Kau & Aku | |
---|---|
Genre | Persahabatan Cinta Konflik Muzikal |
Berdasarkan daripada | Somos Tu y Yo |
Pencipta | Vladimir Pérez |
Dibintangi oleh | Akim Ahmad Mila Jirin Raja Farah Aril Pilus Amar Baharin Ika Nabila Farish Aziz |
Lagu pembukaan | "Kau Dan Aku" nyanyian Akim & Mila |
Lagu penutup | "Kau Dan Aku" nyanyian Akim & Mila |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 24 |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (104) |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Kau & Aku 2 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Kau dan Aku ialah drama Malaysia yang diadaptasikan daripada drama Venezuela "Somos Tu y Yo". Drama ini disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di Astro Ria.
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan tentang Mila, seorang gadis kampung yang datang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pelajaran dalam bidang nyanyian dan Mila menetap bersama sepupunya. Pada hari pertama Mila berada di Kolej Harmoni, Mila kini bertemu dengan bekas teman lelakinya iaitu Aril yang telah mempunyai teman wanita baru, iaitu Farah. Dalam masa itu Mila telah bertemu Akim dan rasa cinta di hati yang tidak disedari mula berputik.
Pelakon
Watak utama
- Akim Ahmad sebagai Akim
- Mila Jirin sebagai Mila
- Aril Pilus sebagai Aril
Watak sokongan
- Ika Nabila sebagai Fitri
- Raja Farah sebagai Farah
- Nonny Nadirah sebagai Lisa
- Amar Baharin sebagai Ashraf
- Anita Baharom sebagai Anita
- Hairey Azhak sebagai Ali Azwan
- Puteri Fatin Nasuha sebagai Cici
- Farish Aziz sebagai Farish
- Sabrina Ali sebagai Puan Linda
- Azizah Mahzan sebagai Puan Luthfia
Watak undangan
- Stacy Anam sebagai dirinya sendiri
Episod
# | Tarikh penyiaran | Sinopsis |
---|---|---|
1 | 24 Oktober 2009 | Di Kolej Harmoni, Mila dan Fitri (sepupunya) mengikuti uji bakat untuk konsert menyambut pelajar baru. Disebabkan kemerduan suara Mila, dia dipilih Puan Norah untuk menyanyi di konsert itu nanti. Mila yang satu-satunya wakil dari pelajar baru dicemburui oleh trio geng popular iaitu Farah, Anita dan Chihi yang baru balik bercuti. Semangat Mila hilang ketika berjumpa dengan Aril, bekas teman lelaki Mila semasa di sekolah menengah. Sejak berjumpa dengan Mila semula, Aril merancang untuk bersama Mila biarpun Aril kini sedang bercinta dengan Farah. Lisa kemalangan apabila kepalanya terkena bola keranjang yang dibaling oleh Farish yang sedang bermain dengan Aril dan Asraf. Akim yang kebetulan lalu dipadang bola keranjang cepat-cepat menolong Lisa yang dah jatuh pengsan. Ketika Lisa bersandar di bahu Akim, mereka dilihat oleh Mila yang terkejut tengok Akim seakan-akan memicit kepala Lisa dengan intim.[1] |
2 | 31 Oktober 2009 | Mila merasa Akim adalah budak yang baik disebabkan dia selalu menolongnya ketika diserang oleh Farah dan gengnya. Tapi, pandangan itu berubah ketika melihat Akim menolong Lisa yang pengsan sebab terkena bola. Ketika itu, Lisa bersandar di bahu Akim dan Akim tengah memicit kepala Lisa. Dalam benak Mila, Akim seorang lelaki yang suka mengambil kesempatan untuk rapat dengan Lisa. Sementara itu, Asraf pula menyalahkan Aril yang seharusnya menagkap bola yang dibaling Farish tadi. Mengapa Aril menghindar? Aril pun marah dengan Asraf sebab ikut menyalahkannya. Farah yang merasa Mila adalah penghalang kejayaannya, mula menyusun langkah untuk menghancurkan Mila. Dia pun mula syak wasangka terhadap Mila dan Aril yang selalu berbual ketika bertembung. Farah pun syak mereka ada hubungan istimewa. Masa Farah sedang berbual dengan Akim dan tengah berjabat tangan, dari jauh Mila melihat kejadian tersebut. Mila semakin yakin bahawa Akim adalah seorang playboy.[2] |
