Kasein (Jawi: كاسيين ) (dari bahasa Latin caseus, "keju") ialah nama untuk sebuah keluarga fosfoprotein (αS1, αS2, β, κ) yang berkaitan. Protein ini biasanya ditemui dalam susu mamalia, 80% daripada protein dalam susu lembu dan di antara 20% ke 45% protein dalam susu manusia.[1] Kasein mempunyai pelbagai kegunaannya, dari komponen utama keju, sebagai bahan penambah makanan serta bahan pengikat dalam membuat mancis keselamatan.[2] Sebagai suatu sumber makanan, ia membekalkan asid amino, karbohidrata serta dua unsur penting iaitu kalsium dan fosforus.[3]
Komposisi
Kasein mengandungi kandungan sisa prolina yang tinggi yang tidak berinteraksi antara satu sama lain. Ia juga tidak mempunyai jambatan disulfida, oleh itu struktur tertier yang diperhatikan agak sedikit. Kasein bersifat hidrofobik yang menjadikannya kurang larut dalam air. Ia dijumpai di dalam susu sebagai ampaian zarah, dipanggil misel kasein, yang menunjukkan persamaan yang kurang dengan misel jenis surfaktan kerana bahagian hidrofiliknya terapung di permukaan dan berbentuk bulat. Bagaimanapun, dalaman misel kasein jauh lebih terhidrat berbanding misel jenis surfaktan. Partikel kasein dalam misel dihubungkan oleh ion kalsium dan interaksi hidrofobik. Mana-mana beberapa model molekul boleh bertanggungjawab atas pengesahan kewujudan kasein dalam misel; [4] salah satu daripada model ini mencadangkan misel nukleus dibentuk oleh beberapa submisel, periferinya terdiri daripada mikrovelositi κ-casein.[5][6] Satu model lain menunjukkan nukleusnya dibentuk oleh gentian halus yang saling berhubung.[7] Model yang terbaru[8] mencadangkan sambungan kembar antara molekul kasein yang membolehkan pengelan berlaku. Ketiga-tiga model ini menganggap misel sebagai partikel koloid yang dibentuk oleh agregat kasein dibungkus dalam molekul κ-kasein yang mudah larut.
Kegunaan
Cat
Cat kasein yang digunakan oleh pelukis bersifat cepat kering serta larut dalam air. Cat jenis ini telah lama digunakan sejak zaman Mesir kuno sebagai sejenis cat tempera, dan ia telah digunakan sebagai bahan pilihan pelukis komersil sehingga lewat 1960-an dengan munculnya cat akrilik yang lebih popular.[9][10] Ia masih banyak digunakan oleh pelukis pemandangan, meskipun cat akrilik juga semakin banyak digunakan dalam bidang itu juga.[11]
Gam
Gam berasaskan kasein yang dirumuskan dari kasein, air, kapur dan sodium hidroksida kerap digunakan dalam pertukangan kayu, termasuk juga dalam pembinaan pesawat suatu ketika dahulu.[12][13] Gam ini turut digunakan dalam pembuatan transformer (khusus papan transformer) kerana kebolehtelapannya terhadap minyak.[14] Walaupun peranannya sebagai bahan pelekat utama telah banyak digantikan dengan resin sintetik, gam kasein masih digunakan dalam bidang tertentu seperti pelaminaan pintu kalis api dan pelabelan botol.[15][16][17]
Pembuatan keju
Keju terdiri daripada protein dan lemak susu, biasanya susu lembu, kerbau, kambing, atau biri-biri. Ia dihasilkan oleh penggumpalan kasein. Biasanya, susu diasidkan kemudiannya digumpal dengan penambahan rennet yang mengandungi enzim proteolitik dikenali sebagai rennin yang secara tradisinya diperoleh dari perut anak lembu tetapi kini sering dihasilkan daripada mikroorganisme yang diubah secara genetik. Pepejal yang terkumpul kemudiannya diasingkan dan ditekan menjadi bentuk produk akhirnya.[18]
Plastik dan gentian
Beberapa jenis plastik awal dihasilkan daripada kasein. Khususnya, galalith digunakan untuk membuat butang. Gentian boleh dibuat daripada kasein yang ditekan keluar. Lanital, sejenis kain yang dibuat daripada gentian kasein (dikenali sebagai Aralac di Amerika Syarikat), begitu popular di Itali pada tahun 1930-an. Inovasi terbaru seperti QMilch menawarkan pilihan gentian moden yang lebih halus untuk pembuatan kain.
