USS Independence di Stesen Udara Tentera Laut Key West pada Mac 2009.
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Independence |
Pembina: | Austal USA |
Pengguna: | Tentera Laut Amerika Syarikat |
Didahului oleh: | Oliver Hazard Perry |
Diganti oleh: | FFG(X)[1][2][3][4] |
Kos: | $704 juta untuk kapal pertama[5] Kapal berikutnya $360 juta |
Dibina: | 6 |
Dirancang: | 14 |
Disiapkan: | 5 |
Aktif: | 5 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Kapal tempur pesisir |
Sesaran: | 2,307 tan metrik, 3,104 tan metrik muatan penuh, 797 tan metrik berat kosong[6] |
Panjang: | 418 ka (127 m)[6] |
Lunas: | 104 ka (32 m)[6] |
Draft: | 14 ka (4.3 m)[6] |
Jana kuasa: | 2 × enjin diesel MTU Friedrichshafen 20V 8000 Series, 2 x turbin gas General Electric LM2500,[7] 2 x aci pendorong fiber karbon multi seksyen berat ringan American VULKAN, 2 x LJ160E and 2 x jet air LJ150E Wärtsilä,[8] retractable bow-mounted azimuth thruster, 4 × penjana diesel |
Halaju: | 44 knot (51 mph; 81 km/j)[9] |
Jarak: | 4,300 batu nautika (7,964 km) pada 18 knot (33 km/j)[10] |
Kapasiti: | 210 tan metrik (206 long tons, 231 short tons) |
Anak kapal: | 40 anak kapal (8 pegawai, 32 lain-lain pangkat) tambahan sehingga 35 orang krew misi |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Kelas Independence adalah sebuah kelas kapal tempur pesisir yang dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat.
Rekabentuk badan bermula daripada sebuah projek di Austal bagi mereka sebuah kapal krus berkelajuan 40 knot. Rekabentuk ini kemudian menjadi sebuah feri trimaran berkelajuan tinggi HSC Benchijigua Express dan kelas Independence kemudian dicadangkan oleh General Dynamics dan Austal sebagai pesaing untuk rancangan Tentera Laut untuk membina sebuah armada kecil, kapal perang pelbagai guna yang akan beroperasi di zon pesisir pantai. Dua buah kapal telah diluluskan, untuk bersaingan dengan rekabentuk kelas-Freedom yang dicadangkan oleh Lockheed Martin.
Meskipun rancangan awal untuk membina hanya kapal yang memenangi persaingan daripada dua buah rekabentuk iaitu kelas Independence atau Freedom, pada tahun 2010 Tentera Laut telah mengumumkan rancangan untuk memesan sehingga tambahan 10 buah kapal bagi setiap kelas, menjadikan jumlah akhirnya sebanyak 12 buah kapal bagi setiap kelas.[15] Pada bulan Mac 2016, Tentera Laut mengumumkan niat mereka untuk memesan tambahan sebanyak dua buah kapal, menjadikan jumlah keseluruhan pesanan kepada 13 buah kapal setiap kelas.[16]
Pada awal bulan September 2016, satu pengumuman dibuat bagi empat buah kapal pertama dalam program kapal tempur pesisir akan digunakan sebagai kapal ujian dan tidak akan diaturgerak dengan pasukan armada.[17][18] Ini termasuk kapal Independence dan Coronado.
Setakat November 2016[kemas kini], kapal pertama dan tiga buah kapal lagi telah ditauliahkan. Bermula pada tahun 2019, kapal-kapal dalam kelas ini akan didesignasi sebagai kapal frigat laju (FF) yang mana termasuk tambahan kuasa tembak dan perisai yang lebih baik.[19]
Kapal-kapal dalam kelas
Kapal | Nombor badan | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Status |
---|---|---|---|---|---|
Independence | LCS-2 | 19 Januari 2006 | 26 April 2008 | 16 Januari 2010[20] | Aktif |
Coronado | LCS-4 | 17 Disember 2009 | 14 Januari 2012 | 5 April 2014[21] | Aktif |
Jackson | LCS-6 | 1 Ogos 2011 | 14 Disember 2013 | 5 December 2015[22] | Aktif |
Montgomery | LCS-8 | 25 Jun 2013 | 6 Ogos 2014 | 10 September 2016[23] | Aktif |
Gabrielle Giffords | LCS-10 | 16 April 2014 | 25 Februari 2015 | 10 Jun 2017 | Aktif |
Omaha | LCS-12 | 18 Februari 2015 | 20 November 2015 | Dipadankan | |
Manchester | LCS-14 | 29 Jun 2015 | 12 Mei 2016 | Dipadankan | |
Tulsa | LCS-16 | 11 Januari 2016 | 16 Mac 2017 | Dipadankan | |
Charleston | LCS-18 | 28 Jun 2016 | Dibina | ||
Cincinnati | LCS-20 | 10 April 2017 | Dibina | ||
Kansas City | LCS-22 | Dibina | |||
Oakland | LCS-24 | Dipesan | |||
Mobile | LCS-26 | Dipesan | |||
Belum dinamakan | LCS-28 | Dipesan |
Budaya popular
USS Independence muncul dalam sebuah dokumentari Discovery Channel yang bertajuk Inside: A 21st Century Warship, yang mana juga memaparkan USS Freedom (LCS-1).