3 | 7 November 2009 | Lisa bakal membuat konsert solonya di Kuala Lumpur pada tahun ini. Dia merancang mencari seorang penyanyi untuk membuat persembahan pada pembukaan konsertnya itu. Lalu dia pun mengadakan uji bakat di kolej Harmoni. Ramai mahu menyertai ujibakat tersebut termasuklah Farish, Akim, Wenny dan Nadia. Fitri memujuk Mila untuk sertai uji bakat tetapi Mila menolaknya. Wenny dan Nadia turut memujuk Mila supaya sertai uji bakat berkenaan. Namun, Mila tetap menolak. Akhirnya, Akim berjaya memujuk Mila untuk ke sesi uji bakat itu. Farah naik angin selepas dapat tahu Mila akan sertai uji bakat itu. Farah bersikap demikian apabila mendengar hasutan daripada Chici. Farah tidak mahu Mila pergi ke uji bakat itu dan cuba pelbagai cara untuk menghalang Mila. Secara tiba-tiba, borang penyertaan Mila hilang.[3] |
4 | 14 November 2009 | Akim beritahu Mila bahawa borang uji bakatnya sudah hilang. Mila terus sedih.Malah Fitri yang menemani Mila pun turut sedih. Sewaktu Mila kebingungan, Aril datang dan memberikan borang yang hilang tersebut kepada Mila. Mila dan Akim hairan kenapa borang tersebut ada pada Aril? Aril beritahu Farah dan kawan-kawannya siapa yang telah curi borang Mila. Akhirnya, Mila dan Akim percaya dengan penjelasan Aril dan Mila begitu berterima kasih kepada Aril. Uji bakat dah bermula. Mila berlatih menyanyi sambil dibantu oleh Akim. Lisa nyata cemburu melihat Akim membantu Mila. Kemudian, Mila dan Akim melangkah masuk ke tempat uji bakat. Ramai orang melihatnya. Farah dan kawan-kawannya melihat dengan wajah tidak puas hati kerana menyangkakan Mila tak akan datang ke uji bakat tersebut. Lisa berfikir bahawa Akim mungkin sudah jatuh cinta dengan Mila. Farah, Lisa dan Mimie pula tercengang sebab terkejut Mila ikut serta dalam uji bakat itu. [4] |
5 | 21 November 2009 | Lisa tida akan biarkan Mila untuk menjadi penyanyi terkenal sepertinya. Apatah lagi untuk Mila mula rapat dengan Akim. Aril cemburu melihat Akim dan Mila yang ada chemistry. Manakala Farah geram dan marah melihat persembahan Mila. Dia pun berfikir pelbagai cara untuk menyingkirkan Mila dari kolej itu. Akim pula macam tak kisah dengan Farah. Farah sendiri nampak bingung sebab dia dan Akim pernah berjanji untuk berkawan. Akim memberitahu bahawa dia tidak mahu berkawan dengan orang yang suka menikam dari belakang dan tak jujur. Farah sedih dengan kata-kata Akim tersebut. Akim akhirnya jujur memberitahu Farish bahawa dia rasa lain macam ketika berjumpa dengan Mila. namun dia rasa selesa ketika bersama Mila. Akim telah memberanikan diri untuk mengajak Mila keluar berjalan-jalan. Lisa semakin menyampah melihat Akim dan Mila kian rapat. Lisa memberanikan diri untuk bertanya kepada Farish. Farish pun berfikir, apakah Lisa masih suka dengan Akim?[5] |
6 | 28 November 2009 | Aril bersama Asraf muncul di koridor loker sambil berbincang tentang Akim. Aril ingin tahu siapa sebenarnya Akim. Asraf memberitahu dia kerap melihat Akim bersama Farish. Aril tak suka jika Mila rapat dengan budak lelaki lain, sebab dia berniat untuk balik kepada Mila. Asraf juga tanya bagaimana dengan Farah? Anita mendengar percakapan Aril dan Asraf. Dia pun cepat-cepat nak beritahu Farah. Sementara itu, Akim bermain gitar di bilik radio sambil mengingat kembali saat-saat indah bersama Mila ketika tengah berjalan-jalan semalam. Farish mengintai Akim yang tengah tersenyum-senyum sendiri, lalu mengusik Akim. Adakah Akim sudah menyatakan perasaannya kepada Mila? Apakah Akim benar-benar telah jatuh cinta pada Mila? Yang pasti, dia seronok dan selesa jika bersama dengan Mila. Bagaimana pula kalau benar-benar jatuh cinta?[6] |
