Tarikh | 26 Januari 2018 |
---|---|
Masa | 7.30 pagi (KST) |
Lokasi | Miryang, Korea Selatan |
Koordinat | 35°28′34″N 128°45′58″E / 35.47611°N 128.76611°EKoordinat: 35°28′34″N 128°45′58″E / 35.47611°N 128.76611°E |
Kematian | 37 |
Kecederaan | 130+ |
Kebakaran hospital Miryang 2018 (Bahasa Korea: 밀양 세종병원 화재 사고, Miryang Sejong byeong-won hwajae sago) merupakan sebuah insiden kebakaran yang berlaku di Hospital Sejong yang terletak di bandar Miryang, tenggara Korea Selatan yang telah mengorbankan 37 orang pesakit dan mencederakan sekurang-kurangnya 130 orang pesakit lain. Kebakaran ini dikatakan sebagai kebakaran terburuk yang pernah berlaku di negara itu sejak sedekad lalu.[1][2]
Latar belakang
Kebakaran bermula pada kira-kira 7.30 pagi pada waktu tempatan di wad kecemasan yang terletak di tingkat pertama bangunan utama hospital tersebut dan tidak merebak ke tingkat-tingkat yang lain. Kebakaran itu dapat dipadam kira-kira tiga jam kemudian.
Pesakit-pesakit dan staf hospital tersebut dipindahkan ke hospital-hospital lain.[3]
Siasatan
Siasatan polis mendapati bahawa kebanyakan yang maut terkorban akibat terhidu asap beracun. Menurut polis, pemeriksaan awal yang dijalankan mendapati bahawa kebakaran mungkin berpunca daripada pemasangan wayar yang kurang baik.[3][4]
Reaksi
Insiden kebakaran tersebut telah mendapat perhatian pihak kerajaan Korea Selatan. Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menyuruh agar usaha-usaha diperkuatkan untuk mengurangkan kesan daripada insiden-insiden kebakaran dan meluahkan perasaan sedih akibat masalah insiden kebakaran maut yang semakin kerap berlaku di Korea Selatan.[5]
Rujukan
- ^ "(8th LD) Hospital fire kills at least 37, injures over 140". Yonhap. 26 Januari 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "韓国の病院で火災 死者37人 約130人けが 消火設備なし". NHK. 26 Januari 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ a b "Fire Kills 41, Injures More Than 70 In South Korean Hospital". Bernama. 26 Januari 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "(LEAD) Faulty wiring in hospital ceiling may be cause of Miryang blaze: police". Yonhap. 27 Januari 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "(LEAD) President urges stepped up efforts to minimize damage from accidents". Yonhap. 27 Januari 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)