Lihat juga
- Kapal misi pesisir kelas Independence
- HSV Sea Slice, katamaran SLICE
- Sea Fighter (FSF-1), katamaran SWATH
- Sea Shadow (IX-529), katamaran halimunan
- RV Triton, penguji kapal perang trimaran Britain
Rujukan
- ^ "The Navy Is Looking for a New Frigate to Replace the Troubled Littoral Combat Ship". 11 July 2017.
- ^ News, Defense. "Frigate competition wide open: US Navy specs reveal major design shift". Defense News.[pautan mati kekal]
- ^ Trevithick, Joseph. "In a Blow to LCS, the US Navy Finally Admits it Needs a Real Frigate".
- ^ Wetzel, Gary. "The Littoral Combat Ship Is A Disaster And This Is The Solution". Foxtrot Alpha. Jalopnik.
- ^ Ewing, Philip (29 June 2009). "LCS 2 delays trials after engine issue". Military Times. Dicapai pada 30 May 2015. (langganan diperlukan)
- ^ a b c d "USS Independence (LCS 2)". Naval Vessel Register. Dicapai pada 11 September 2016.
- ^ "GE and U.S. Navy Celebrate 40th Operating Anniversary of LM2500 Gas Turbine" (Siaran akhbar). GE Aviation. 27 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-11. Dicapai pada 30 May 2015.
- ^ Thompson, Jason (1 February 2010). "USS Independence LCS-2 - GE LM2500 Gas Turbines". Diesel Power Magazine. TruckTrend Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-13. Dicapai pada 30 May 2015.
- ^ Sharp, David (22 October 2009). "Navy's newest warships top out at more than 50 mph". KOMO News. Associated Press. Dicapai pada 21 July 2016.
- ^ Reilly, Sean (4 April 2010). "In high-stakes LCS competition, disagreement on how to rank the best deal". al.com. Dicapai pada 30 May 2015.
- ^ "GDLCS Media Center". AUSTAL/General Dynamics. Dicapai pada 30 May 2015.
- ^ "Q & A with the U.S. Navy on Lockheed Martin Hellfire missiles for Littoral Combat Ships". Navyrecognition.com. 17 July 2014. Dicapai pada 30 May 2015.
- ^ Freedburg Jr., Sydney J. (17 December 2014). "Fire Scout Grows Up: Drone Getting Radar, Rockets, 2016 IOC". Breakingdefense.com. Dicapai pada 30 May 2015.
- ^ Special from Navy Office of Information (29 December 2010). "Littoral Combat Ship Contract Award Announced" (Siaran akhbar). Navy News Service. NNS101229-09. Dicapai pada 30 October 2015.
- ^ Sick, Hope Hodge (1 April 2016). "Two More Littoral Combat Ships Under Contract". DoD Buzz. Military.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-26. Dicapai pada 25 November 2016.
- ^ "U.S. Navy announces Littoral Combat Ship program overhaul".
- ^ CNN, Brad Lendon and Ryan Browne. "US Navy overhauls troubled littoral combat ship program". CNN.
- ^ Times, Navy. "navy-secretary-mabus-littoral-combat-ship-fast-frigate". Navy Times.
- ^ Surface Forces Public Affairs (6 January 2010). "USS Independence Commissioned" (Siaran akhbar). Navy News Service. NNS100116-31. Dicapai pada 10 December 2015.
- ^ Senior Chief Mass Communication Specialist Donnie W. Ryan, Naval Surface Force, U.S. Pacific Fleet Public Affairs (5 April 2014). "USS Coronado Commissioned in Namesake City" (Siaran akhbar). Navy News Service. NNS140405-05. Dicapai pada 10 December 2015.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ MC2 Kathleen L. Church (5 December 2015). "USS Jackson (LCS 6) Commissioned" (Siaran akhbar). Navy News Service. NNS151207-02. Dicapai pada 10 December 2015.
- ^ Yawn, Andrew J. (10 September 2016). "'Man our ship': USS Montgomery commissioned". Montgomery Advertiser. Dicapai pada 11 September 2016.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kapal tempur pesisir kelas Independence |