7 | 5 Disember 2009 | Wenny dan Nadia menemui Farish di konti radio. Wenny berhasrat untuk menjadi penyampai radio di SPOT. Farish beri sokongan kepada Wenny dan menasihatkan agar menjalani uji bakat terlebih dahulu. Tanpa disengaja, Farah mengetahui hakikat sebenar bahawa Aril yang memberikan borang uji bakat kepada Mila. Disebabkan itu, Farah yakin Aril mahu berperang dengannya. Farah mahu malukan Aril depan orang ramai. Sementara itu, Fitri semakin sedar bahawa dia telah jatuh cinta pada Aril. Ini kerana, Fitri tak boleh melepaskan Aril dari fikirannya. Lebih-lebih lagi setiap kali Fitri bertembung Aril di koridor. Malah, perasaan Fitri makin menjadi-jadi apabila Aril menegurnya lalu mengajak Fitri ke kafe. Namun, sewaktu di kafe, Aril bertanya kepada Fitri apakah Mila sudah punya pengganti dirinya? Fitri jadi bingung untuk menjawab soalan itu. [7] |
8 | 12 Disember 2009 | Aril marah apabila ketahui orang yang rapat dengan Mila adalah Akim, tetapi Fitri masih menyangka Aril masih mencintai Mila. Aril cemburu dengan hubungan Mila dan Akim, sehingga sanggup mereka-reka cerita bahawa Akim adalah seorang playboy dan sentiasa cuba mendekati pelajar-pelajar baru setiap tahun. Sementara itu, Anita ingin tahu apakah hadiah yang ingin diberikan Farah kepada Aril. Farah meminta Anita merahsiakan rancangan ini dari Chichi dan Asraf kerana bimbang mereka akan terlepas cakap sekaligus menggagalkan rancangannya. Semua orang sibuk memperkatakan majlis sambutan hari jadi Aril yang akan diadakan secara besar-besaran. Aril merancang cara untuk membuatkan Mila bersetuju menyanyi dengannya.[8] |
9 | 19 Disember 2009 | Disebakan Farah terpaksa bercuti ke luar negara untuk melawat ayahnya yang jatuh sakit, Aril berpeluang mendekati Mila. Bagaimanapun, Mila dengan rasa gusar melihat ibunya (Puan Diana) muncul di kafe kolej, apalagi risau melihat Aril dan ibunya begitu mesra. Mila menjelaskan hubungan dingin dengan ibunya kepada Akim bahawa ibunya pernah memaksa Mila kembali bersama Aril, namun Mila menolaknya dengan alasan masuk sambung belajar, malah dia juga bertindak lari dari rumah. Pendirian Puan Diana tidak berubah sampai sekarang Akim dan Mila nekad untuk menghadapi masalah ini bersama-sama. Di sebalik konflik percintaan Mila, Akim dan Aril, persiapan untuk majlis hari jadi Aril yang dikelola Farish, Wenny dan Nadia tetap berjalan lancar. Lisa pula terkejut apabila mendapat tahu Akim bercinta dengan Mila.[9] |
10 | 26 Disember 2009 | Majlis sambutan hari jadi Aril makin hampir dan ramai memperkatakan soal Aril dan Mila yang akan membuat persembahan bersama. Namun, Aril bimbang jikalau Farah pula menimbulkan masalah. Lalu Aril mengajak Farah membuat persembahan bersama-sama dengan konsep Aril bersama Mila, Fitri, Lisa dan Farah. Farah mengesyaki tindakan Aril mengajaknya dan gadis-gadis lain membuat persembahan adalah taktik untuk Aril mendekati Mila. Pada masa sama, Akim kurang bersetuju Mila menyertai persembahan tersebut. Bagaimanapun, Mila pada mulanya enggan berterus-terang tentang penglibatannya terpaksa memberitahu Akim selepas Akim mula bersikap dingin dan cemburu. Mila turut memberitahu Akim yang ibunya terlibat dengan memberi sejumlah wang. Akim sedar bahawa dia pun tak dapat membantu Mila dalam hal ini dan terpaksa memahami keadaan Mila. Namun mereka bersetuju bahawa situasi ini tidak akan mengganggu perhubungan mereka. Sementara itu, Lisa semakin cemburu melihat kemesraan Akim dan Mila akhirnya nekad untuk mendapatkan cinta Akim kembali.[10] |
