Kedok Ketawa | |
---|---|
Pengarah | Jo An Djan |
Dibintangi |
|
Muzik oleh | S Poniman |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Hindia Timur Belanda |
Bahasa | Indonesia |
Kedok Ketawa ([kəˈdɔʔ kəˈtawa]; juga dikenali dengan tajuk Belanda Het Lachende Masker) ialah sebuah filem aksi 1940 dari Hindia Timur Belanda (kini Indonesia). Penerbitan pertama Union Film, ia telah diarahkan oleh Jo An Djan. Dibintangi Basoeki Resobowo, Fatimah, dan Oedjang, filem ini berkisarkan pasangan muda yang melawan penjenayah dengan bantuan seorang lelaki bertopeng.
Diiklankan sebagai "koktel Indonesia tindakan ganas ... dan romantik manis",[1] Kedok Ketawa menerima ulasan positif, terutamanya bagi sinematografi. Berikutan kejayaan filem itu, Union menghasilkan enam karya lain sebelum ditutup pada awal 1942 semasa pendudukan Jepun. Filem yang ditayangkan sehingga sekurang-kurangnya Ogos 1944, mungkin tergolong dalam filem hilang.
Plot
Di Cibodas, Banten, seorang wanita muda yang bernama Minarsih (Fatimah) diselamatkan daripada empat orang samseng oleh pelukis Basuki (Basoeki Resobowo). Mereka jatuh cinta dan mula merancang kehidupan mereka bersama-sama. Walau bagaimanapun, seorang lelaki kaya yang berminat untuk mengambil Minarsih menjadi isterinya menghantar geng untuk menculiknya. Basuki tidak dapat menghalau mereka, tetapi tidak lama lagi disertai oleh penyangak bertopeng yang hanya dikenali sebagai "Kedok Ketawa" (Oedjang), yang mempunyai kebolehan melawan ghaib. Selepas dua pertempuran dengan kumpulan itu, Basuki dan Kedok Ketawa menang. Basuki dan Minarsih dapat hidup bersama dengan aman.[2]
Penerbitan
Kedok Ketawa merupakan filem pertama Union Films,[3] satu daripada empat syarikat penerbitan baru selepas kejayaan filem arahan Albert Balink, Terang Boelan menghidupkan semula industri perfileman Hindia Timur Belanda. Union beribu perjabat di Prinsenlaan, Batavia (kini Mangga Besar, Jakarta) dan dibiayai oleh ahli perniagaan berketurunan Cina Ang Hock Liem, walaupun Tjoa Ma Tjoen mengawal selia operasi hari demi hari.[4] Filem yang difilemkan di Cibodas ini menampilkan pergaduhan, komedi, dan nyanyian.[5]
Filem ini diarahkan oleh Jo An Djan dibintangi oleh Oedjang, Fatimah, dan Basoeki Resobowo. Barisan pelakon lain termasuk S Poniman dan Eddy Kock.[6] Oedjang telah menjadi pelakon pentas sebelum muncul dalam filem, sementara Fatimah dan Basoeki ialah bangsawan dengan pendidikan formal.[a] Sejarawan filem Indonesia Misbach Yusa Biran menulis bahawa inilah yang disasarkan kepada penonton intelek, satu penjelmaan matlamat tertera Union "bagi mengangkat darjat kesenian Indonesia".[b][7]
Berikutan kejayaan Terang Boelan (1937; berdasarkan The Jungle Princess), industri filem domestik mula merangka karya mereka setaraf dengan karya Hollywood, kerana hal ini dijangka untuk memastikan kejayaan kewangan. Cendekiawan filem Indonesia, Ekky Imanjaya dan Said Salim menulis bahawa Kedok Ketawa telah dipengaruhi oleh novel 1897 Bram Stoker, Dracula melalui adaptasi Hollywood. Kedua-dua penulis tersebut tidak memberikan perbandingan untuk menjelaskan pengaruh ini.[8]
