Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Canterbury Cathedral |
Sebahagian dari | Canterbury Cathedral, St Augustine's Abbey, and St Martin's Church |
Termasuklah | Canterbury Cathedral Archives Warriors' Chapel, Canterbury Cathedral |
Inskripsi | 1988 (sesi Ke-12) |
Keluasan | 9.15 he (985,000 ka2) |
Laman sesawang | https://www.canterbury-cathedral.org/ |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Canterbury, Canterbury, United Kingdom |
Koordinat | 51°16′47″N 1°04′59″E / 51.279811°N 1.083001°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Katedral Canterbury di Canterbury, Kent, England ialah satu daripada binaan Kristian yang tertua dan paling masyhur di England. Ia sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia Unesco. Bangunan ini ialah katedral Ketua Biskop Canterbury, ketua Gereja England dan ketua simbolik Golongan Anglican di seluruh dunia. Gelaran formalnya ialah Katedral dan Gereja Metropolitan Christ di Canterbury.
Diasaskan dalam tahun 597 M, katedral ini dibina semula sepenuhnya dari tahun 1070 hingga 1077 M. Bahagian timurnya diperluaskan pada permulaan abad ke-12 M, dan dibina dalam gaya goth ekoran kebakaran yang berlaku dalam tahun 1174; bahagian timur diperluaskan buat menampung bilangan para penziarah yang datang melawat tempat suci Santo Thomas (Thomas Becket), ketua biskop yang dibunuh di dalam katedral dalam tahun 1170. Ruang ibu dan sayap Norman dan kekal sehingga lewat abad ke-14 apabila binaan-binaan tersebut diruntuhkan untuk memberi runag kepada binaan-binaan sekarang.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.