Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Kang Daniel (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Kang Daniel | |
---|---|
강다니엘 | |
Kelahiran | Kang Eui-geon 10 Disember 1996 Busan, Korea Selatan |
Pendidikan | Universiti Kyung Hee Cyber |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2017–Sekarang |
Kerjaya muzik | |
Genre | K-pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | MMO Entertainment YMC Entertainment[A] Swing Entertainment[A] LM Konnect Entertainment |
Nama Korea | |
Hangul | 강다니엘 |
Perumian Semakan | Gang Daniel |
McCune–Reischauer | Kang Taniel |
Nama lahir | |
Hangul | 강의건 |
Perumian Semakan | Gang Ui-geon |
McCune–Reischauer | Kang Ŭikŏn |
Laman web rasmi | danielk |
}}
Kang Daniel (Hangul: 강다니엘 ; lahir Kang Eui-geon [강의건 ]; pada 10 Disember 1996) lebih dikenali sebagai Daniel, ialah seorang penyanyi, penulis lagu, penari dan usahawan Korea Selatan. Namanya melonjak naik selepas memenangi tempat pertama dalam Produce 101 (season 2) dan merupakan bekas anggota kumpulan Korea Selatan, Wanna One[2]. Semasa kumpulan tersebut aktif selama setahun setengah, mereka mencapai kejayaan di mana keempat-empat album mereka mendapat tempat pertama dalam Gaon Album Chart dan kelima-lima single utama berada di kedudukan tiga teratas di Korea Selatan Gaon Digital Chart.[3]
Selepas pembubaran Wanna One, beliau mengambil masa 6 bulan terhenti daripada industri hiburan dan mengambil alih pengurusan kariernya sendiri dengan membina syarikatnya iaitu KONNECT Entertainment dan debut dengan album mini pertama, Colour On Me[4]. Album mini tersebut mencatat kejayaan apabila ia memecahkan rekod yang dipegang oleh artis solo dalam sejarah South Korea's Hanteo Chart.[5]t[6]. Ia juga berada di tangga teratas Gaon Album Chart[7][8]
Kerjaya
Kehidupan awal dan pra-debut
Nama sebenar beliau adalah Kang Eui-geon (강의건) dan dilahirkan di Busan, Korea Selatan. Beliau merupakan anak tunggal dalam keluarga[9]. Beliau membuat keputusan untuk menukar namanya secara rasmi selepas mendapati ramai yang sukar menyebut nama asalnya[10]. Atas saranan daripada seorang guru, beliau mula menari. Semasa menjadi bintang tamu dalam program Hello Counselor, beliau mengungkapkan bahawa beliau telah dibuli kerana rupa parasnya dan mula menari untuk membina kepercayaan diri. Sebelum muncul dalam Produce 101 Season 2, beliau telah menjalani latihan selama dua tahun dan sebulan. Pada awalnya, beliau menjadi pelatih di B2M Entertainment dan seterusnya di MMO Entertainment. Salah satu ketika yang dikenali semasa tahun latihannya adalah penampilannya dalam 'Her Secret Weapon', di mana beliau menjadi penari latar untuk Cao Lu daripada Fiestar dan Sihyun daripada Spica semasa mereka membuat persembahan lagu 'Invitation' oleh Uhm Jung-Hwa.
2017-2018: Produce 101 Season dan Wanna One
Artikel utama: Produce 101 Season 2 dan Wanna One
Pada tahun 2017, Kang mewakili MMO Entertainment dalam Produce 101 Season 2 dan berjaya menyandang tempat pertama sekaligus menjadi center untuk kumpulan Wanna One dibawah pengurusan YMC Entertainment.
