Rencana ini sedang giat mengalami sebuah suntingan besar buat sementara waktu. Untuk mengelakkan percanggahan suntingan, tolong jangan menyunting laman ini sementara pesanan ini dipaparkan. Laman ini terakhir disunting pada 12:23, 27 Januari 2018 (UTC) (6 tahun yang lalu). Sila buangkan templat ini jika laman ini belum lagi disunting dalam beberapa jam. Jika anda merupakan penyunting yang menambahkan templat ini, sila memastikan bahawa templat ini dibuangkan atau digantikan dengan {{Sedang dibina}} antara sesi suntingan. |
Kamen Rider Grease (仮面ライダーグリス , Kamen Raidā Gurisu) ialah Kamen Rider yang pertama kali muncul sebagai antagonis pada siri TV Kamen Rider Build, dan menjadi Kamen Rider ketiga selepas Kamen Rider Build dan Kamen Rider Cross-Z. Nama Grease kemungkinan diambil dari salah satu istilah dalam dunia mekanik enjin, iaitu grease monkey yang bermaksud mekanik yang patuh terhadap perintah layaknya sebuah robot. Grease menjadi Kamen Rider dalam wujud awal yang menggunakan Driver berbeza dari dua pendahulunya dalam siri, di mana ia menggunakan Sclash Driver dan bukan Build Driver. Walaupun nanti Cross-Z Charge yang merupakan wujud evolusi Cross-Z juga menggunakan Sclash Driver. Grease mempunyai corak robot kerana menggunakan Sclashjelly Robot untuk berubah bersama dengan Sclash Driver. Kostumnya juga berbeza, di mana kostumnya didominasi warna emas dan hitam pada bahagian tangan dan kaki serta corak dari Sclashjelly Robot yang terdapat pada masing-masing bahunya. Lalu helmnya berwarna hitam namun telus (keledar aslinya berwarna putih yang tertutup dengan lapisan hitam telus) dengan ornamen robot berwarna hitam dan telus serta corak enjin yang merupakan elemen dari robot ini juga muncul pada bahagian dadanya, yang terlihat seperti pancutan jeli yang membeku membentuk ornamen tersebut. Corak pada helmnya mempunyai kemiripan dengan Kamen Rider sebelumnya iaitu Kamen Rider Ghost Mugen Damashii. Walaupun bercorak robot, gaya bertarungnya tidak kaku malah lebih dinamik sehingga mampu menyamai malah melebihi Build dan Cross-Z. Wujud manusia Kamen Rider Grease ialah Kazumi Sawatari, seorang prajurit dari wilayah Hokuto yang memimpin pencerobohan Hokuto terhadap wilayah Touto tempat Build dan Cross-Z berasal bersama dengan tiga bawahannya yang dikenal dengan Trio Hokuto serta juga mengalami amnesia sama seperti Sento/ Build, yang diperankan oleh pelakon Kouhei Takeda (武田 航平 , Takeda Kōhei) (Kouhei lebih dulu dikenal dalam Tokusatsu lewat perannya sebagai Otoya Kurenai, ayah dari protagonis Wataru Kurenai/ Kamen Rider Kiva dalam siri TV Kamen Rider Kiva). Untuk berubah menjadi Grease, Kazumi menggunakan sebuah Sclashjelly iaitu Sclashjelly Robot, kemudian dimasukkan ke dalam Sclash Driver agar dapat menjadi Kamen Rider Grease.[1]
Kazumi Sawatari
Kazumi Sawatari (猿渡 一海 , Sawatari Kazumi), diperankan oleh Kouhei Takeda , ialah seorang pemuda yang merupakan prajurit tentera/ketenteraan yang berasal dari wilayah Hokuto. Sedikit yang diketahui dari dirinya, bahawa ia sama seperti Sento Kiryu (桐生 戦兎 , Kiryū Sento) iaitu mengalami amnesia namun tidak begitu peduli dengan masa lalunya tersebut. Ia juga merupakan pemimpin dari Trio Hokuto yang terdiri dari Akaba (赤羽 ), Aoba (青羽 ), dan Kiba (黄羽 ) di mana mereka bersama melakukan penyerangan yang menjadi bahagian pencerobohan Hokuto terhadap Touto untuk berperang merebut Peti Pandora di bawah pengawasan pemerintahan Touto. Kazumi ialah seorang peribadi yang tenang dan berkharisma, namun boleh menjadi orang yang kejam dan haus akan perang. Ia hanya tertarik mencari sebuah pertarungan yang ia anggap menarik dan membuatnya senang serta akan merasa kesal apabila terdapat yang mengganggu pertarungannya. Walaupun senang bertarung, ia masih menghargai orang lain, terbukti ketika ia meminta pada Perdana Menteri Hokuto, Yoshiko agar tidak mengirimkan Smash dan Guardian tambahan untuk tidak mengganggu dalam pertarungannya yang dapat membahayakan warga awam. Tetapi di balik itu, Kazumi diam-diam menyukai sosok Misora Isurugi (石動 美空 , Isurugi Misora)sebagai Miitan dan ternyata telah menjadi salah satu peminat-peminat beratnya. Dengan menggunakan peranti baru hasil penemuan Takumi Katsuragi yang telah ia dapatkan iaitu Sclash Driver dan Sclashjelly Robot, Kazumi dapat berubah menjadi Kamen Rider Grease. Ia kemungkinan memperoleh Driver tersebut dari Souichi Isurugi (石動 惣一 , Isurugi Sōichi) yang mula mempengaruhi kerajaan Hokuto untuk mendeklarasikan perang, di mana ia memulakan aksinya pertama kali dengan merebut dua Fullbottle iaitu Fullbottle Phoenix dan Fullbottle Robot dari Sento pada filem Kamen Rider Heisei Generations Final: Build & Ex-Aid with Legend Rider. Selepas itu ia baru muncul penuh pada siri TV bersama dengan Trio Hokuto semasa pencerobohan Hokuto terhadap Touto bermula.
