Kati (Jawi: کاتي ; Bahasa Cina: 斤 ; pinyin: jīn, bahasa Jepun: きん kin, Hangul Korea: 근 geun) adalah suatu unit timbangan berat jisim digunakan di rantau-rantau Asia Timur dan Tenggara yang lebih kurang bersamaan dengan 1 1⁄3 paun avoirdupois.
Pengiraan
Turutan pecahan timbangan berat yang menghasilkan 1 kati adalah seperti berikut:
- 1 kati = 16 tahil[1] = 12 bungkal[1][2]
- 100 kati = 1 pikul[3] = 1600 tahil
- 1200 kati (100 × 12 pikul) = 1 koyan[3][nota 1]
Penetapan moden
Timbangan moden satu kati pada zaman kini diselaraskan beberapa negara mengikut ketetapan sendiri seperti berikut:
- Hong Kong: 604.78982 gram[4]
- Malaysia: 604.79 gram[5]
- Singapura: 604.8 gram.[6]
- Taiwan, Jepun, Korea dan Thailand: terbundar kepada 600 gram[7][8]
Republik Rakyat China membezakan antara "kati pasar" (Cina Ringkas: 市斤 ; pinyin: shìjīn) yang membundar kepada 500 gram dan dibahagikan kepada 10 tahil dengan "kati umum" iaitu ungkapan menterjemahkan "kilogram" (Cina Ringkas: 公斤 ; pinyin: gōngjīn).[9]
Nota
Rujukan
- ^ a b Wan Norasikin Wan Ismail (April 2020). "Kosa kata metrologi Melayu". Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 16–19.
- ^ a b Pamphlet of information for travellers. Federated Malay States Railways. 1921. m/s. 5 – melalui Cornell University Library.
- ^ a b Shaharir bin Mohamad Zain (2012). Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu. Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 12. ISBN 978-983-861-572-3.
- ^ "Weights and Measures Ordinance". Laws of Hong Kong.
- ^ "Akta Timbang dan Sukat 1972 (Pindaan 2007)". Akta-Akta. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2014.
- ^ "Weights and Measures Act (CHAPTER 349) Third Schedule". Singapore Statutes Online. Pemerintah Singapura. Dicapai pada 2 Julai 2021.
- ^ Weights and Measures in Use in Taiwan Diarkibkan 2010-12-29 di Wayback Machine from the Republic of China Yearbook – Taiwan 2001.
- ^ "Regulation on Approval and Notification of Herbal (crude) Medicinal Preparations, Etc". Ministry of Food and Drug Safety.
- ^ Lim, Lisa (18 Januari 2018). "How catty and tael entered the English language, along with picul, mace and candareen – Asian weight measurements". Post Magazine. South China Morning Post.