Dalam bidang statistik, kecenderungan memusat ialah perihal mencari nilai tengah yang mewakili keseluruhan set data. Ukuran kecenderungan memusat merujuk kepada kaedah pengukuran yang digunakan untuk memerihalkan satu set data. Antara ukuran-ukuran kecenderungan memusat ialah:
- Min - nilai purata.
- Median - nilai yang berada di tengah-tengah set yang disusun secara menaik.
- Mod - nilai yang mempunyai kekerapan tertinggi.
Contoh penyelesaian masalah
Senarai harga rumah di bandaraya Shah Alam
1) Rm 2000000
2) Rm 500000
3) Rm 300000
4) Rm 100000
5) Rm 100000
Jumlah keseluruhan harga = Rm 3000000
Min=(Rm 3000000/5)
=Rm600000
Median=Rm 300000
Mod=Rm 100000
Pengukuran yang sesuai mengikut situasi
- Secara umumnya, min digunakan dalam pengiraan kecenderungan memusat kecuali nilai ekstrem (nilai terpisah) wujud.
- Median selalu digunakan kerana ia tidak dipengaruhi oleh nilai ekstrem.
- Dalam sesetengah situasi adalah mungkin untuk melaporkan kedua-dua min dan median.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.