Katak lekit Yong | |
---|---|
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Amphibia |
Order: | Anura |
Keluarga: | Microhylidae |
Genus: | Kalophrynus |
Spesies: | K. yongi
|
Nama binomial | |
Kalophrynus yongi | |
Kalophrynus yongi hanya diketahui ada berdekatan puncak Gunung Brinchang di Semenanjung Malaysia |
Katak lekit Yong (Kalophrynus yongi)[3] ialah spesies katak dalam keluarga Microhylidae. Ia endemik dari Semenanjung Malaysia dan hanya diketahui dari lokaliti jenisnya berhampiran puncak Gunung Brinchang, di Tanah Tinggi Cameron, negeri Pahang.[1][4] Nama spesifik yongi diberikan sebagai penghormatan kepada Dr. Yong Hoi-Sen, seorang ahli zoologi dari Universiti Malaya.[2]
Huraian
Panjang muncung-dubur jantan dewasa seukuran 29–31 mm (1.1–1.2 in); saiz betina tak diketahui. Tampilannya tampak tegap. Kepalanya segi tiga, lebih lebar daripada panjang. Muncungnya sedikit tumpul pada pandangan atas dan datar dari pandangan sisi. Canthus rostralis jelas kelihatan, begitu juga timpanum. Anggota depan agak panjang dan sangat dempak; jarinya mempunyai hujung bulat dan sedikit selaput pangkal. Anggota belakang pula sederhana panjang; jari kakinya mempunyai hujung bulat dan selaput yang kurang berkembang. Warna dasar dorsal berubah-ubah daripada perang jingga muda ke perang coklat gelap. Tanda gelap kabur kelihatan. Bawah badannya krim kotor, bersadur tompok perang pada kerongkong. Jantan mempunyai kantung vokal subgular tunggal.[2]
Panggilan penghebah si jantan adalah "ting" lembut yang keluar berselang-seli.[2]
Habitat
Siri jenis ini dikutip dari hutan awan berlumut pada ketinggian 1,954–1,991 m (6,411–6,532 ka) di atas paras laut.[1][2] Katak dewasa menyamar dan mengorok di dalam lumut, membuatkannya susah dicari.[1] Dietnya termasuk lelabah, belalang dan kekabuh.[2] Telur dan berudunya ditemukan di dalam kantung besar periuk kera Nepenthes macfarlanei. Berudu ini juga terdapat di dalam tunggul pohon yang penuh air.[1][2]
Hutan lumut yang sesuai hanya terdapat di puncak gunung dan spesies ini sepertinya mikroendemik yang tidak ditemukan secara meluas. Habitatnya terancam oleh kegiatan pelancongan (mendaki, pengembangan kemudahan pelancongan). Selain itu, terdapat pengutipan haram anggerik selipar yang boleh mengganggu habitat tersebut. Populasinya terdapat di Hutan Simpan Gunung Brinchang.[1]
Rujukan
- ^ a b c d e f IUCN SSC Amphibian Specialist Group (2018). "Kalophrynus yongi". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T46981005A46981046. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T46981005A46981046.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ a b c d e f g Matsui, Masafumi (2009). "A new species of Kalophrynus with a unique male humeral spine from Peninsular Malaysia (Amphibia, Anura, Microhylidae)". Zoological Science. 26 (8): 579–585. doi:10.2108/zsj.26.579. hdl:2433/216890. PMID 19719411. S2CID 20269424.
- ^ Norhayati Ahmad (2017). Katak dan Kodok Malaysia – Sistem Maklumat Kepelbagaian Biologi Malaysia (PDF). Bangi Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. m/s. 55. ISBN 978-967-412-511-0.
- ^ Frost, Darrel R. (2018). "Kalophrynus yongi Matsui, 2009". Amphibian Species of the World: an Online Reference. Version 6.0. American Museum of Natural History. Dicapai pada 25 November 2018.
<ref>
dengan nama "Zug 2015" yang ditentukan dalam <references>
tidak digunakan dalam teks sebelumnya.