Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat kapal Itali Caio Duilio.
![]() Caio Duilio pada 10 Jun 2010
| |
Sejarah | |
---|---|
![]() | |
Nama: | Caio Duilio |
Bersempena dengan: | Gaius Duilius |
Dipesan: | 27 Oktober 2000 |
Pembina: | Limbungan kapal Horizon Sas dan Fincantieri. Riva Trigoso dan Muggiano. |
Dibaringkan: | 19 September 2003 |
Dilancarkan: | 23 Oktober 2007 |
Ditauliah: | 3 April 2009 |
Dalam perkhidmatan: | 22 September 2011 |
Pelabuhan asal: | La Spezia |
Pengenalan: |
|
Moto: | Nomen Numen |
Status: | Aktif |
Ciri-ciri umum | |
Kelas dan jenis: | Pembinasa Frigat kelas-Orizzonte |
Sesaran: | |
Panjang: | 152.9 m (501 ka 8 in) |
Lunas: | 20.3 m (66 ka 7 in) |
Draft: | 7.6 m (24 ka 11 in) |
Installed power: |
|
Jana kuasa: |
|
Halaju: |
|
Jarak: |
|
Ketahanan: | 45 hari |
Kapasiti: | Penempatan sehingga 255 |
Anak kapal: |
|
Krew: | 193 + 37 orang termasuk anggota Boarding/Keselamatan dan penerbangan |
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: |
|
Caio Duilio adalah sebuah kapal pembinasa dalam Tentera Laut Itali. Ia dan kapal selepasnya iaitu kapal pembinasa Itali Andrea Doria membentuk kelas Andrea Doria; dua buah kapal ini selain kapal pembinasa Perancis iaitu Forbin dan Chevalier Paul, tergolong dalam frigat kelas Horizon. Nombor badan bagi Caio Duilio adalah D 554 berdasarkan pengelasan oleh NATO.
Karier
Pada 12 Februari, 2008 Caio Duilio melakukan ujian laut pertamanya dan diterima masuk ke dalam perkhidmatan Tentera Laut Itali pada 3 April, 2009. Caio Duilio merupakan satu-satunya kapal pembinasa yang berpangkalan di La Spezia, dan merupakan kapal andalan bagi Komander dalam Kumpulan Laut Pertama (COMGRUPNAV 1). Ia menyertai, bersama-sama dengan Andrea Doria dan kapal Perancis Forbin dan Chevalier Paul, dalam satu latihan bersama di mana melibatkan semua kelas Horizon pada 5 Mei, 2009 di Teluk La Spezia. Caio Duilio selain kapal pengangkut pesawat Cavour dan kapal latihan Amerigo Vespucci, salah sebuah kapal yang boleh dilawati di pelabuhan Civitavecchia semasa Hari Penyatuan Itali dan Hari Angkatan Tentera pada 4 November, 2009.[2]
Ia menyertai perbarisan tentera laut untuk merayakan sambutan Hari Tentera Laut Itali di Naples pada 10 Jun, 2010[3] dan di La Spezia pada 10 Jun, 2011,[4] dengan kehadiran Presiden Giorgio Napolitano.
Semasa pembangunan banyak sistem kompleks di atas kapal, dan semasa ujian-ujiannya di Stesen Tentera Laut Taranto, kapal ini membuat kemunculan pertamanya di pentas antarabangsa dalam latihan NATO, Proud Manta 2011[5] bermula pada 4 Februari hingga 17 Februari, 2011, di perairan Laut Ionia, sebelum penyerahan Battle Ensign (yang berlaku di Gaeta pada 22 September, 2011),[6] bekerjasama dengan kapal-kapal, kapal selam dan pesawat daripada sembilan buah negara sekutu.
Pada 2 Mac, 2024 Caio Duilio, dalam tugasannya selaku kapal andalan dalam Operasi Aspides,[7] telah menjatuhkan sebuah dron yang dilancarkan oleh pejuang Houthi di Laut Merah menggunakan meriam utama 76 mm.[8] Dron ini yang mempunyai ciri-ciri sama dengan unit yang digunakan dalam serangan sebelumnya berpusat enam kilometer daripada kapal Itali, yang mana terbang ke arahnya.[9]
Rujukan
- ^ "Horizon - Andrea Doria class - AntiAir Warfare Destroyer". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-18.
- ^ "The Armed Forces Day 2009 on the Italian Navy website". Marina.difesa.it. Dicapai pada 2011-09-18.
- ^ "The Navy Day in 2010 on the Italian Navy website". Marina.difesa.it. Dicapai pada 2011-09-18.
- ^ "The Navy Day 2010 on Italian Navy website". Marina.difesa.it. Dicapai pada 2011-09-18.
- ^ "Proud Manta Exercise 2011 on Allied Maritime Command Naples website". Manp.nato.int. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-06. Dicapai pada 2011-09-18.
- ^ "Press conference about the delivery ceremony of the Battle Ensign". Marina.difesa.it. Dicapai pada 2011-09-18.
- ^ Peruzzi, Luca (2024-02-08). "Italy's contribution to the nascent EU Operation Aspides". Naval News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-03.
- ^ Naval News Staff (2024-03-03). "Italian Navy Destroyer Caio Duilio Shoots Down Drone In Red Sea". Naval News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-03.
- ^ "Italian naval ship shoots down drone in red sea". US News. m/s. https://www.usnews.com/news/world/articles/2024-03-02/italian-naval-ship-shoots-down-drone-in-red-sea. Dicapai pada March 2, 2024.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kapal pembinasa Itali Caio Duilio |
- Destroyer Caio Duilio Marina Militare