Kejohanan Paragliding Accuracy World Cup Jugra 2009 diadakan di Bukit Jugra, daerah Kuala Langat, Selangor. Ia diadakan dari Jumaat-Ahad , 1 - 3 Mei 2009. Perasmian oleh Pengerusi Eksekutif Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor, Datuk Subahan Kamal.
Kejohanan paragliding itu disertai oleh 60 peserta daripada 15 negara dari Arab Saudi, Australia, Chezchoslovakia, Filipina, Indonesia, Thailand, Jepun, Korea Selatan, Macedonia, Montenegro, Serbia, Slovenia, Switzerland, United Kingdom dan Malaysia.
Sukan ini dapat memulihkan kembali imej pantai Morib yang semakin sepi dari aktiviti perkelahan. Pantai Morib dicemari najis yang mengalir dari Sungai Langat ke laut Selat Melaka. Semua ladang babi di Selangor dikelompokkan di Ladang Tumbuk, Sepang, Selangor. Kerajaan Persekutuan akan mengidupkan kembali keceriaan Panti Morib dengan memperuntukan RM6 juta bagi menaik taraf kemudahan pelancongannya di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Kedua yang berjumlah RM60 bilion.