Beliau secara rasmi debut bersama Wanna One di Wanna One Premier Show-Con pada 7 Ogos 2017 di Gocheok Sky Dome dengan mini-album 1×1=1 (To Be One). Semasa persediaannya untuk debut, beliau juga telah dipastikan akan menyertai episod perintis It's Dangerous Beyond The Blankets diterbitkan oleh MBC yang ditayangkan pada 27 Ogos. Dalam bulan yang sama, beliau terpilih sebagai penghias muka depan untuk majalah Weekly Chosun, dengan salah satu artikel memfokuskan tetang popularitinya di mata masyarakat. Beliau juga merupakan selebriti lelaki pertama yang muncul sebagai penghias muka depan untuk majalah InStyle. Beliau telah menjadi ahli tetap untuk program dari SBS, Master Key dan beliau dianugerahkan Rookie Award (Variety Category) di 2017 SBS Entertainment Awards.
Pada tahun 2018, beliau terlibat dalam beberapa aktiviti individu dan yang paling dikenali adalah beliau menjadi pelakon dalam music video Days Without You yang dinyanyikan oleh Davichi. Beliau juga terpilih untuk menjadi ahli tetap untuk It's Dangerous Beyond the Blankets musim kedua. Beliau sekali lagi dianugerahkan Rookie Award (Variety Category) di 2018 MBC Entertainment Awards. Pada 2018 Mnet Asian Music Awards, bersama-sama dua lagi ahli Wanna One, Park Woojin dan Kim Jaehwan, mereka memenangi anugerah Best Unit Award seabagai anggota Triple Position. Walaupun kontraknya bersama Wanna One telah tamat pada 31 Disember, beliau masih bersama mereka membuat penampilan sehingga konsert terakhir mereka yang berlangsung pada 24 Januari sehingga 27 Januari 2019.
2019: Debut solo dengan Color on Me
Pada 31 Januari 2019, telah dilaporkan bahawa beliau akan berpindah ke LM Entertainment selepas aktiviti bersama Wanna One telah tamat. Walau bagaimanapun, pada 21 Mac 2019, beliau telah memohon untuk menamatkan kontrak eksklusifnya dengan LM Entertainment. Wakilnya membongkarkan bahawa LM Entertainment telah menandatangani kontrak bisnes yang menjual kontraknya kepada pihak ketiga tanpa pengetahuannya. Pada 10 Mei, Mahkamah Daerah Seoul telah membantu Kang Daniel dan berjaya menamatkan kontraknya bersama LM Entertainment. Beliau akan menyambung kariernya sebagai selebriti tanpa campur tangan syarikat itu. Pada 10 Jun 2019, telah dilaporkan bahawa beliau menubuhkan syarikat hiburannya sendiri, KONNECT Entertainment.
Beliau dengan rasminya membuat debut sebagai artis solo pada 25 Julai 2019 dengan album mini pertama Color On Me. Merujuk Hanteo Chart, album mini tersebut telah mencipta rekod baru untuk artis solo. Kang Daniel telah berjaya mendapat kemenangan pertama dengan What Are You Up To di Music Bank pada 9 Ogos 2019. Beliau menjalankan promosi untuk EP tersebut dengan acara fansign di Korea Selatan pada 31 Julai hingga 3 Ogos. Selepas itu, beliau memulakan jelajah acara bertemu peminat dengan menjelajah ke 6 buah negara iaitu Singapura, Bangkok, Taipei, Kuala Lumpur dan Manila sebelum kembali ke Seoul dengan acara bertemu peminat selama dua hari. Di pertengahan jelajahnya, beliau juga menjadi hos untuk acara radionya sendiri di NOW, perkhidmatan penstriman audio dalam talian milik Naver. Kang Daniel Show ditayangkan semasa perayaan Chuseok sebanyak empat episod daripada 11 September hingga 14 September. Dalam bulan yang sama, pelancaran siri pelancongan pertamanya yang dinamakan Colourful Daniel akan ditayangkan di saluran rasmi Youtube milik Konnect Entertainment. Beliau muncul kembali untuk kali pertama dengan melancarkan dua single terbaru iaitu Touchin dan Adulthood. Tidak seperti debutnya, Kang Daniel boleh mempromosikan Touchin dengan membuat persembahan di beberapa pertunjukan muzik dan memenangi trofi di The Show milik SBS MTV pada 3 Disember. Walaubagaimanapun, selepas seminggu mempromosikan lagu tersebut, Konnect mengumumkan bahawa Kang Daniel akan berehat daripada kariernya berikutan masalah kesihatan.
