Atribut Kampung[1] | |
---|---|
Koordinat | Latitud:2°34'47.64" Longitud:102°49'15.24" |
Daerah | Daerah Segamat |
Tanah Jajahan Pertanian | Kawasan Berkelumpuk Buloh Kasap Sermin |
Pembangunan Perumahan | Kemajuan Tanah Mesenggang |
Estet | Ladang Chew Aun Keong, Ladang Ting Ban Joo Ting, Ladang Hup Seng San, Ladang Thong Fong, Ladang Sin Hai, Buloh Kasap Estate |
Bukit Berdekatan | Bukit Selumpur, Bukit Renchir, Bukit Gelang Chinchin, Bukit Moring |
Pulau Berdekatan | Pulau Tutor, Pulau Balai Berotan |
Nama Alternatif | Kampung Bukit Gelang Chinchin |
Kampung Gelang Chinchin (juga dipanggil sebagai Kampung Bukit Gelang Chinchin) adalah sebuah kawasan berkampungan yang terletak dalam daerah Segamat, Johor, Malaysia[2].
Kampung Gelang Chinchin mempunyai sebuah Masjid, Tanah Kubur, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama. Kamping ini juga bersebelahan dengan beberapa kampung lain seperti Kampung Pauh, Kampung Sepinang dan Kampung Moring. [3]
Asul Usal dan Sejarah
Kampung Gelang Chinchin hanya mempunyai cerita dongeng dan tidak mempunyai sebarang sumber atau fakta yang sah tentang asal usulnya sebenarnya. Apa yang kita tahu, bahawa kampung ini ditubuhkan sejak 1700-an atau kira-kira 300 tahun dahulu berdasarkan batu nisan berdekatan yang dibuat dengan batu granit.[4][5]
Ini adalah senarai cerita-cerita dongeng yang menerang asal usulnya:
> Cerita Dongeng #1
Dalam kisah ini, seorang Pemuda kagum dengan perwatakan dan kecantikan seorang Puteri. Maka dengan rendah hati Pemuda itu melamar Puteri dan sebagai menguji kesungguhan pemuda itu, dia menyuruh Pemuda itu menembak gelang yang dipakainya dengan puteri memegangnya dari atas suatu bukit.
Pemuda itu dapat berjaya melepaskan anak panah tepat ke dalam gelang yang dipegang oleh Puteri tadi. Kerana Puteri itu tidak percaya dengan kehebatan Pemuda itu, dia mencabar Pemuda itu lagi dengan menembak suatu dagu yang dipegang oleh Puteri. Tetapi perkara yang sama berlaku.
Disebabkan terikat dengan janji, Pemuda itu berkahwin dengan Puteri dan sebagai mengenang tempat bersejarah itu, bukit itu dinamakan Bukit Gelang Chinchin dan kini Kampung Gelang Chinchin.[6]
> Cerita Dongeng #2
Dalam kisah ini, seorang puteri bernama Puteri Embun, yang tinggal di Kampung Bumbun. Kecantikan dia menarik ramai lelaki. Antara lelaki-lelaki yang terpikat dengan kecantikannya termasuk seorang Panglima. Panglima menggunakan pelbagai cara untuk memikat Puteri Embun, namun setiap percubaan daripada Panglima ditolaki oleh Puteri Embun. Terpengaruh dengan penolakan percubaan-cubaan tersebut, Panglima melarikan Puteri Embun ke kawasan bukit berbatu yang sangat cantik. Suasana menjadi kecoh, gelang dan cincin Puteri Embun terjatuh. Peristiwa keciciran cincin puteri adalah sebab Kampung Gelang Chinchin dipanggil begitu.[7]
> Cerita Dongeng #3
Dalam kisha ini, seorang puteri bernama Puteri Santan Bertapis kehilangan cincin berharganya dan pergi ke Bukit Gelang Chinchin untuk mencarinya. Kecewa dengan kehilangan itu, dia menangis apabila mendapati hanya pinang anaknya. Detik penuh emosi ini menyebabkan beliau menamakan tempat itu Kampung Gelang Chinchin sebagai mengenang gelang tangannya yang hilang.
Tanpa mengira asal usul, kita tahu bahawa kampung itu mula membangun pada tahun 1800-an dan mendapati hasil pertanian komersial.[5]
Lirik Lagu Official Kampung Gelang Chinchin
Kampung Gelang Chinchin mempunyai lagu sendirinya bernama 'Muafakat Menjulang Kecemerlangan'. Ini adalah liriknya:[8]
- Bumi Indah Bumi Bertuah, Tempat Lahir Anak Sejati
- Terpahat Hati Jantung Berdetik, Desa Tercinta Ada Disini
- Indahnya Puteri, Putera Terpana
- Menolak Rasa Dicabarnya Dia,
- Dari Situ Kisah Bermula, Menjadi Ilham Pada Yang Tua [2 kali]
[Menyani 2 kali]
- Muafakat Hidup Didesa kita, Muafakat Bersama Menjadi Berkat
- Tua Dan Muda Hidup Ceria, Moga Di Desa Hidup Dirahmat [2 kali]
- Muafakat Menjulang Kecemerlangan [3 kali]
Rujukan
- ^ https://my.geoview.info/kampung_gelang_chinchin,1769388
- ^ "Kampung Gelang Chinchin populated place, Johor, Malaysia". my.geoview.info. Dicapai pada 2024-07-14.
- ^ "Kampung Bukit Gelang Chinchin · 85000 Segamat, Johor, Malaysia". Kampung Bukit Gelang Chinchin · 85000 Segamat, Johor, Malaysia. Dicapai pada 2024-06-21.
- ^ "Blog Rasmi Kampung Gelang Chinchin" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-21.
- ^ a b https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/82825/1/82825.pdf
- ^ "KampungKU - Gelang Chinchin: PENGENALAN". KampungKU - Gelang Chinchin. Dicapai pada 2024-06-20.
- ^ "Mengenai Kampung Kami" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-21.
- ^ Blog, Kgcc. "Lagu Rasmi Kampung Gelang Chinchin - Muafakat Menjulang Kecemerlangan" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-21.
Lirik Muafakat Menjulang Kecemerlangan: https://www.youtube.com/watch?v=3xie82QQ75w