Kempen-kempen ketenteraan/diplomatik
Kempen Perang Terhadap Keganasan bertempat di kancah operasi berikut.
Afghanistan
Berikutan serangan 11 September, Amerika Syarikat telah mendesak bahawa kerajaan Afghanistan yang dikuasai Taliban mengekstradisi Osama bin Laden. Pada mulanya kerajaan Taliban membalas desakan ini dengan meminta bukti menunjukkan bin Laden menjadi dalang serangan. Apabila Amerika Syarikat menolak dan mengancam serangan ketenteraan, Taliban menawarkan untuk mengekstradisinya ke Pakistan, yang mana beliau akan dibicarakan di bawah undang-undang Islam. Tawaran ini juga ditolak.
Amerika Syarikat dan negara-negara Barat telah menggunakan sokongan udara dan pasukan-pasukan khas untuk meolong panglima-panglima tentera tempatan dan Pakatan Utara untuk menumbangkan Taliban.
Hamid Karzai telah menjadi presiden Afghanistan yang dipilih secara demokratik pada 9 Oktober 2004, dan keadaan ini nampak seperti mencapai satu keseimbangan yang baru. Walau bagaimanapun, kuasa Karzai sangat sedikit di luar ibu negara Kabul. Dengan satu kerajaan pusat yang lemah, panglima-panglima tentera yang lengkap bersenjata dan, dalam beberapa kawasan yang lain, masih mengekalkan sokongan pada Taliban, Afghanistan menjadi satu negara yang tidak stabil.
Algeria
Iraq
Rujukan
Pautan luar
- Athena Intelligence Advanced Research Network on Insurgency and Terrorism