Kamen Rider
Dengan menggunakan Sclash Driver (スクラッシュドライバー , Sukurasshu Doraibā), sabuk yang dikembangkan oleh Sento Kiryu/ Takumi Katsuragi sebagai penemuan termutakhir dari Projek Build yang datanya kemudian dicuri oleh Souichi Isurugi dan diselesaikan lewat kolaborasi Faust dan Nanba Heavy Industries bersama dengan Sclashjelly Robot (Sclashjelly Robot (ロボットスクラッシュゼリー , Robotto Sukurasshu Zerī) yang menjadi alat penyokongnya di Hokuto, Kazumi dapat berubah menjadi Kamen Rider Grease (仮面ライダーグリス , Kamen Raidā Gurisu). Untuk dapat menjadi Grease, Kazumi cukup memutarkan penutup pada tanpa perlu dikocok lalu dimasukkan ke dalam slot Sclashjelly yang berada pada bahagian tengah Lalu tuas pemompa pada Driver ditekan yang membuat Sclashjelly tertekan oleh enjin press pada slot untuk kemudian mengalirkan jelly di dalamnya yang kemudian mengaktifkan enjin Driver agar kemudian dapat berubah menjadi Grease.
Grease merupakan satu-satunya wujud yang diakses dengan gabungan Sclash Driver dan Sclashjelly Robot ini. Grease secara tidak langsung menjadi lawan Cross-Z Charge yang merupakan evolusi dari Kamen Rider Cross-Z kerana sama-sama menggunakan Sclash Driver dan Sclashjelly (dalam hal ini Sclashjelly Dragon bagi Cross-Z Charge). Kekuatannya boleh dibilang setanding dengan Cross-Z Charge, namun terdapat perbezaan dari jenis serangan dan nama jurus yang maknanya saling berlawanan. Cross-Z Charge lebih unggul dalam kuasa pukulan sementara Grease lebih unggul dalam kuasa tendangan. Kerana berlatar belakang seorang prajurit, Kazumi/ Grease lebih berpengalaman ketika bertarung yang kembali membuatnya unggul dari Cross-Z Charge. Terlepas dari corak Rider nya iaitu Robot, gaya bertarungnya lebih dinamik dan lebih fleksibel. Kerana menggunakan Sclash Driver, Grease dilengkapi dengan senjata pada pergelangan tangan kiri yang disebut Twin Breaker (ツインブレーカー , Tsuin Bureikā). Dengan Twin Breaker, Grease dapat menggunakan dua Fullbottle atau gabungan Sclashjelly dan Fullbottle untuk memberikan variasi serangan. Grease mempunyai dua serangan akhir iaitu Scrap Finish (スクラップフィニッシュ , Sukurappu Finisshu) dan Discharge Crash (ディスチャージクラッシュ , Disuchāji Kurasshu). Scrap Finish milik Grease dapat berupa pukulan ""Rider Punch" (ライダーパンチ , Raidā Panchi) dan tendangan "Rider Kick" (ライダーキック , Raidā Kikku). Rider Kick nya ialah Grease menggunakan {{Nihongo|Machine Pack Shoulder|マシンパックショルダー|Mashinpakkushorudā} pada bahunya untuk mengeluarkan pancutan tenaga hitam seperti jelly ke belakang yang menggalakkannya dengan cepat ke arah musuh/ sasaran seperti roket, lalu melancarkan tendangan kaki kanan dengan aura tenaga berwarna emas yang kuat ke arah musuh/ targetnya. Sementara Discharge Crash ialah serangan akhir yang diaktifkan menggunakan Fullbottle tertentu dengan memasukkannya ke dalam slot Sclashjelly pada Sclash Driver.
