Kebebasan imigrasi ke Sweden adalah salah satu isu yang menerima liputan hangat di negara tersebut. Populasi Sweden telah bertambah dengan drastik pada merekodkan pertumbuhan sebanyak 1.5 juta orang dalam masa kurang daripada 20 tahun berbanding pertumbuhan sebanyak 1 juta yang mengambil masa 35 tahun [1]. Walaubagaimanapun, tidak semua individu yang berhijrah ke Sweden mendapat peluang untuk menjadi warganegara ataupun penduduk tetap negara tersebut. Isu penghijrahan warganegara asing yang semakin meningkat di negara ini telah menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat Sweden untuk menyiasat isu sama ada penghijarahan warga asing ke Sweden telah disalahgunakan dalam mendapatkan kelebihan hak asasi manusia yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat negara [./Https://en.wikipedia.org/wiki/Immigration_to_Sweden tersebut].
Fakta penghijrahan di Sweden
Populasi yang berhijrah ke Sweden kebanyakkannya adalah komuniti yang berasal daripada negara yang mempunyai budaya dan bahasa yang sejenis. Contohnya seperti rakyat daripada negara Jerman. Sweden telah merekodkan jumlah imigrasi tertinggi dimana populasi baru meningkat sebanyak 162,800 orang pada tahun 2015 dan seterusnya jumlah ini semakin menurun bermula tahun 2016 kepada 28,939 orang dan 25,666 orang pada tahun [./2017https://teknopedia.ac.id/wiki/Immigration_to_Sweden 2017].
Rekod imigrasi Sweden semakin merosot pada tahun 2016 berikutan dengan program intergrasi yang dilancarkan oleh kerajaan Sweden yang dikenali sebagai "Establishment Programme", "Etableringsprogrammet" [2]. Program ini dilancarkan untuk memberi dorongan kepada populasi yang berhijrah ke Sweden untuk mendalami budaya, bangsa, bahasa, dan pengetahuan umum mengenai negara ini serta turut memudahkan proses pembelajaran dan mencari pekerjaan.
Terkini, pelbagai undang-undang penghijrahan telah ditetapkan oleh kerajaan Sweden untuk mengawal kemasukan imigran. Undang-undang kawalan imigran yang telah diterapkan di negara ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka yang mencari pelindungan petempatan daripada negara asal mereka yang mengalami isu perang, diskriminasi dan sebagainya. Perundangan ke atas imigran di Sweden merangkumi undang-undang mengenai orang asing, undang-undang suaka, undang-undang integrasi, undang-undang kewarganegaraan, undang-undang anti-diskriminasi, dan undang-undang pihak berkuasa awam [2].
Isu imigrasi di Sweden
Perkembangan industri teknologi yang drastik di Sweden telah membuka banyak peluang pekerjaan berkaitan Informasi Teknologi (IT). Faktor pekerjaan adalah faktor utama yang menyumbang kepada pertambahan migrasi ke Sweden diikuti oleh faktor kekeluargaan, pembelajaran, dan perlindungan [3].
Pada tahun 2018, Sweden dan negara-negara yang terlibat dalam United Nations telah mengintegrasikan persetujuan yang melonggarkan undang-undang berkaitan penerimaan migran ke negara-negara yang terlibat. Berikutan dengan persetujuan tersebut, Sweden telah mengalami pertumbuhan populasi yang terlalu banyak dalam tempoh masa yang singkat. Oleh itu, masalah-masalah yang melibatkan pengangguran, pengasingan kaum, prestasi pembelajaran yang rendah, kes jenayah yang semakin meningkat, kekurangan pekerja, kekurangan kawasan petempatan telah wujud di negara ini. Masalah tersebut menjadi satu isu yang mencabar untuk dikawal oleh kerajaan disebakan perubahan tersebut berlaku dengan terlalu laju [1].
Pada tahun 2021, kerajaan Sweden telah memperkenalkan undang-undang migrasi yang baru. Namun, undang-undang ini telah dibentangkan sebagai satu isu yang akan memberi kesan secara terus kepada warganegara luar yang menetap di negara tersebut. Hal ini disebabkan oleh kekangan yang semakin ketat yang dikenakan kepada imigran untuk berhijrah ke Sweden atas tujuan apapun. Sebagai contohnya, pelarian perang akan diberikan petempatan mengikut masa yang terhad berbanding undang-undang sebelumnya yang membolehkan mereka menerima permastautin tetap di Sweden setelah menetap di negara itu dalam tempoh masa yang tertentu [4]. Undang-undang migrasi ini dilancarkan atas tujuan untuk mengurangkan jumlah permintaan petempatan perlindungan di Sweden tetapi secara tidak langsung, undang-undang ini juga mempengaruhi imigran yang datang melawat keluarga dan bekerja di Sweden.
Sweden adalah salah satu negara yang dikenali sebagai negara yang mengalu-alukan imigran di mata dunia. Akan tetapi, undang-undang baru kerajaan yang mereka laksanakan telah menimbulkan tanda soal dalam kredibiliti pentadbiran dan reputasi perlaksanaan undang-undang mereka.
Kekangan imigrasi berpindah ke Sweden
Sehingga tahun 2023, bantahan terhadap undang-undang yang mengekang kemasukan imigran kekal aktif dalam liputan media dan berita serta bantahan fizikal kerap berlaku untuk memperbaiki isu ini. Kebebasan imigrasi ke Sweden masih tidak jelas dan sukar untuk ditembusi oleh warganegara asing yang ingin berpindah ke negara tersebut walaupun untuk tujuan pekerjaan.
Pelbagai gabungan parti politik di Sweden telah ditubuhkan untuk tujuan tambah memperketatkan undang-undang migrasi ke Sweden. Oleh itu, kebolehan migrasi ke Sweden terus menjadi tanda tanya kepada warganegara negara lain yang ingin berhijrah ke negara tersebut. Hingga kini, imigrasi di Sweden menjadi semakin tidak lestari. Secara lazimnya, Sweden akan mengalami dan menyaksikan lebih banyak bantahan daripada orang awam yang menyokong kemasukan imigran serta daripada imigran yang telah menetap di Sweden untuk mempertahankan hak asasi mereka sebagai warganegara daripada salah satu negara ahli United Nations [5].
Rujukan
- ^ a b Nordström, Niklas (10 February 2023). "Why does Sweden have the issues we have today?". miltton.com. Dicapai pada 17 June 2023.
- ^ a b European Commission (2023). "Governance of migrant integration in Sweden". ec.europa.eu. Dicapai pada 17 June 2023.
- ^ Swedish Institute (24 February 2022). "Sweden and migration". sweden.se. Dicapai pada 17 June 2023.
- ^ Edwards, Catherine (23 June 2021). "Sweden's government passes controversial new migration law - but how long will it last?". thelocal.se. Dicapai pada 17 June 2023.
- ^ Davis Jr., Elliot (30 December 2022). "Sweden, Once Welcoming to Immigrants, Changes Course". usnews.com. Dicapai pada 17 June 2023.