11 | 2 Januari 2010 | Lisa memberanikan diri berbual dengan Akim dengan meminta maaf dan menjelaskan sebab mengapa selama ini dia bersikap tidak mengenali Akim. Selama ini Lisa bersikap demikian atas desakan pihak pengurusannya dan demi kerjayanya sebagai penyanyi. Tetapi Lisa sudah terlambat; Akim kini serius dalam hubungannya bersama Mila. Tanpa disedari, perbualan mereka didengari Aril yang mengambil kesempatan untuk memberitahu Mila mengenai hal Akim dengan Lisa. Mula-mula tidak percaya, akhirnya Mila dihampakan oleh serempaknya dengan Akim dan Lisa yang berpelukan. Lama-kelamaan, hati Mila makin dalam genggaman Aril. Walaupun persembahan Aril bersama Mila, Fitri, dan Lisa berjalan lancar, suasana dingin menyusul apabila Mila memarahi Akim yang kebingungan lalu akhirnya memutuskan hubungannya dengan Akim.[11] |
12 | 9 Januari 2010 | Suasana kolej jadi kecoh apabila berita Farah dan Aril sudah putus cinta tersebar, kerana Aril kembali bermesra dengan Mila, cuma Mila tidak sedar yang kemesraannya dengan Aril adalah semata-mata untuk membalas dendam terhadap Akim yang dilihat kembali rapat dengan Lisa. Akim dan Lisa sebenarnya sekadar kawan, walaupun Lisa sendiri sentiasa mengharapkan Akim kembali menjadi kekasihnya, walaupun Akim bagaimanapun telah menjelaskan bahawa adalah mustahil untuk dia kembali bersama Lisa kerana hatinya kini hanya untuk Mila. Disebalik hubungan akrab antara Akim dan Lisa itu, wujud pula perasaan cemburu dari Farish. Akim pula mencemburui keakraban Mila dan Aril namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana sikap Mila terhadapnya masih dingin. Farah pula mula memikirkan cara baru untuk memisahkan Mila dan Aril setelah rancangan awalnya gagal. Dia terfikir untuk mempergunakan Fitri dalam perancangan jahatnya, Farah tahu yang Fitri sebenarnya memendam perasaan terhadap Aril dan pada masa yang sama sangat mencemburui Mila. Rancangannya berjaya apabila Fitri sedikit sebanyak mula terpengaruh untuk membenci Mila.[12] |
13 | 16 Januari 2010 | Demi kesejahteraan keluarga, Mila berbuat baik-baik dengan Aril untuk melegakan hati ibunya. Sementara itu, kemesraan Lisa dan Akim di kolej kini menjadi bualan hangat di kalangan pelajar-pelajar lain yang kehairanan kerana mereka tidak sedar bahawa Akim dan Lisa pernah bersama suatu ketika mereka masih di kampung. Farah pula bengang apabila melihat hubungan Aril dan Mila. Dia nekad untuk tidak membiarkan Aril dan Mila bahagia. Rancangannya untuk mempergunakan Fitri diteruskan. Kini, Mila mula berasa tidak selesa untuk tinggal bersama Fitri setelah Fitri mengungkap kata-kata yang menyinggung hatinya. Perkara yang sama terjadi kepada Farish dan Akim. Farish mula menunjukkan sikap tidak senangnya kepada Akim dan akibatnya segala yang Akim lakukan tidak kena pada matanya. Semua ini disebabkan Farish cemburu terhadap Akim dan Lisa tanpa disedari Akim.[13] |
14 | 23 Januari 2010 | Setelah diberitahu oleh Farish mengenai hal Akim dengan Lisa, Wenny menasihati Farish supaya berfikir secara matang dan rasional. Farish akhirnya sedar dan hubungannya dengan Akim kembali pulih selepas itu. Melihat Fitri yang semakin hari semakin teruk perangainya, Wenny, Nadia dan Rizal cuba menegur Fitri ketika dia sedang minum di kafe untuk memujuk Fitri agar segera berubah balik, namun Fitri enggan menerima hubungan Aril dan Mila. Penolakan cinta Lisa oleh Akim akhirnya didengari Mila yang semakin tidak keruan apabila diberitahu Farish tentang sejarah hubungan Akim dan Lisa. Farah yang sudah tidak tahan dengan hubungan Aril dan Mila, mula berkomplot untuk memutuskan hubungan mereka. Farah mengajak Aril pergi memancing semata-mata untuk mengakui perbuatannya mencuri borang uji bakat Mila sewaktu konsert Lisa dan kemudiannya memfitnah Akim. Strateginya berjaya apabila Mila terdengar perbualan itu lantas muncul dan memarahi Aril.[14] |