2020-sekarang: Comeback dengan Cyan dan Magenta
Pada tahun 2020, Kang Daniel muncul kembali dengan rancangan realiti perjalanan Hello, Daniel yang ditayangkan pada 4 Mac. Selepas itu, beliau mengeluarkan album mini keduanya iaitu Cyan. Beliau memenangi beberapa trofi dengan single utamanya, 2U, di The Show, Music Bank, Show! Music Core, Show Champion dan M Countdown. Sebagai sebahagian daripada projek kolaborasi Pepsi dan Starship Entertainment yang bertajuk "For The Love of Korea", Kang Daniel dan Zico melancarkan single mereka "Refresh" yang juga diterbitkan oleh Steve Aoki pada 23 April. Beliau mengambil bahagian dalam festival dalam talian 88rising's Asia Rising Forever pada 6 Mei dan konsert dalam talian TikTok Stage pada 25 Mei. Beliau juga menyertai barisan penyanyi yang akan membuat persembahan di Pepsi Online Showcase yang bertajuk "For The Love of Korea" yang akan disiarkan pada 27 Jun. Pada 19 Jun, Kang Daniel mengeluarkan OST drama pertamanya menerusi drama oleh SBS, Backstreet Rookie.[11] Beliau juga menyertai barisan untuk KCON:TACT 2020 Summer and the Pepsi Online Showcase.[12][13] Untuk meraikan ulang tahun pertama debut solonya, Kang mengadakan perjumpaan peminat dalam talian pada 25 Julai.[14]
Album mini ketiga dari projek trilogi warnanya Magenta, telah dikeluarkan pada 3 Ogos.[15] Dengan keluaran ini, Kang Daniel melepasi satu juta album kumulatif yang terjual dalam masa 13 bulan sebagai debut artis solo.[16] Lagu dari Album mini bertajuk "Waves" yang menampilkan Simon Dominic dan Jamie telah pra-dikeluarkan pada 27 Julai.[17]
Kesan dan pengaruh
Beliau dikenali dengan pengiktirafan jenama dan kekuatan pemasarannya, setelah menduduki tempat pertama di "Male Model Brand Power Ranking" dan "Individual Boy Group Members Brand Power Ranking", yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Reputasi Korporat Korea. Beliau juga menjadi artis pertama dalam sejarah yang berada di puncak "Individual Boy Group Members Brand Brand Ranking" selama 13 bulan berturut-turut. Menjelang akhir tahun 2017, beliau dinobatkan sebagai idola kedua paling disukai dalam tinjauan yang dilakukan setiap tahun oleh Gallup Korea.
Untuk mempromosikan budaya Korea, beliau dipilih sebagai duta kehormat untuk pameran budaya khas di Olimpik Pyeongchang 2018. Pada Januari 2018, nama Kang dimasukkan dalam senarai tahunan Forbes Korea 2030 Power Leaders dalam hiburan. Senarai itu dipilih oleh enam panel pakar industri yang berunding dengan wartawan Forbes untuk menentukan barisan terakhir. Pada tahun yang sama, dia dinobatkan sebagai idola kelima yang paling disukai dalam tinjauan tahunan Gallup Korea.
Pada 3 Januari 2019, Guinness World Records mengumumkan bahawa Kang Daniel telah mencipta rekod baru untuk "Waktu terpantas untuk mendapatkan satu juta pengikut di Instagram", mencapai rekod baru dalam 11 jam dan 36 minit setelah mencipta akaun di platform media sosial tersebut dan memecahkan rekod 12 jam sebelumnya yang dipegang oleh Pope Francis. Forbes meletakkannya sebagai selebriti keempat terkuat dalam senarai Korea Power Celebrity 2019, menjadikannya satu-satunya individu di antara kumpulan dalam lima teratas. Pada akhir tahun yang sama, beliau terpilih sebagai model pengiklanan ketiga paling digemari oleh pengguna wanita pada usia 10-an dalam tinjauan yang dilakukan oleh Korea Broadcast Advertising Corporation. beliau juga tergolong sebagai idola ke-13 yang paling disukai dalam tinjauan tahunan Gallup Korea.
