Kampung Lubuk Legong | |
---|---|
Petempatan Orang Asli | |
Koordinat: 5°47′53″N 100°54′22″E / 5.798°N 100.906°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Kedah |
Daerah | Baling |
Kampung Lubuk Legong ialah sebuah petempatan Orang Asli di daerah Baling, Kedah, Malaysia. Kampung ini terkenal sebagai petempatan tetap utama etnik Orang Asli Kensiu di bahagian Malaysia.[1]
Secara amnya, masyarakat Kensiu di sini kini menganut agama Islam.[2] Kegiatan ekonomi utama kampung ini termasuk penjualan hasil hutan seperti buluh dan petai.[3]
Prasarana
Laporan media menyatakan bahawa penduduk kampung ini memiliki prasarana yang serba kekurangan, terutamanya daripada segi capaian Internet.[4]
Rujukan
- ^ "Traditional Medicinal Plants Used by the Kensiu Tribe of Lubuk Ulu Legong, Kedah, Malaysia". Studies of Ethno-Medicine (dalam bahasa Inggeris). 6 (3): 149-153. 2012.
- ^ "Da'wah to Aborigines at Lubuk Legong, Siong Baling Kedah". eImtiyaz (dalam bahasa Inggeris). Universiti Sains Islam Malaysia. 2004.
- ^ "Orang Asli Kg Lubuk Legong terkesan permintaan hasil hutan kurang". Utusan Borneo. 10 Mei 2020. Dicapai pada 29 Mei 2021.
- ^ Mohd Noor, Zaid (31 Januari 2021). "Anak Orang Asli ketinggalan PdPR". Utusan Malaysia. Dicapai pada 29 Mei 2021.