Kampung Padang Tok Kamis | |
---|---|
Koordinat: 6°13′58″N 100°39′44″E / 6.23282°N 100.66235°EKoordinat: 6°13′58″N 100°39′44″E / 6.23282°N 100.66235°E[1] | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Padang Terap |
Mukim | Pedu |
Kawasan parlimen | Padang Terap |
Kawasan negeri | Pedu |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Daerah Padang Terap |
Aras | 52 m (171 ft) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tiada) |
Poskod | 06300 Kuala Nerang |
Kod kawasan | +604 |
Plat pendaftaran kenderaan | K |
Kampung Padang Tok Kamis (Jawi: كامڤوڠ ڤادڠ توق خميس ), juga dieja sebagai Kampong Padang Tok Kamis dan Kampung Padang Tok Khamis merujuk kepada sebuah kampung di tengah Daerah Padang Terap, salah satu daerah di Kedah, Malaysia.[1][2] Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Pedu dan terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur.[1][3] Poskod bagi Kampung Padang Tok Kamis ialah 06300 Kuala Nerang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Tinjauan awal mengenai kewujudan Kampung Padang Tok Kamis telah dilakukan pada November 1930 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), di mana telah membuktikan bahawa kependudukan di Kampung Padang Tok Kamis telah dimulakan sejak tahun 1930-an. Nama "Kampung Padang Tok Kamis" turut didokumentasikan dalam peta topografi Malaya 1945 berskala 1:63,360, di garisan utaraan 38 dan garisan timuran 70 (rujukan grid RG3870, dengan nama Kg. Pdg. Tok Kamis).[3] Kedudukan koordinat mengenai Kampung Abau pula direkodkan dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Pejabat Hidrografik, Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°14′N 100°39′E / 6.233°N 100.650°E.[2]
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Kampung Padang Tok Kamis secara rasmi merupakan salah satu kampung dalam pentadbiran Mukim Pedu, iaitu mukim di selatan Daerah Padang Terap.[3]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Topografi kawasan
[sunting | sunting sumber]Berdasarkan topografi kawasan setempat, Kampung Padang Tok Kamis terletak di kawasan tanah pamah, di anggaran ketinggian dari min aras laut mencecah 52 meter (170.6 ka).[1] Terdapat beberapa ciri-ciri pandang darat fizikal seperti sungai dan bukit yang berhampiran dengan Kampung Padang Tok Kamis. Antara bukit-bukau yang terletak berhampiran dengan Kampung Padang Tok Manis ialah Bukit Korah (atau Bukit Karoh) di bahagian barat laut.[3] Kampung Padang Tok Kamis juga merupakan salah satu petempatan di pesisiran Sungai Pedu.[3][4]
Petempatan sekitar
[sunting | sunting sumber]Petempatan yang terdekat dengan Kampung Padang Tok Kamis ialah seperti berikut.[1][3][4]
- Kampung Bukit Kura, Kampung Pulau Nyior, dan Kampung Pengkalan Besar di bahagian barat laut
- Kampung Bukit Buloh Besar, Kampung Bukit Buluh dan Kampung Kandang di bahagian utara
- Kampung Lubok Merbau dan Kampung Durian Burong di bahagian timur laut
- Kampung Musa, Kampung Surau, Kampung Seladang Rebah Baru, dan Kampung Seladang Rebah di bahagian timur
- Kampung Hilir dan Kampung Punggor di bahagian tenggara
- Kampung Kubang Jalang, Kampung Bulang, Kampung Tok Damai, dan Kampung Tok Rot di bahagian selatan
- Kampung Kuala Tekai, Kampung Banggol dan Kampung Barokhas di bahagian barat
Pekan pentadbiran yang berhampiran dengan Kampung Abau ialah Pekan Kampung Tanjung, di timur Kampung Padang Tok Kamis.[3]
Meteorologi
[sunting | sunting sumber]Iklim di sekitar kawasan Kampung Padang tok Kamis ialah iklim monsun tropika (dikelaskan sebagai Am dalam pengelasan iklim Köppen). Purata suhu di Kampung Padang Tok Kamis untuk tahun 2000 sehingga 2005 ialah 27.2 °C (81.0 °F). Dalam rekod, purata bulan yang paling panas dalam tahun 2000–2005 ialah Mei dengan suhu mencecah 28.2 °C (82.8 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.2 °C (79.2 °F).[5][6] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,188 milimeter (86.1 in) pertahunnya. Bulan Oktober merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 344.3 milimeter (13.6 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Feburari dengan 33.9 milimeter (1.3 in).[5][7]