Sehingga Mei 2020, Kang telah menduduki tempat pertama di Idol Chart selama lebih dari 111 minggu berturut-turut, menjadikannya artis pertama dan satu-satunya yang melakukannya.
Kegiatan Lain
Perniagaan
Pada bulan Jun 2019, Kang menubuhkan dua syarikat yang berasingan namun berkaitan yang bernama Konnect Entertainment dan KD Corporation. Nama Konnect Entertainment adalah gabungan perkataan "Korea" dan "connect". Dia secara sah didaftarkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk kedua-dua syarikat. Kegiatannya dalam industri hiburan dikendalikan oleh Konnect dan semua aktiviti berkaitan perniagaan lain dikendalikan oleh KD Corporation. KD Corporation merancang untuk berkembang ke pelbagai cabang perniagaan pada masa hadapan. Pada Februari 2020, sebuah kafe yang terletak di tingkat pertama bangunan Konnect Entertainment di Seoul dibuka secara rasmi untuk memulakan aktiviti perniagaan. "Cafe De Konnect" mengadakan acara pembukaan pada 19 dan 20 Februari untuk peminat sebelum dibuka secara rasmi kepada umum pada 21 Februari. Acara ini membolehkan 100 peminat mendapat minuman percuma setelah menunjukkan kad keahlian mereka dari kelab peminat rasmi Kang Daniel.
Pengiklanan
Setahun selepas memulakan kerjayanya, Kang Daniel menjadi salah satu selebriti bernilai tinggi dalam industri pengiklanan di Korea Selatan, dilaporkan membuat kontrak 1 bilion won (US$860,000) setiap tahun. Dari tahun 2017 hingga 2018, beliau mendapat banyak tawaran pengiklanan, mulai dari kosmetik, pakaian, elektronik hingga kacamata.
Pada 12 Jun 2019, beliau dilantik sebagai duta kehormat Busan. Beliau dipilih melalui acara pada bulan April yang membolehkan warga Busan memilih orang yang mereka anggap paling sesuai untuk mempromosikan bandar tersebut. Upacara rasmi diadakan pada 9 Julai 2019 di Stadium Baseball Sajik di mana beliau mendapat mandat dari datuk bandar. Pada hari yang sama, beliau dipilih untuk menjadi pelempar pertama (ceremonial first pitch) untuk pertandingan Lotte Giants. Tidak lama selepas debut solonya pada bulan Julai 2019, Kang menjadi model untuk KT Corporation, syarikat telefon terbesar di Korea Selatan. Dianggap berjaya, kerjasama mereka menghasilkan penjualan 68,000 unit dan meningkatkan rekod pra-tempahan KT sebanyak 45%. Beliau juga menjadi model untuk restoran Mexicana Chicken. Pada 17 September, diumumkan bahawa beliau dipilih sebagai model jenama Givenchy Beauty. Dalam pemotretan untuk majalah Elle edisi Oktober, beliau memamerkan pelbagai gaya dengan menggunakan produk bibir dari jenama mewah Le Rouge. Pada 27 September, Subway Korea mengumumkan bahawa Kang Daniel akan menjadi model iklan baru yang mempromosikan Signature Wraps mereka. Tidak lama kemudian, beliau terpilih sebagai wajah baru Calvin Klein Jeans. Di samping itu, jenama bagasi premium, Rimowa, mendedahkan koleksi baru mereka dengan kerjasama Kang Daniel melalui gambar dan video di Elle dan Esquire.
