Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku ketika bersukan, aktiviti latihan atau senaman. Dalam suatu kajian di Universiti Stanford, 21% kecederaan yang berlaku dalam kalangan atlet kolej elit menyebabkan mereka hilang sekurang-kurangnya satu hari bersukan, dan kira-kira 77% kecederaan ini melibatkan bahagian bawah kaki, buku lali dan kaki.[1] Di samping ini, punca utama kematian berkaitan kecederaan sukan ialah trauma pada kepada atau leher.[2]
Ketika seorang atlet mengadu sakit atau cedera, kunci utama diagnosis ialah butiran yang terperinci dan pemeriksaan badan. Satu lagi aspek penting ialah pencegahan yang bertujuan mengelakkan kecederaan mungkin. Penting seseroang atau sebuah organisasi sukan untuk menubuhkan pemanasan badan, regangan dan senaman khusus yang dapat mengelakkan kecederaan lazim dalam setiap jenis sukan.
Program pencegahan kecederaan juga melibatkan penghidratan, nutrisi, pemerhatian rakan sepasukan dan penambahbaikan teknik-teknik bersukan. Seterusnya, penilaian bermusim, semakan pramusim dan pemeriksaan sebelum penglibatan dapat membantu mengenal pasti keadaan atau kecederaan sedia ada yang dapat memburukkan kecederaan. Satu teknik contoh ialah skrin gerakan berfungsi yang menilai gaya gerakan atlet untuk mencari mana-mana atlet yang berisiko memperoleh kecederaan.[3] Selain itu, pencegahan atlet juga perlu dibezakan berdasarkan umur atlet. Dalam pelbagai kajian berkenaan hal ini, darjat kesihatan mental menurun ketika seseorang atlet mengalami kecederaan, dan bergantung kepada jenis dan tahap teruk kecederaan.[4]
Rujukan
- ^ Hunt, Kenneth J.; Hurwit, Daniel; Robell, Kevin; Gatewood, Corey; Botser, Itamar B.; Matheson, Gordon (2016-11-02). "Incidence and Epidemiology of Foot and Ankle Injuries in Elite Collegiate Athletes". The American Journal of Sports Medicine. 45 (2): 426–33. doi:10.1177/0363546516666815. ISSN 0363-5465. PMID 27802962. S2CID 13296763.
- ^ "A Neurosurgeon's Guide to Sports-related Head Injury". www.aans.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-11-15.
- ^ Cook, Gray; Burton, Lee (2006). "The Functional Movement Screen" (PDF). Dicapai pada 24 April 2016.
- ^ A, Klenk, Courtney (2006-05-01). Psychological Response to Injury, Recovery, and Social Support: A Survey of Athletes at an NCAA Division I University. DigitalCommons@URI. OCLC 812123735.