Kelengkapan
Sclash Driver
Sclash Driver (スクラッシュドライバー , Sukurasshu Doraibā) ialah sabuk untuk bertransformasi yang digunakan untuk berubah menjadi Kamen Rider (dalam hal ini Kamen Rider Cross-Z Charge) dengan menggunakan sebuah Sclashjelly, iaitu Sclashjelly Dragon. Sclash Driver awalnya merupakan bahagian dari Projek Build untuk evolusi pada Build Driver yang dilabeli sebagai ciptaan terhebat dari Takumi Katsuragi tetapi masih belum sempurna. Kajiannya kemudian disempurnakan oleh Sento dan tanpa sepengetahuannya dicuri oleh Souichi dengan mengcopy datanya ke dalam flashdisk miliknya. Data curian ini akhirnya digunakan untuk akhirnya menciptakan sebuah Sclash Driver bersama dengan Sclashjelly Robot oleh Faust dengan bantuan Nanba Heavy Industries. Driver ini kemudian diberikan kepada salah seorang warga Hokuto iaitu Kazumi untuk kemudian berubah menjadi Kamen Rider Grease. Sama seperti Build Driver namun beza dari segi reka, Sclash Driver dilengkapi dengan tuas pemompa berbentuk kunci inggris yang terletak di sisi kanan Driver yang disebut Activate Wrench Activate Wrench (アクティベイトレンチ , Akutibeito Renchi) dan satu slot untuk Sclashjelly yang disebut Power Press Slot (パワープレスロット , Pawā Puresurotto). Dengan memasukkan Sclashjelly Robot ke dalam pada Driver yang kemudian memberikan tanda dengan undi berbunyi "Robot Jelly" (ロボットゼリー , Robotto Zerī), Activate Wrench kemudian ditekan dan ditahan agar Sclashjelly pada slot tertekan oleh enjin press sehingga penyok lalu pada penunjuk Jelly Tank (ゼリータンク , Zerī Tanku) berbentuk silinder pada bahagian kiri Driver akan terlihat terisi oleh jeli sehingga penuh yang kemudian memunculkan unjuran jeli yang disebut Variable Jelly (ヴァリアブルゼリー , Vu~ariaburu Zerī) untuk membuat pengguna dikelilingi jeli virtual. Dengan pengguna melaungkan "Berubah!" (変身! , Henshin!), Jelly Tank Cap (ゼリータンクキャップ , Zerī Tanku Kyappu) pada bahagian atas Jelly Tank akan menyala dan membuat armor jeli dipasangkan pada pengguna dan menyemburkan jeli dari atas keledar untuk membentuk corak sesuai Sclashjelly yang dipakai dan pengguna menjadi Kamen Rider (Grease). Pada bahagian bawah Driver, terdapat React Dynamo (リアクトダイナモ , Riakuto Dainamo)yang merupakan enjin untuk menggalakkan pengaktifan senjata serta kuasa serangan dari pengguna.[2]
Sclashjelly
Sclashjelly (スクラッシュゼリー , Sukurasshu Zerī) ialah botol berbentuk peti jeli (jellybag) kecil yang berisi teras dari Fullbottle yang telah dievolusi atau ditingkatkan potensi kekuatannya agar dapat digunakan bersama Sclash Driver untuk kemudian digunakan oleh Kamen Rider untuk bertarung dengan kuasa yang lebih besar berbanding gabungan Build Driver dan Fullbottle. Menurut Sento, hanya Fullbottle tertentu yang dapat dievolusi menjadi Sclashjelly. Lewat data yang telah dicuri Souichi, Faust bersama dengan Nanba Heavy Industries berjaya menciptakan Sclashjelly Robot di Hokuto.
Kazumi menggunakan Sclashjelly Robot bersama Sclash Driver untuk berubah menjadi Grease, mengingat Sclash Driver hanya memerlukan satu Sclashjelly untuk dapat memberi penggunanya wujud Kamen Rider serta capaian kuasa yang lebih besar.