Kedok Ketawa bukanlah filem kontemporari yang pertama menampilkan wira bertopeng. Tan's Film telah menerbitkan Gagak Item, bersama Rd Mochtar sebagai Gagak Hitam bertopeng pada 1939,[9] dan filem seterusnya, termasuk filem terbitan Java Industrial Film Srigala Item (1941), meneruskan trend.[10] Kebiasaan bagi penerbitan kontemporari, runut bunyi Kedok Ketawa – dipersembahkan oleh Poniman – terdiri daripada lagu keroncong.[3]
Keluaran dan sambutan
Kedok Ketawa dikeluarkan di Batavia pada Julai 1940,[3] dengan tayangan media pada 20 Julai.[11] Menjelang bulan September, ia telah ditayangkan di Surabaya.[1] Dalam beberapa iklan akhbar, seperti dalam Pemandangan, ia telah dirujuk sebagai Pendekar dari Preanger,[12] manakala dalam iklan lain, ia telah diiklankan dengan tajuk Belanda Het Lachende Masker[c][1] Ia dipasarkan sebagai "koktel Indonesia tindakan ganas... dan romantik manis"[d] dan diberi nilai untuk semua peringkat umur.[1]
Pengkritik dan penulis skrip Saeroen yang menulis untuk Pemandangan memuji Kedok Ketawa, terutama sinematografi dan keindahan pemandangan; dia membandingkan filem ini dengan filem Hollywood yang diimport.[13] Satu kajian tanpa nama dalam Bataviaasch Nieuwsblad mendapati bahawa filem itu ialah campuran perasaan orang asli dan Eropah dan memuji sinematografi itu. Menurut kajian tersebut, filem itu melepasi jangkaan, tetapi adalah jelas bahawa ini ialah penerbitan pertama.[11] Satu lagi kajian, dalam Soerabaijasch Handelsblad, yang meganggap filem itu antara karya tempatan terbaik, menekankan kualiti sinematografi dan lakonan.[2]
Legasi
Tidak lama selepas kejayaan Kedok Ketawa, Saeroen menyertai Union Film dan menulis empat buah filem untuk syarikat. Ia tidak lagi diarahkan oleh Jo An Djan, yang meninggalkan Union untuk menyertai pesaingnya Populair's Film, tetapi oleh Rd Ariffien.[14] Union Film akhirnya mengasilkan sebanyak tujuh filem pada tahun 1940 dan 1941 sebelum ditutup berikutan pencerobohan Jepun pada awal 1942.[14] Dalam kalangan semua pelakon utama filem itu, hanya Fatimah dan Oedjang direkodkan sebagai meneruskan kerjaya lakonan mereka dengan kedua-duanya muncul dalam beberapa penerbitan Union lanjutan.[15] Walau bagaimanapun, pada tahun 1950-an Resobowo meneruskan kerjayanya di sebalik tabir sebagai pengarah seni filem-filem seperti Darah dan Doa (1950). [16]
Kedok Ketawa telah ditayangkan selewat Ogos 1944,[17] tetapi kini mungkin hilang. Filem di Hindia telah dirakamkan dalam filem nitrat yang sangat mudah terbakar, dan selepas kebakaran memusnahkan banyak gudang Produksi Film Negara pada tahun 1952, filem-filem lama difilemkan pada nitrat sengaja dimusnahkan.[18] Walaupun ahli antropologi visual Amerika Karl G. Heider mencadangkan bahawa semua filem Indonesia dari sebelum tahun 1950 hilang,[19] Katalog Film Indonesia yang disusun oleh JB Kristanto mencatatkan beberapa filem sebagai telah terselamat di arkib Sinematek Indonesia, dan Biran menulis bahawa beberapa filem propaganda Jepun terselamat di Perkhidmatan Maklumat Kerajaan Belanda.[20]
Catatan penjelasan
- ^ Biran (2009, p. 244) menulis bahawa Fatimah terpelajar tanpa menyatakan tahap pelajarannya. Basoeki sebelum ini bekerja sebagai guru.
- ^ Asal: "... buat mengangkat derajatnya kesenian Indonesia."
- ^ Tajuk ini juga bermaksud "Kedok Ketawa"
- ^ Asal: ... een indonesciche cocktail van heftige acties ... zoete romantiek "
Rujukan
- ^ a b c d Soerabaijasch Handelsblad 1940, (tidak bertajuk).