15 | 30 Januari 2010 | Setelah kehilangan Mila, Aril mahu membalas dendam ke atas Farah di atas tindakannya itu. Akim pula mula mencari jalan untuk menghindari Lisa. Untuk pertandingan futsal yang menjelang, pasukan Kolej Harmoni giat melatih peragaan "Futsal Musical" mereka, tetapi terjejas oleh kecederaan seorang pemain. Farish selaku ketua pasukan akhirnya memutuskan untuk memasukkan Akim sebagai pemain pengganti. Mila mengambil peluang ini untuk membaiki hubungannya Akim ketika sesi latihan. Hubungan Mila dan Fitri juga kembali akrab setelah Fitri mendengar sendiri bagaimana Farah dan Anita begitu membenci Mila serta merancang untuk mengenakan Mila. Malah peristiwa rahsia Aril terbongkar juga turut diketahui Fitri melalui Chichi. Hati Mila kini tenang setelah hubungannya dengan dua insan tersayang, Akim dan Fitri kembali pulih. Yang paling tidak puas hati ialah Aril yang meluahkan keraguan akan kebolehan Akim bermain futsal. Perseteruan mereka semakin tegang apabila masing-masing mula mencabar antara satu sama lain.[15] |
16 | 7 Februari 2010 | Akim semakin terkenal di kampus kerana bakat nyanyian, namun dia masih bersikap rendah diri. Sekembalinya ke kolej setelah membuat pertunjukkan di luar kota, Lisa terkejut dan berang setelah mendapati Akim kembali bercinta dengan Mila. Farish cuba menawarkan hati Lisa selepas ini, tetapi Lisa tidak berminat. Kenamaan Aril mendorong Farah untuk cuba mendekatinya dan menghancurkan hati Mola. Oleh sebab berkongsi rasa cemburu, Aril mengajak Lisa untuk berpakat untuk merenggangkan hubungan Mila dan Akim.[16] |
17 | 14 Februari 2010 | Dalam rancangan menggagalkan hubungan Akim dan Mila secara halus-halus, Lisa membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada Mila yang bakal membuat persembahan di konsertnya nanti. Sementara itu, dalam pertandingan futsal antara kolej, Pasukan Harmoni telah berjaya menarik perhatian umum dengan persembahan gemilang di "Futsal Musical". Nadia pula cuba bercinta dengan Farish tetapi tidak dipanfang serius. Sementara itu, Ali langsung tidak mempedulikan Jamal malah mengambil kesempatan untuk dirinya sendiri. Dengan menggunakan alasan ingin belajar alat muzik keyboard, Ali mendekati Fitri. Puan Luthfia mendapat panggilan telefon dari seseorang yang bernama Puan Sofie yang berminat untuk mengadakan persembahan muzikal bersama Kolej Harmoni, dengan Mila sebagai penyanyi utama dan pasangan Mila pula akan dipilih melalui uji bakat.[17] |
18 | 21 Februari 2010 | Farah bersama rakan-rakannya berkomplot lagi untuk menghalang Mila dari menjadi bintang utama muzikal akan datang. Setelah meninggalkan teman wanita lalu, Asraf dipasangkan dengan Mila dalam kelas tarian, lantas jatuh hati pula walaupun sedar Mila sudah berteman. Pada hari ujibakat, Asraf akhirnya terpilih untuk menjadi pasangan Mila dalam muzikal Cinderella setelah mengagumkan para juri dengan nyanyiannya. Akim terlibat sama dalam muzikal.[18] |
