Gambaran keseluruhan kelas | |
---|---|
Pembina: | Limbungan Huludao |
Pengguna: | Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat |
Selepasnya: | Type 094 (Kelas-Jin) |
Berkhidmat pada: | 1981 |
Jumlah disiapkan: | 2 |
Jumlah aktif: | 1 |
Lost: | 1 |
Ciri-ciri umum | |
Sesaran: | 6,500 tan, 7,000 tan tenggelam.[1] |
Panjang: | 120 m |
Lunas: | 10 m |
Draught: | 8 m |
Jana kuasa: | 1 × reaktor nuklear bertekanan air, 58MW; 2 × turbin air; 1 x aci. |
Halaju: | 22 knot |
Jarak: | Tiada had |
Kedalaman ujian: | 300 m |
Anak kapal: | 100 |
Persenjataan: | 6 × tiub torpedo 533 mm (haluan); peluru berpandu - 12 JL-1A SLBM. |
Kapal selam Type 092 Daqingyu (julukan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat sebagai Kelas-Xia, julukan oleh China sebagai09-II) adalah sebuah kapal selam berkuasa nuklear, pembawa peluru berpandu balistik (SSBN) pertama yang diatur gerak oleh Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China. Kapal selam seberat 6,500-tan ini juga merupakan SSBN pertama yang dibina di Asia. Ia direka oleh Peng Shilu (彭士禄) dan Huang Xuhua (黄旭华)[2], dan merupakan terbitan daripada kapal selam berkuasa nuklear Kelas-Han, dengan badan kapal yang dipanjangkan bagi memuatkan empat buah tiub peluru berpandu.