Pada Januari 2020, diumumkan bahawa beliau dipilih sebagai duta baru untuk jenama pakaian sukan Jerman, Puma. Pada akhir bulan yang sama, produk kolaborasi pertama Puma dan Kang Daniel, "RS-X Cube", dilancarkan sebagai sebahagian daripada koleksi RS (Running System) Puma yang terkenal. Untuk meraikan kerjasama tersebut, Puma melancarkan acara promosi luar talian di gedung-gedung yang dinamakan "KD CUBE ROOM". Pengunjung dapat menikmati kandungan eksklusif seperti video yang belum diterbitkan, barang jualan baru, dan panggilan video maya dengan Kang Daniel. Pada Februari 2020, diumumkan bahawa beliau akan bekerjasama dengan perkhidmatan emoticon KakaoTalk, Kakao Friends. Sebelum ini Kang Daniel terkenal sebagai orang yang mirip dengan "Apeach". Beliau juga diberi julukan "Baby Peach" dan selalu dikaitkan dengan watak Apeach dari siri Kakao Friends Muzi. Direka oleh Kang sendiri, koleksi kolaborasi yang disebut "Apeach Kang Daniel Edition" memaparkan barang-barang yang termasuk dalam kategori mainan, fesyen, dan barang untuk peminat itu dilancarkan secara rasmi di Korea dan global pada 7 dan 21 Februari. Sebagai tambahan kepada barang-barang ini, KakaoFriends juga mengeluarkan menu minuman dan pencuci mulut edisi terhad, yang dijual di tiga kafe termasuk Cafe De Konnect milik Kang Daniel.
Fesyen
Pihak industri telah mengatakan "Walaupun industri fesyen berada dalam kemerosotan, Kang Daniel sebagai model masih dapat membuat orang lain membelanjakan wang", dengan menyatakan bahawa "Bayarannya adalah yang tertinggi di antara selebriti yang sedang meningkat naik". Selepas debutnya, beliau dengan cepat menjadi salah satu selebriti yang paling dicari di antara jenama mewah seperti Chanel, Louis Vuitton, Calvin Klein, dan Cartier dan menjadi model untuk mereka.
Pada bulan Januari 2018, dua bulan setelah Kang Daniel dilihat memakai jaket rekaan Los Angeles Project (LAP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, telah diumumkan bahawa beliau menjadi model rasmi jenama fesyen tersebut. Jurucakap jenama tersebut menyatakan, "Setelah Kang Daniel memakai jaket kami, sambutan yang kami terima sangat positif". Mereka menambah bahawa, "Produk itu habis terjual dan melalui tujuh kali pengeluaran yang membuatkan kami sebulat suara memilihnya sebagai model kami". LAP mempercayai kehadirannya yang berpengaruh dalam dunia fesyen dan melancarkan koleksi pakaian jalanan yang baharu bernama "Kang Daniel's Pick - Edition" agar lebih sesuai dengan gayanya. Kejayaan koleksi ini dilihat berjaya dan mendorong ke arah pembukaan kedai pop-up Daniel's Pick LAP di Jepun dan Korea. Pada bulan Jun 2018, beliau terpilih sebagai model terbaru Chanel Fine Jewelry. Beliau berkolaborasi dengan jenama mewah Perancis itu untuk majalah Elle edisi Julai yang terbukti berjaya kerana penjualan untuk terbitan ini mencapai tahap yang sangat mengagumkan.
Pada bulan Mac 2019, Kang Daniel sekali lagi menjadi penghias muka depan untuk majalah Elle yang mengiktiraf Louis Vuitton sebagai ikon gaya baru mereka. Beliau dan aktres, Bae Doona, dipilih untuk mempromosi beg tangan dari jenama Louis Vuitton, Twist. Promosi baru ini dilancarkan melalui gambar dan video di laman web rasmi jenama Elle seminggu menjelang pembukaan kedai pop-up Louis Vuitton Twist Bag di Seoul. Ini merupakan pertama kalinya Louis Vuitton membuka kedai pop-up di Korea. Pada bulan September 2019, Kang Daniel dipilih untuk menjadi penghias muka hadapan untuk majalah fesyen Arena Homme+ dan Vogue. Untuk dua versi muka hadapan Arena Homme+, beliau dilihat memodelkan beberapa pakaian dari koleksi Juste un Clou dari Cartier setelah dipilih sebagai ahli kumpulan duta untuk "Maison Cartier". Menurut majalah itu, mereka dapat merasakan kuasa Kang Daniel ketika penjualan pra-pesanan meningkat setelah berita bahawa beliau menjadi penghias muka hadapan diwar-warkan. Selain itu, Kang Daniel dipilih sebagai model iklan untuk Calvin Klein Jeans. Jenama fesyen antarbangsa itu menyatakan, "Calvin Klein menyambut ulang tahun ke-50 tahun ini, dan bersama-sama dengan Kang Daniel, kami berharap dapat memperingati 50 tahun yang bersejarah ini dengan cara yang bermakna." Kerjasama mereka dapat dilihat dalam majalah fesyen High Cut edisi Oktober 2019 kerana Kang Daniel adalah penghias muka depan untuk empat versi yang berbeza, dengan beliau memperagakan pakaian Calvin Klein Jeans.
