Kerabat Anjou atau Kerabat Angevin atau dinasti Angevin ialah empat kerabat bangsawan yang berasingan dalam sejarah, yang kuasanya berpangkal di wilayah Perancis Anjou.
- Kerabat Anjou, dinasti Angevin pertama yang bermula daripada Ingelger, Count dari Anjou hingga Geoffrey II, Count dari Anjou. Geoffrey III, anak saudara lelaki Geoffrey II, mewarisi gelaran itu.
- Kerabat Anjou
, dinasti Angevin kedua yang bermula daripada Geoffrey III, Count dari Anjou hingga John dari England dan, untuk menandakan keruntuhan Empayar Angevin di bawah John, kemudiannya dipanggil Dinasti Plantagenet (daripada Henry II dari England hingga Richard III dari England). Keturunan lelaki berpecah kepada dua puak yang saling berperang semasa Perang Bunga Mawar:
- Kerabat Lancaster atau keturunan John dari Gaunt, Duke dari Lancaster.
- Kerabat York atau keturunan Edmund dari Langley, Duke Pertama York:
- Kerabat Anjou Capet
, dinasti Angevin ketiga yang bermula dari Charles I dari Naples yang memerintah beberapa bahagian Perancis, Hungary, Croatia, Baitulmuqaddis, Itali dan Poland. Kerabat tersebut sebelum ini memegang Anjou (sebagai Kerabat Robert) buat seketika (861–898) di bawah Robert yang Kuat dan Odo. Ia ada tiga cabang:
- Kerabat Anjou-Hungary, yang bermula daripada Charles Martel dari Anjou yang memerintah Hungary-Croatia (1308–1385, 1386–1395) dan Poland (1370–1399).
- Kerabat Anjou-Naples, yang bermula daripada Charles, Duke dari Calabria.
- Kerabat Anjou-Taranto, yang bermula dari Philip I dari Taranto dan yang memerintah sisa-sisa Empayar Latin (1313–1374).
- Kerabat Anjou-Durazzo, yang bermula dari John, Duke dari Durazzo dan yang memerintah Naples (1382–1435) dan Hungary (1385–1386).
- Kerabat Anjou Valois
, dinasti Angevin keempat yang bermula daripada Louis I dari Naples yang memerintah sebahagian Perancis dan Itali.
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kerabat Anjou |
Laman-laman dalam kategori "Kerabat Anjou"
Kategori ini mengandungi sebuah laman berikut.