Fail:Kantana corporate logo.png | |
Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Industri | Filem, televisyen, animasi |
Ditubuhkan | 1951 |
Ibu pejabat | Bangkok, Thailand |
Tokoh penting | Somchat Intrathut, pengerusi Somsook Kaljaruek, pengasas bersama dan pengerusi kehormat |
Anak syarikat | Kantana Laboratories Oriental Post Kantana Motion Pictures Kantana Distribution Kantana Publishing Kantana Animation Studio Saradee Kantana Movie Town Kantana Edutainment Kantana I-MC Kantana Organizer and Management Apollo Lab Mica Media Thai Independent Network Agency |
Tapak web | http://www.kantana.com/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Kantana Group Public Company Limited (Bahasa Thai: บริษัท กันตนา กรุ๊ป จำกัด ) ialah sebuah syarikat penerbitan filem dan televisyen yang bertapak di Bangkok, Thailand, dan juga antara studio perfileman tertua dan terbesar di negara tersebut. Kemudahan pascapenerbitan syarikat ini, termasuklah usahasama Oriental Post, merupakan pusat utama untuk pemprosesan dan suntingan filem di Asia. Syarikat ini juga terkenal kerana menghasilkan animasi, termasuk filem Khan Kluay yang dikeluarkan pada tahun 2006.
Kantana ditubuhkan oleh Pradit dan Somsook Kaljaruek pada tahun 1951 sebagai sebuah kumpulan drama radio. Semenjak itu, syarikat ini menceburi bidang televisyen pada tahun 1958 dengan siri drama “Ying Kor Mee Hua Jai”, diikuti penerbitan filem cetera, iklan dan dokumentari.
Struktur
Operasi perniagaan syarikat ini dan anak-anak syarikatnya terbahagi kepada tiga bidang utama, iaitu penerbitan televisyen production, perfileman dan pascapenerbitan, dan "inforia" dan perhubungan awam.
Televisyen
Rancangan hiburan
Rancangan hiburan untuk seisi keluarga diterbitkan untuk siaran saluran televisyen Thailand iaitu saluran 5 (Royal Thai Army TV), BBTV Channel 7 dan TITV, termasuklah siri kartun "The Adventure of Khan Kluay".
Drama
Kira-kira 18 siri drama atau lakorn diterbitkan untuk disiarkan oleh BBTV Channel 7 dan TITV.
Filem
Kantana Animation Studio
Kantana Animation menerbitkan filem animasi komputer pertama Thailand pada tahun 2006, bertajuk Khan Kluay, yang memakan masa tiga tahun dan belanja 150 juta baht. Khan Kluay meneraju dari segi kutipan pawagam Thailand pada tahun 2006, iaitu 91 juta baht, di samping meraih beberapa anugerah. Begitu juga, siti TV Khan Kluay diterbitkan untuk saluran BBTV Channel 7. Pada tahun 2007, Kantana Animation dijadikan sebuah anak syarikat, bernama Kantana Animation Studio Company, Limited.
Pascapenerbitan
Kantana merupakan pusat perkhidmatan pascapenerbitan filem utama di Asia. Makmal filem Kantana menawarkan khidmat sari kata, pemotongan negatif, analisa warna, kesan optik, adunan bunyi, penggilapan filem dan salin cetak filem. Kemudahan ini turut menyediakan kerja makmal terhadap filem-filem seperti Memoirs of a Geisha, Superman Returns, Casino Royale dan puluhan filem cetera Thailand.
Studio bunyi syarikat ini menawarkan khidmat lakaban dan adunan audio untuk filem, rancangan televisyen iklan, termasuk rakaman, kesan bunyi, folei, reka bunyi dan alih suara/ADR. Kantana ialah syarikat Thailand pertama yang menerima kebenaran dari Dolby Laboratories untuk merakam bunyi berjenama Dolby.
Oriental Post
Oriental Post Company, Ltd., sebuah usahasama 50-50 oleh Kantana dan Loxley Video Post, menyediakan kemudahan pascapenerbitan digital, termasuklah penggubahan digital dalam format PAL, NTSC, HD 24p multi-format, telecine, penyuntingan digital dan penghasilan kesan khas. Berlengkapkan teknologi pertengahan digital, perkhidmatan Oriental Post turut merangkumi pemprosesan filem, penyelarasan imbasan, pembetulan warna, penyuntingan luar dan dalam talian, kesan digital, grafik komputer, rakaman audio dan pencetakan filem. Syarikat ini pernah menyediakan kerja pascapenerbitan unutk filem-filem Wong Kar-Wai, iaitu 2046 dan My Blueberry Nights.[1]
Rujukan
- ^ "IMAGICA Scanner Used by Oriental Post in 4K DI for 'My Blueberry Nights"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-07. Dicapai pada 2009-02-21.