Kebolehubahan atau variabiliti genetik ialah ukuran kecenderungan genotip individu dalam populasi untuk berlainan daripada yang lain. Keragaman berlainan daripada kepelbagaian genetik, yang merupakan jumlah keragaman dilihat dalam populasi tertentu .[1] Keragaman ciri menggambarkan betapa banyak ciri itu tercenderung untuk berlainan dalam gerak balas kepada pengaruh persekitaran dan genetik.[1] Keragaman genetik dalam populasi adalah penting untuk biokepelbagaian,[2] kerana tanpa keragaman, susah untuk populasi untuk menyesuaikan diri terhadap perubahan persekitaran dan lalu mendekatkannya kepada kepupusan.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Variation and Variability. Yale University. 1995. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-29. Dicapai pada 24 Mei 2007.
- ^ Sousa, P., Froufe, E., Harris, D.J., Alves, P.C. & Meijden, A., van der. 2011. Genetic diversity of Maghrebian Hottentotta (Scorpiones: Buthidae) scorpions based on CO1: new insights on the genus phylogeny and distribution. African Invertebrates 52 (1).[1]