19 | 28 Februari 2010 | Akim cemburu memerhati Asraf semakin jatuh hati dengan Mila. Lisa mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan nama Akim sebagai balasan menggagalkan cubaan berbaik semula sesama mereka. Sementara itu, Farish mengetahui Puan Luthfia dan Encik Hafiz yang kedua-duanya kehilangan pasangan nikah lalu, pernah bercinta ketika belajar di universiti, lalu cuba menyatukan mereka berdua semula dengan merancang kejutan untuk hari jadi Puan Luthfia. Majlis hari jadi Puan Luthfia tidak berjalan lancar apabila Jamal dan Ali berkelahi merebut Fitri, dan Akim dan Mila bertengkar lagi.[19] |
20 | 7 Mac 2010 | Mila menolak cinta Asraf dan menjelaskan hal ini kepada Akim. Akim tidak menarik diri dari muzikal gara-gara Asraf, asalkan Mila setia kepadanya. Dalam persiapan terakhir menjelang muzikal, Ali dan Jamal masih cuba mendekati Fitri yang berminat kepada Aril yang ada hati kepada Lisa. Tetapi yang tergempar sekali, pihak kolej menerima surat layang bahawa penganjuran muzikal itu adalah palsu, kononnya sebagai langkah Lisa mengenakan Mila, lantas gagal menghubungi pihak penganjur. Apapun, Asraf masih mengejar Mila, dan inilah yang memarahkan Aril.[20] |
21 | 14 Mac 2010 | Aril mula mengugut Asraf agar menjauhi Mila. Lisa menghadapi tuduhan memalsukan muzikal untuk menjatuhkan air muka Mila, yang terus diapi-apikan oleh Farah yang berniat mengetepikan saingan Lisa untuk memutuskan perhubungan Akim dengan Mila. Akhirnya, terbongkar jua bahawa Anna memfitnah Lisa sebagai membalas dendam terhadap Lisa yang memecatnya dahulu. Lisa memaafkan Anna kerana tidak mahu orang ramai menyedari dia memang merancang untuk menghancurkan kerjaya nyanyian Mila.[21] |
22 | 21 Mac 2010 | Farish ingin bercinta dengan Lisa tetapi ditolak. Hari demi hari berlalu, Lisa dan Mila berlatih untuk konsert solo Lisa dengan bantuan Puan Norah sebagai guru vokal. Kolej Harmoni menyambut tukang cuci baru dari Indonesia, iaitu Malik yang berkawan dengan Akim sebaik mula bekerja kerana sama-sama berminat dalam bidang seni. Sikap Asraf berubah menjadi tidak senang duduk dan kurang berdisiplin semata-mata kerana Mila. Suatu hari, Akim mengalami sakit perut luar biasa lalu dikejarkan ke hospital sehingga didapati mengalami pendarahan usus dan perlu segera menjalani pembedahan. Dalam kerisauan akan Akim, Mila diganggu oleh panggilan telefon dari lelaki misteri yang mengaku mengenalinya.[22] |
23 | 28 Mac 2010 | Mila dan Fitri menyangka yang membuat panggilan itu ialah Asraf kerana dialah yang masih menaruh hati kepada Mila. Sewaktu mereka berdua bertemu dengan Aril untuk bertanya khabar mengenai Akim, sebuah kereta meluru laju ke arah mereka. Mereka bersepupu diselamatkan oleh Aril yang cedera akibat dilanggar, lalu dikejarkan ke klinik. Sejak kejadian itu, Aril dan Mila kembali rapat, dan lagi teruk jadinya sikap Asraf yang sanggup meletakkan hadiah di mana juga Mila bergiat tanpa mengira bahawa ini mengganggu ketenteraman Mila.[23] |
24 | 4 April 2010 | Akim akhirnya sedia keluar dari hospital, tetapi dilawati Lisa terlebih dahulu sebelum Mila, sehingga Mila cemburu lagi. Kecelaruan emosi Mila diburukkan lagi oleh panggilan lelaki misteri. Aril makin pasti bahawa lelaki itu ialah Asraf lalu melaporkan hal ini kepada pihak pentadbiran kolej, tetapi Aril sendiri pula yang diberi amaran. Akim yang balik ke kolej baru menyedari perihal lelaki misteri lalu bertengkar dengan Mila lagi, dan inilah peluang untuk Lisa merampas Akim dari Mila. Farah pun bertekad untuk mengetepikan Lisa bersama Mila untuk merebut Akim.[24] |
Runut bunyi
- "Kau Dan Aku" - nyayian Mila dan Akim
Rujukan
- ^ Razif Rosdi (13 Oktober 2009). "Episod 1:Hari Pertama di Kolej". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-17. Dicapai pada 23 Disember 2009.
