Kampung Lorong Tiga Selatan
Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lorong Tiga Selatan | |
---|---|
Koordinat: 4°35′57″N 114°19′39″E / 4.599229°N 114.327626°EKoordinat: 4°35′57″N 114°19′39″E / 4.599229°N 114.327626°E | |
Negara | Brunei |
Daerah | Belait |
Mukim | Seria |
Pentadbiran | |
• Ketua kampung | Saidin Ibrahim |
Poskod | KB1533 |
Kampung Lorong Tiga Selatan, juga dikenali sebagai Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lorong Tiga Selatan, ialah sebuah kawasan perumahan awam yang terletak berhampiran dengan Pekan Seria di Daerah Belait, Brunei. Ia secara rasmi merupakan salah satu pembahagian pentadbiran kampung di bawah Mukim Seria.[1] Kampung Lorong Tiga Selatan merupakan salah satu kawasan perumahan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati iaitu program perumahan kerajaan bagi rakyat jati (bumiputera) Brunei.[2] Poskod bagi Kampung Lorong Tiga Selatan ialah KB1533.[3]
Geografi
Kampung Lorong Tiga Selatan terletak berhampiran dengan Panaga di bahagian utara, Seria di bahagian timur laut dan Perumahan Negara Lorong Tengah di bahagian timur.[4]
Pentadbiran
Penduduk Kampung Lorong Tiga Selatan ditadbir oleh seorang ketua kampung dan pada masa ini dijawat oleh Saidin bin Ibrahim sejak tahun 2015.[5][6][7]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Daerah Belait" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 32. Dicapai pada 11 Jun 2018.
- ^ "Mengenai Rancangan Perumahan Negara (RPN)". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 11 Jun 2018.
- ^ "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Jun 2018.
- ^ "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Jun 2018.
- ^ "MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL LANTIKAN KETUA KAMPUNG LORONG TIGA SELATAN SERIA". www.moha.gov.bn. 31 Januari 2015. Dicapai pada 11 Jun 2018.
- ^ Muhammed, Noraisah. "MPK Seria anjur majlis bersungkai". Pelita Brunei. Dicapai pada 11 Jun 2018.
- ^ Kepli, Saemah (21 Mac 2017). "Ekspo 'Bah Kemari Tah' sehingga 2 April". Media Permata Online. Dicapai pada 11 Jun 2018.
Pautan luar