Dermawan
Pada 12 Jun 2018, beliau mengambil bahagian dalam Ice Bucket Challenge untuk mempromosikan kempen kesedaran ALS dan juga menyumbangkan 2 juta won ($1,730). Dua hari kemudian, Yayasan Harapan Seungil melaporkan laman web mereka meletup kerana terlampau ramai yang mengakses pada masa yang sama dan terdapat hampir seribu sumbangan sejak Kang Daniel mengambil bahagian dalam cabaran tersebut. Pada bulan November 2018, jurugambar, Cho Sei-hon memilih Jung Woo-sung dan Kang Daniel sebagai dua orang yang menurutnya mempunyai pengaruh positif di Korea Selatan untuk pameran terakhir Letter from Angels, kempen kesedarannya yang telah berlangsung selama 16 tahun.
Melalui Hope Bridge Disaster Relief, Kang Daniel telah menyumbangkan 30 juta ($26,000) untuk didermakan kepada mangsa Kebakaran Goseong pada April 2019. Hope Bridge melaporkan pada bulan Mei, sumbangan yang dibuat atas nama beliau mencapai angka ₩180 juta ($155,000). Pada awal Disember, Kang merakam nada dering dengan KT untuk orang yang mengalami masalah pendengaran atau pertuturan sempena Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (IDPWD). Menjelang Krismas, Kang menyumbangkan 30 juta won atas nama kelab peminatnya kepada The Snail of Love, sebuah kumpulan kebajikan sosial untuk orang pekak dan kurang keupayaan pendengaran. Konnect juga menyumbang 31,000 briket melalui bank briket sebagai ucapan terima kasih kepada peminat kerana membantu mereka yang memerlukan pada hari ulang tahun Kang.
Pada 28 Februari 2020, Kang memberikan sumbangan peribadi sebanyak 50 juta won ($41,000) kepada Hope Bridge Disaster Relief untuk digunakan untuk membeli barang seperti topeng kesihatan dan pembersih tangan untuk mencegah penyebaran COVID-19. Setelah Konnect dihubungi untuk mengesahkan berita itu, Kang menyatakan melalui agensinya, "Saya ingin menghulurkan bantuan kepada kakitangan perubatan yang sedang berjuang". Pada 17 April, Kang Daniel pergi ke pejabat The Snail of Love untuk mengunjungi kanak-kanak pertama daripada sepuluh kanak-kanak yang akan menerima implan koklea di bawah namanya dan nama kelab peminatnya. Satu majlis diadakan kerana gabungan sumbangan mereka melebihi million 99 juta ($81,000).