- ^ Razif Rosdi (28 Oktober 2009). "Episod 2: Salah Sangka". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-17. Dicapai pada 23 Disember 2009.
- ^ Razif Rosdi (5 November 2009). "Episod 3: Perlunya Seorang Kawan". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-19. Dicapai pada 23 Disember 2009.
- ^ Razif Rosdi (13 November 2009). "Episod 4: Pencuri Borang Kantoi!". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-16. Dicapai pada 23 Disember 2009.
- ^ Razif Rosdi (16 November 2009). "Episod 5: Akim Jatuh Cinta Pada Mila". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-26. Dicapai pada 23 Disember 2009.
- ^ Razif Rosdi (23 November 2009). "Episod 6: Aril Mahu Pikat Mila Semula". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-25. Dicapai pada 23 Disember 2009.
- ^ Razif Rosdi (3 Disember 2009). "Episod 7: Farah Lancar Perang". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-17. Dicapai pada 23 Disember 2009.
- ^ Razif Rosdi (9 Disember 2009). "Episod 8: Aril Fitnah Akim!". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-17. Dicapai pada 23 Disember 2009.
- ^ Razif Rosdi (17 Disember 2009). "Episod 9: Ibu Desak Mila Lupakan Akim". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-19. Dicapai pada 23 Disember 2009.
- ^ Razif Rosdi (25 Disember 2009). "Episod 10: Lisa Mahu Kembali Kepada Akim". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-19. Dicapai pada 8 Januari 2010.
- ^ Razif Rosdi (1 Januari 2010). "Episod 11: Mila Nampak Akim, Lisa Berpelukan". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-19. Dicapai pada 8 Januari 2010.
- ^ Razif Rosdi (7 Januari 2010). "Episod 12: Fitri Mula Benci Mila". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-19. Dicapai pada 8 Januari 2010.
- ^ Razif Rosdi (22 Januari 2010). "Episod 13: Hubungan Farish & Akim Renggang". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-26. Dicapai pada 31 Januari 2010.
- ^ Razif Rosdi (22 Januari 2010). "Episod 14: Rahsia Aril Terbongkar". murai.com.my. Dicapai pada 31 Januari 2010.[pautan mati kekal]
- ^ Razif Rosdi (28 Januari 2010). "Epsiod 15: Akim & Mila Kembali Bercinta". murai.com.my. Dicapai pada 28 Februari 2010.[pautan mati kekal]
- ^ Razif Rosdi (28 Januari 2010). "Episod 16: Farah Cuba Memikat Akim". murai.com.my. Dicapai pada 28 Februari 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "Episod 17: Aril & Lisa Atur Strategi". murai.com.my. Dicapai pada 13 April 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "Episod 18: Asraf Pula Jatuh Cinta Dengan Mila". murai.com.my. Dicapai pada 13 April 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "Episod 19: Anita Cemburu Asraf Suka Mila". murai.com.my. Dicapai pada 13 April 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "Episod 20: Mila Menolak Cinta Asraf". murai.com.my. Dicapai pada 13 April 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "Episod 21: Farish Luah Perasaan Kepada Noni". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-04. Dicapai pada 13 April 2010.
- ^ "Episod 22: Mila Dihubungi Lelaki Misteri". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-04. Dicapai pada 13 April 2010.
- ^ "Episod 23: Mila & Aril Kembali Mesra". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-04. Dicapai pada 13 April 2010.
- ^ "Episod 24: Akim & Mila Bertengkar Lagi!". murai.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-04. Dicapai pada 13 April 2010.