Kampung Medan asalnya merupakan kawasan setinggan yang terletak di daerah Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Kampung Medan terkenal kerana Peristiwa Kampung Medan apabila berlaku pertelingkahan antara penduduk Melayu dengan kaum India akibat perselisihan majlis perkahwinan dan majlis kematian.[1] Ketika itu, ADUN Taman Medan ialah Norkhaila Jamaludin. Sejak 2008, Kampung Medan diwakili oleh Haniza Mohd Talha.
Taman Dato Harun terletak di sebelah Kampung Medan. Dato Harun Idris ialah pejuang Melayu dalam Peristiwa 13 Mei.