Kazoku no Uta | |
---|---|
Genre | Drama |
Dibintangi oleh | Joe Odagiri |
Negara asal | Jepun |
Bahasa | Jepun |
Bilangan musim | 1 |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 54 minit |
Syarikat penerbitan | Fuji TV Kyodo TV |
Penyiaran | |
Saluran asal | Fuji TV |
Format gambar | HDTV 1080i |
Format audio | Stereofonik |
Siaran asal | 15 April 2012 | – 3 Jun 2012
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Kazoku no Uta (家族のうた , harfiah: Lagu Keluarga) merupakan siri drama televisyen Jepun 2012. Pelakonnya ialah Joe Odagiri sebagai seorang bapa tiga anak dan seorang pemuzik yang pernah terkenal dan populairitinya telah menurun sejak itu.[1]
Sebelum tayangan perdananya, drama ini pernah dituduh sebagai plagiarisme, yang skripnya disebut-sebut hampir serupa dengan jalan cerita siri televisyen 1987 Papa wa Newscaster.[2] Dengan kes ini, skrip cerita drama ini lalu diubah.[2]
Kazoku no Uta disiarkan sejak 15 April 2012 hingga 6 Jun 2012 sebagai sebahagian dari Drama Mingguan Fuji Television, yang tayang setiap hari Ahad dari jam 21.00 hingga 21.54 malam.[1] Jumlah episod dikurangkan menjadi 8 episod (sepatutnya 10 episod) kerana penarafan tayangan yang rendah.[3] Dua episod tersebut diganti dengan episod khas drama Hayami-san to Yobareru Hi.[3]
Pelakon
- Joe Odagiri sebagai Seigi Hayakawa (早川 正義 , 36 tahun)
- Hana Sugisaki sebagai Kokoro Osawa (大澤 こころ , 13 tahun)
- Ayane Omori sebagai Mitsuki Matsuno (松野 美月 , 11 tahun)
- Kanata Fujimoto sebagai Riku Matsuno (松野 陸 , 7 tahun)
- Tatsuya Fuji sebagai Hidezou Shoji (東海林 秀蔵 , 70 tahun)
Sambutan
Episod keempat Kazoku no Uta tercatat sebagai episod yang memperoleh penarafan paling rendah dari antara drama yang disiarkan pada jam 19.00 hingga 23.00 dalam sejarah siaran Fuji TV dengan penrafan 3,1%.[4] Dengan sebab itu, CEO Fuji TV mengumumkan bahwa siri televisyen ini akan tetap disiarkan namun akan diakhiri pada episod ke-8.[4]
Penarafan rendah tersebut akibat oleh tuduhan ciplak yang sebelum rancangan ini mula bersiaran.[4] Alasan lainnya ialah soro ATARU yang disiarkan di TBS.[4] Ia disiarkan pada jam yang sama dengan Kazoku no Uta, dan dengan popularitinya, siri itu memperoleh penarafan 19,1% pada episod pertama.[5]
Pautan luar
Rujukan
- ^ a b オダギリジョー、フジ系連続ドラ初主演 3人の娘のパパ役. ORICON STYLE (dalam bahasa bahasa Jepun). 8 Februari 2012. Dicapai pada 7 Mei 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b フジテレビ新ドラマ『家族のうた』盗作騒動に主演オダギリジョーもピリピリ. 日刊サイゾー (dalam bahasa bahasa Jepun). Dicapai pada 7 Mei 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b 松下奈緒:「早海さんと呼ばれる日」がSPドラマに 夫の“元カノ”役に内田有紀. MANTANWEB (dalam bahasa bahasa Jepun). Dicapai pada 7 Mei 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c d オダギリ「家族のうた」異例の視聴率2%台目前:芸能:スポーツ報知. hochi.yomiuri.co.jp (dalam bahasa bahasa Jepang). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-06. Dicapai pada 7 Mei 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Audience Rating TV | 視聴率 | 2012年04~06月". artv.info (dalam bahasa bahasa Jepang). Dicapai pada 7 Mei 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)