Discography
Lihat juga : Diskografi Wanna One
Extended plays (EP)
Judul | Info Terperinci | Kedudukan carta tertinggi | Jualan | Sijil Perakuan | |
---|---|---|---|---|---|
KOR |
JPN | ||||
Color on Me |
|
1 | 23 |
|
|
Cyan |
|
1 | — |
|
|
Singles
Judul | Tahun | Kedudukan tertinggi di carta | Album | |
---|---|---|---|---|
KOR |
KOR
Hot | |||
What Are You Up To (뭐해) | 2019 | 15 | 1 | Color on Me |
Touchin | 71 | — | Cyan | |
2U | 2020 | 7 | 81 | |
"—" menunjukkan single yang tidak tersenarai dalam carta atau tidak dilancarkan di negara tersebut. |
Kerjasama
Judul | Tahun | Kedudukan tertinggi di carta | Album | |
---|---|---|---|---|
KOR |
KOR Hot | |||
Refresh(bersama Zico) | 2020 | 113 | — | Non-album single |
"—" menunjukkan single yang tidak tersenarai dalam carta atau tidak dilancarkan di negara tersebut. |
Penampilan lagu tema (OST)
Judul | Tahun | Kedudukan tertinggi di carta | Album | |
---|---|---|---|---|
KOR |
KOR
Hot | |||
TBA | 2020 | TBA | Backstreet Rookie OST Part 1 | |
"—" menunjukkan single yang tidak tersenarai dalam carta atau tidak dilancarkan di negara tersebut. |
Lagu lain yang berada di carta
Judul | Tahun | Kedudukan tertinggi di carta | Album | |
---|---|---|---|---|
KOR |
KOR
Hot | |||
Color | 2019 | 111 | 3 | Color on Me |
I Hope | 110 | 2 | ||
Horizon | 127 | — | ||
Intro (Through the Night) | 139 | — | ||
"—" menunjukkan single yang tidak tersenarai dalam carta atau tidak dilancarkan di negara tersebut. |
Pengkreditan Penulisan Lagu
Semua pengkreditan diambil dari Persatuan Muzik Hak Cipta Korea.
Tahun | Artis | Lagu | Album |
---|---|---|---|
2018 | Wanna One | "Kangaroo" | 1÷x=1 (Undivided) |
2019 | Kang Daniel | "Color" | Color on Me |
"What Are You Up To" (뭐해) | |||
"Horizon" | |||
"I Hope" | |||
"Adulthood" | Cyan |
Filemografi
Muzik Video
Tahun | Judul | Pengarah | Ruj. |
---|---|---|---|
2019 | "What Are You Up To" (뭐해) | VM Project Architecture | |
"Touchin'" | FantazyLab | ||
2020 | "Adulthood" | N/A | |
"2U" | VM Project Architecture | ||
"Refresh"
(with Zico) |
Pinklabel Visual |
Rancangan televisyen
Tahun | Judul | Rangkaian | Peranan | Nota | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2017 | Produce 101 Season 2 | Mnet | Peserta | Menang tempat pertama | |
Master Key | SBS | Ahli | Episod 1, 4–10 | ||
2017–18 | It's Dangerous Beyond the Blankets | MBC | Musim 1 dan 2 | ||
2018 | Produce 48 | Mnet | Pengacara Istimewa | Episod 1 (bersama Jeon So-mi) | |
2020 | Hello, Daniel | SBS F!L, SBS MTV | Ahli | Rancangan realiti individu |
DVD
- Hello, Daniel Travel Story in Portland & LA DVD
Anugerah dan Pencalonan
Lihat juga: Senarai anugerah dan pencalonan yang telah diterima oleh Wanna One
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya yang dicalonkan | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2017 | 3rd Fashionista Awards | Best Fashionista (Rising Star) | N/A | Menang | |
CJ E&M America Awards | Male Idol of the Year | Menang | |||
11th SBS Entertainment Awards | Rookie Award (Variety) | Master Key | Menang | ||
2018 | Click! Star Wars Awards | Popularity Award (Individual) | N/A | Menang | |
Hall of Fame | Menang | ||||
10th MTN Broadcast Advertising Festival | Grand Prize (Audience) | Menang | |||
Brand of the Year Awards | Grand Prize (Male CF Model) | Menang | |||
Elle Style Awards | Best Magazine Cover Award | Menang | |||
18th MBC Entertainment Awards | Rookie Award (Variety) | It's Dangerous Beyond the Blankets | Menang | ||