- ^ a b Soerabaijasch Handelsblad 1940, Kedok Ketawa.
- ^ a b c Biran 2009, m/s. 232.
- ^ Biran 2009, m/s. 205, 232–33.
- ^ Pemandangan 1940, (tidak bertajuk); Soerabaijasch Handelsblad 1940, Kedok Ketawa.
- ^ Soerabaijasch Handelsblad 1940, (tidak bertajuk); Filmindonesia.or.id, Kedok Ketawa.
- ^ Biran 2009, m/s. 232–33, 244.
- ^ Imanjaya 2006, halaman 38; Said 1992, halaman 102.
- ^ Biran 2009, m/s. 175–76.
- ^ Biran 2009, m/s. 274.
- ^ a b Bataviaasch Nieuwsblad 1940, Filmaankondiging Cinema Palace.
- ^ Filmindonesia.or.id, Kedok Ketawa.
- ^ Saeoren 1940, (tanpa tajuk).
- ^ a b Biran 2009, m/s. 233.
- ^ Filmindonesia.or.id, Basuki ResobowoFilmindonesia.or.id, Eddy KockFilmindonesia.or.id, OedjangFilmindonesia.or.id, RS Fatimah
- ^ Filmindonesia.or.id, Basuki Resobowo.
- ^ Tjahaja 1944, (tidak bertajuk).
- ^ Biran 2012, m/s. 291.
- ^ Heider 1991, m/s. 14.
- ^ Biran 2009, m/s. 351.
Sumber petikan
- "Basuki Resobowo". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-21. Dicapai pada 21 April 2014.
- Biran, Misbach Yusa (2009). Sejarah Film 1900–1950: Bikin Film di Jawa. Komunitas Bamboo working with the Jakarta Art Council. ISBN 978-979-3731-58-2.CS1 maint: ref=harv (link)
- Biran, Misbach Yusa (2012). "Film di Masa Kolonial". Indonesia dalam Arus Sejarah: Masa Pergerakan Kebangsaan. V. Ministry of Education and Culture. m/s. 268–93. ISBN 978-979-9226-97-6.CS1 maint: ref=harv (link)
- "Eddy Kock". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-17. Dicapai pada 17 July 2014.
- "Filmaankondiging Cinema Palace: Kedok Ketawa". Bataviaasch Nieuwsblad. Batavia. 20 July 1940. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-13. Dicapai pada 5 February 2013.
- Heider, Karl G (1991). Indonesian Cinema: National Culture on Screen. Honolulu: University of Hawaii Press. ISBN 978-0-8248-1367-3.CS1 maint: ref=harv (link)
- Imanjaya, Ekky (2006). A to Z about Indonesian Film. Bandung: Mizan. ISBN 978-979-752-367-1.CS1 maint: ref=harv (link)
- "Kedok Ketawa". Soerabaijasch Handelsblad. Surabaya. 12 September 1940. m/s. 10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-14. Dicapai pada 5 February 2013.
- "Kedok Ketawa". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-25. Dicapai pada 25 July 2012.
- "Oedjang". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-20. Dicapai pada 20 May 2014.
- "RS Fatimah". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-17. Dicapai pada 17 July 2014.
- Saeroen (19 July 1940). "Film 'Kedok Ketawa'". Pemandangan. Jakarta. m/s. n.p. (clipping accessed at Sinematek Indonesia)
- Said, Salim (July 1992). "The Rise of the Indonesian Film Industry". East-West Film Journal. 6 (2): 99–115. ISSN 0891-6780.CS1 maint: ref=harv (link)
- "(Untitled)". Pemandangan. Jakarta. 7 August 1940. m/s. n.p. (clipping accessed at Sinematek Indonesia)
- "(Untitled)". Soerabaijasch Handelsblad. Surabaya. 13 September 1940. m/s. 7. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-13. Dicapai pada 5 February 2013.
- "(Untitled)". Tjahaja. Bandung. 8 Ogos 1944. m/s. 2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-28. Dicapai pada 17 Julai 2014.
Pautan luar
- Kategori berkenaan Kedok Ketawa di Wikimedia Commons
- Kedok Ketawa di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)