Kependudukan
[sunting | sunting sumber]Terdapat 12 buah rumah yang dianggarkan dalam kawasan Kampung Padang Tok Kamis, dengan pola petempatan berjenis petempatan berselerak, dalam peta FMS Survery. Beberapa kawasan di perkampungan ini terutama di bahagian timur telah dijadikan sebagai kawasan penanaman sawah padi (atau bendang) terbuka yang ditanam di lembah anak sungai Sungai Pedu oleh penduduk setempat. Sumber ekonomi penduduk setempat hanya bergantung kepada sektor pertanian sahaja. Beberapa kawasan di Kampung Padang Tok Kamis dilitupi belukar pada tahun 1930.[3] Pemerhatian bumi oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa terdapat kira-kira lima ke 25 orang yang mendiami di sekitar kawasan Kampung Padang Tok Kamis perkilometer perseginya, yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[8][9] Kawasan perkampungan Kampung Padang Tok Kamis dilitupi oleh kawasan tanah yang dicampur kegunaannya iaitu industri pertanian seperti kelapa sawit dan padi, petempatan manusia, kawasan perhutanan, dan padang ragut.[8][10] Kampung Padang Tok Kamis dahulunya dihubungkan dengan petempatan lain dengan jalan tanah sahaja.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e "Kampung Padang Tok Kamis, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 April 2023. Dicapai pada 20 April 2023.
- ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. m/s. 27. Dicapai pada 20 Februari 2020.
- ^ a b c d e f g h i Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (September 1943) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Sik and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/15 (Gajah Mati) (2 ed.). Kedah, Malaysia.
- ^ a b Survey Department of Federated Malay States dan Survey of India (Mac 1945) (dalam bahasa Inggeris). Malay Peninsula 1945 – Kedah (Parts of Padang Terap, Kubang Pasu and Kota Star District) (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Lembaran 2E/11 (3 ed.). Kedah, Malaysia.
- ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2021). "ClimateCharts.net". International Journal of Digital Earth (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. 14 (3): 338–356. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 10 Februari 2023.
- ^ Yun Fan; Huug van den Dool (12 Januari 2008). "A global monthly land surface air temperature analysis for 1948–present" (dalam bahasa Inggeris). Journal of Geophysical Research, Global Historical Climatology Network. doi:10.1029/2007JD008470. Cite journal requires
|journal=
(bantuan) - ^ Schneider, Udo; Becker, Andreas; Finger, Peter; Rustemeier, Elke; Ziese, Marku (2020). "GPCC Full Data Monthly Product Version 2020 at 0.5°: Monthly Land-Surface Precipitation from Rain-Gauges built on GTS-based and Historical Data" (dalam bahasa Inggeris). Deutscher Wetterdienst, Jerman: Global Precipitation Climatology Centre. doi:10.5676/DWD_GPCC/FD_M_V2020_050.
- ^ a b SEDAC. "SEDAC Map Viewer, v2" [Pemapar Peta SEDAC, v2]. sedac.ciesin.columbia.edu (dalam bahasa Inggeris). NASA. Dicapai pada 30 Januari 2023.
- ^ Center for International Earth Science Information Network; Columbia University (2015). "Gridded Population of the World, Version 4 (GPWv4): Population Density" [Populasi Dunia Bergrid, Versi 4 (GPWv4): Kepadatan Penduduk]. Sosioeconomic Data and Application Center (SEDAC), NASA (dalam bahasa Inggeris). NASA. doi:10.7927/H49C6VHW. Dicapai pada 21 Februari 2023.
- ^ Ellis; E.C.; K.K. Goldewijk; S. Siebert; D. Lightman; N. Ramankutty (2000). "Anthropogenic Biomes of the World, Version 2" [Bioma Antropogenik Dunia, Versi 2] (dalam bahasa Inggeris). Socioeconomic Data and Applications Center (SEDAC), NASA. doi:10.7927/H4D798B9. Dicapai pada 12 Februari 2023. Cite journal requires
|journal=
(bantuan)