2019 | 1st The Fact Music Awards | Fan N Star Choice Award (Individual) | N/A | Menang | |
Fan N Star Most Votes Award (Individual) | Menang | ||||
Fan N Star Hall of Fame (Individual) | Menang | ||||
Ten Asia Global Top Ten Awards | Popularity Award (South Korea) | Menang | |||
Global Popularity Award | Menang | ||||
4th Dong-A Pick Awards | Long Term Winner Prize (Idol Pick) | Menang | |||
4th Asia Artist Awards | Potential Award (Singer) | Menang | |||
Star15 Popularity Award | Menang | ||||
Best Emotive Award (Singer) | Menang | ||||
21st Mnet Asian Music Awards | Best New Male Artist | Tercalon | |||
Artist of the Year | Tercalon | ||||
Worldwide Fans’ Choice Top 10 | Tercalon | ||||
11th Melon Music Awards | Best Music Video | "What Are You Up To" (뭐해) | Menang | ||
Hot Trend | N/A | Tercalon | |||
2020 | 34th Golden Disc Awards | Rookie of the Year | Tercalon | ||
Popularity Award | Tercalon | ||||
29th Seoul Music Awards | Main Award | Color on Me | Tercalon | ||
Dance Performance Award | "Touchin'" | Tercalon | |||
Popularity Award | Color on Me | Tercalon | |||
K-Wave Award | Tercalon | ||||
Ten Asia Global Top Ten Awards | Popularity Award (South Korea) | N/A | Menang | ||
Popularity Award (Singapore) | Menang | ||||
Popularity Award (Vietnam) | Menang | ||||
Global Popularity Award | Menang | ||||
2nd The Fact Music Awards | Fan N Star Choice Award (Individual) | Menang | |||
Fan N Star Most Votes Award (Individual) | Menang | ||||
5th Brand Customer Loyalty Award | Male Solo Singer | Menang |
Nota
Rujukan
- ^ Jung, Kyung-won (May 31, 2018). "[공식입장] 워너원, 5월 끝으로 소속사 변경…YMC 떠나 전담회사 스윙엔터로". Osen (dalam bahasa Korea). Dicapai pada December 17, 2018.
- ^ http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20170618000297
- ^ https://www.sbs.com.au/popasia/blog/2018/08/07/8-incredible-achievements-wanna-ones-year-together
- ^ http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20190610000633
- ^ https://channels.vlive.tv/C7A6F1/vtoday/0.11589978
- ^ https://www.sbs.com.au/popasia/blog/2019/07/30/kang-daniel-sets-new-solo-artist-sales-record-south-korea
- ^ "Kang Daniel sets new solo artist sales record in South Korea". SBS. July 30, 2019. Dicapai pada December 20, 2019.
- ^ Osen (August 4, 2019). "Kang Daniel broke all-time record of 1st week album sales by soloists". V Live. Dicapai pada December 20, 2019.
- ^ http://entertain.naver.com/read?oid=311&aid=0000764312
- ^ https://www.youtube.com/watch?v=Ee6ejnDQtCk
- ^ "Kang Daniel to Sing His First-ever Drama OST for 'Backstreet Rookie'". SBS News. June 15, 2020. Dicapai pada June 20, 2020.
- ^ "KCON:TACT Artist Announcement – Kang Daniel". KCON USA. May 30, 2020. Dicapai pada June 21, 2020.
- ^ "'펩시 온라인 쇼케이스' 27일 개최…강다니엘→뉴이스트 황금 라인업 [공식]". Sports Donga (dalam bahasa Korea). June 5, 2020. Dicapai pada June 15, 2020.
- ^ "[Fan Meeting] KANG DANIEL Celebrates the 1st Solo Debut Anniversary with the Ontact Fan Meeting DAN1TYST". Hanteo News. June 30, 2020. Dicapai pada July 1, 2020.
- ^ "[단독] 강다니엘, 8월 3일 전격 컴백…다니티 모여라". XportsNews via Naver (dalam bahasa Korea). July 5, 2020. Dicapai pada July 5, 2020.
- ^ "[속보] 강다니엘(KANG DANIEL), 솔로 데뷔 이후 앨범 전체 누적 판매량 백만 장 돌파 (한터차트 공식)". Hanteo News (dalam bahasa Korea). August 6, 2020. Dicapai pada August 6, 2020.
- ^ "강다니엘, 'Waves' 티저 이미지 기습 공개..사이먼 도미닉-제이미 피처링". Herald Pop via Naver (dalam bahasa Korea). July 23, 2020. Dicapai pada July 23, 2020.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kang Daniel |