Keimanan Cinta | |
---|---|
Genre | Drama, agama, keluarga |
Berdasarkan daripada | Novel asal oleh Munie Asra |
Ditulis oleh | Ummu Hani Hassan |
Pengarah | Aidilfitri Mohd Yunos |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Padamu Ku Bersujud" oleh Afgan Syah Reza |
Lagu penutup | "Padamu Ku Bersujud" oleh Afgan Syah Reza |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting | Herman Shah |
Sinematografi | Mohaimin Azaini Mohamad |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Layar Consult |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | |
Siaran asal | 5 September 2011 – 4 Oktober 2011 |
Keimanan Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2011 dibintangi oleh Izreen Azminda, Jason Chong, Iqram Dinzly dan Adeline Tsen. Diadaptasi dari novel 2011 bertajuk sama karya Munie Asra terbitan Galeri Ilmu, siri ini memulakan tayangan perdana di slot Ratu TV9 dari 5 September 2011 hingga 4 Oktober 2011.
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV9.[1]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Rahsia Ilahi tiada siapa yang tahu. Begitu juga dengan jodoh, ajal dan maut seseorang memang tidak dirancang tetapi semuanya adalah kuasa Allah SWT. Fazura merupakan seorang jurutera di syarikat kepunyaan Tan Sri Yong yang juga merupakan datuk kepada Alan. Tan Sri Yong, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang merupakan salah seorang hartawan Malaysia. Beliau suka membantu sesiapa sahaja yang berada di dalam kesusahan termasuklah Azman, lakonan Iqram Dinzly. Azman merupakan anak angkat kepada Tan Sri Yong dan tinggal bersama-sama Tan Sri Yong sekeluarga sejak kehilangan ibu dan bapanya. Azman dan Alan juga merupakan sahabat baik. Menghidapi penyakit yang boleh membawa maut adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh Fazura. Allah SWT telah memberi satu dugaan terhebat kepadanya selain daripada kematian ibu bapanya. Namun, Fazura redha dengan ketentuanNya kerana setiap titis darah, hembusan nafas dan degupan jantungnya adalah milik Yang Maha Esa. Dialah yang lebih berhak ke atas kehidupan setiap hamba Nya. Pertemuan Fazura dengan Tan Sri Yong merupakan sesuatu yang tidak dijangka. Menikahi cucu hartawan itu pula langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya. Fazura akhirnya nekad berkahwin dengan Alan tanpa mengetahui ada hati insan lain yang memendam rasa. Bagi Azman, wanita sebaik Fazura bukan sepatutnya dimiliki oleh lelaki seperti Alan. Jane yang mengenali Fazura sejak kecil mula merasakan manisnya keimanan cinta Fazura. Setiap insan yang muncul dalam diri Fazura akan menyayangi insan ini. Namun, sempatkah untuk Fazura menyaksikan KEIMANAN CINTAnya subur mekar dalam setiap jiwa insan-insan di sekelilingnya? Kelmarin adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan dan misteri…
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Izreen Azminda sebagai Fazura
- Jason Chong sebagai Alan
- Iqram Dinzly sebagai Azman
- Adeline Tsen sebagai Jane
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Airis Yasmin sebagai Jannah
- Wong Sip Nen sebagai Tan Sri Yong
- Zoee Tan sebagai Camelia
- Maslina Nasir sebagai Alia
- Shafiq Razlan sebagai Adam
- Bustaman Haron sebagai bapa Fazura
- Mandy Chong sebagai ibu Jane
- Razali Abd Ghani sebagai Iman
- Hasnita Mahmood sebagai Ita
- Taib Mahmood sebagai Pengawal Kebajikan
Undangan khas
[sunting | sunting sumber]- Fauziah Nawi
- Kelvin Lau
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Keimanan Cinta (2011): Episod Penuh. YouTube. TV9. Dicapai pada 6 Disember 2018.