocial aspects of profound short stature. Baltimore: Johns Hopkins University Press. ISBN 0-8018-8121-8.
- ^ Gollust SE, Thompson RE, Gooding HC, Biesecker BB (August 2003). "Living with achondroplasia in an average-sized world: an assessment of quality of life". American Journal of Medical Genetics Part A. 120A (4): 447–58. doi:10.1002/ajmg.a.20127. PMID 12884421.