Risiko kesihatan
Alahan
Terdapat sebahagian kecil orang yang mengalami alahan hasil tindak balas tubuh badan kepada kasein.[19]
Rujukan
- ^ Kunz, C; Lonnerdal, B (1990). "Human-milk proteins: analysis of casein and casein subunits by anion-exchange chromatography, gel electrophoresis, and specific staining methods". American Journal of Clinical Nutrition. The American Society for Clinical Nutrition. 51 (1): 37–46. PMID 1688683. Dicapai pada 14 January 2011.
- ^ "Industrial Casein". National Casein Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-12.
- ^ "Casein". The Columbia Electronic Encyclopedia (ed. Sixth). Columbia University. 2011.
- ^ Dalgleish DG (1 November 1998). "Casein micelles as colloids. Surface structures and stabilities". Journal of Dairy Science. 81 (11): 3013–8. doi:10.3168/jds.S0022-0302(98)75865-5.
- ^ Walstra, Pieter (1979). "The voluminosity of bovine casein micelles and some of its implications". Journal of Dairy Research. 46: 317–323. doi:10.1017/S0022029900017234. ISSN 1469-7629. PMID 469060.
- ^ Lucey JA (1 Februari 2002). "Formation and Physical Properties of Milk Protein Gels". Journal of Dairy Science. 85 (2): 281–94. doi:10.3168/jds.S0022-0302(02)74078-2. PMID 11913691.
- ^ Holt C (1992). "Structure and stability of bovine casein micelles". Adv Protein Chem. 43: 63–151. doi:10.1016/S0065-3233(08)60554-9. PMID 1442324.
- ^ Horne DS (Mac 1998). "Casein interactions: Casting light on the black boxes, the structure in dairy products". Int Dairy J. 8 (3): 171–7. doi:10.1016/S0958-6946(98)00040-5.
- ^ Reader's Digest Crafts & Hobbies edited by Daniel Weiss, Susan Chace. 1979, page 223
- ^ The Grove Encyclopedia of Materials and Techniques in Art By Gerald W. R. Ward.
- ^ Scenic Design And Lighting Techniques: A Basic Guide for Theatre By Chuck B. Gloman, Rob Napoli.
- ^ "Casein Glues: Their Manufacture, Preparation, and Application" (PDF). U.S. Department of Agriculture. March 1967.
- ^ "I.F. Laucks Co. and Soybean Glue". soyinfocenter.com. Dicapai pada 3 September 2015.
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-22. Dicapai pada 2012-10-11. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link) - ^ Arthur A. Tracto.
- ^ Robert S. Forsyth Waterborne Adhesives for Bottle Labeling Diarkibkan November 7, 2013, di Wayback Machine
- ^ Label Glues Diarkibkan November 7, 2013, di Wayback Machine
- ^ Fankhauser, David B. (2007). "Fankhauser's Cheese Page". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-25. Dicapai pada 2007-09-23. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Solinas, C; dll. (Oct 2010). "Cow's milk protein allergy". J Matern Fetal Neonatal Med. 23 (Suppl 3): 76–9. doi:10.3109/14767058.2010.512103. PMID 20836734.
Pautan luar
- Eating without Casein
- Caseins dalam Tajuk Subjek Perubatan (MeSH) di Perpustakaan Perubatan Negara AS
- "Lanital Diarkibkan 2012-12-06 di Wayback Machine" - TIME, Isnin 6 Disember 1936
- "Wool from Cows Diarkibkan 2012-12-07 di Wayback Machine" - TIME, Isnin 29 Ogos 1938