Berikut Sclashjelly yang digunakan oleh Grease:
Nama Sclashjelly | Pangkalan/ Corak | Fungsi |
---|---|---|
Robot | Robot | Memberikan pengguna wujud Grease serta memberikan peningkatan kuasa |
Fullbottle
Fullbottle (フルボトル , Furu Botoru) ialah botol sampel berukuran kecil yang berisi teras dari Smash yang telah dimurnikan yang digunakan oleh Kamen Rider (dalam hal ini Kamen Rider Build) untuk bertransformasi serta mengakses setiap kekuatannya dari jenis teras yang terdapat dalam botol tersebut. Sebelumnya botol yang tidak terdapat teras Smash di dalamnya disebut Empty Bottle (エンプティボトル , Enputi Botoru) yang berwarna bening. Ketika mengalahkan Smash dan teras dari mereka diserap, Empty Bottle akan terisi oleh Gas Nebula (ネビュラガス , Nebyura Gasu) yang merupakan zat utama dalam teras Smash yang dicairkan lalu memunculkan corak hitam seperti jaring labah-labah pada permukaannya, yang kemudian disebut dengan Smash Bottle (スマッシュボトル , Sumasshu Botoru). Dengan bantuan kuasa Misora bersama bilik khusus yang menyerupai microwave di ruang bawah tanah Nascita yang diciptakan oleh Sento, Smash Bottle tersebut dimurnikan menjadi yang mempunyai warna pelbagai sesuai teras awalnya. Warna pada masing-masing botol akan memberikan corak warna pada armor Build ketika digunakan. Sebelum dimurnikan, apabila Smash Bottle tersebut dibuka, teras tersebut akan keluar kembali pada mangsa awal dan mengubah mereka kembali menjadi Smash. Tapi pada kes lain, apabila mangsa yang telah diekstrak elemen Smashnya menggunakan kembali yang baru, ia akan terbunuh dan musnah sembari menghilang.[3]
Keseluruhan 60 Fullbottle dibutuhkan untuk dapat membuka Peti Pandora, mengingat sumber kuasa teras Smash dan Gas Nebula dari Skywall berasal dari sana. Peti Pandora keseluruhan mempunyai 6 panel di mana tiap 1 panel dapat menyimpan 10 Fullbottle berbeza. 2 panel telah diketahui berada di bawah wilayah Touto dan telah terkumpul 20 Fullbottle yang ditemukan dan digunakan oleh Sento untuk menjadi Kamen Rider Build dalam 10 wujud Best Match awal (lihat senarai Fullbottle di bawah untuk 10 Fullbottle awal baik organik mahupun non-organik) yang secara tidak langsung dikonfirmasi oleh kerajaan Touto menjadi milik mereka. Sementara 40 Fullbottle tersisa berada di dua wilayah lagi, Hokuto dan Seito, yang juga masing-masing mempunyai 2 panel Peti Pandora dan 20 Fullbottle di bawah wilayah mereka. Ketiga wilayah perlu bekerja sama agar dapat membuka Peti Pandora dengan keadaan tersebut, namun berkat plot dari Souichi Isurugi/ Blood Stalk, situasi menjadi tidak terkawal kerana ketiga wilayah dimanipulasi untuk berperang memperebutkan Peti Pandora tersebut.
Berbeza halnya dengan Build dan Cross-Z, Fullbottle menjadi alat penyokong tambahan bagi Grease dan bukan alat utama mengingat ia belum pernah menggunakan Build Driver dan langsung menggunakan Sclash Driver sebagai Driver utama plus Sclashjelly. Walaupun begitu, Grease tetap menggunakan beberapa Fullbottle untuk memberikan variasi serangan ketika menghadapi lawan-lawannya, baik organik mahupun non-organik.
Berikut Fullbottle yang telah digunakan oleh Grease:
Nama Fullbottle | Pangkalan/ Corak | Jenis Fullbottle | Fungsi |
---|---|---|---|
Helicopter | Helikopter | Non-Organik | Memberikan pengguna kuasa pukulan kuat dengan aura pusaran angin seperti baling-baling helikopter dan terbang menggunakan kuasa tersebut |
Senjata
Twin Breaker (ツインブレーカー , Tsuin Bureikā): Senjata utama Kamen Rider Grease, sebuah senjata gauntlet serbaguna khusus yang dipasangkan pada pergelangan tangan kiri bagi pengguna Sclash Driver (mirip dengan pistol gauntlet pada Uchuu Sentai Kyuuranger dan senjata Gashacon Bugvisor pada siri Kamen Rider Ex-Aid). Mempunyai dua mod: Laser (Beam Mod) (ビームモード , Bīmu Mōdo) untuk serangan jarak jauh, dan Sekrup (Attack Mod) (アタックモード , Attaku Mōdo) untuk serangan jarak dekat. Twin Breaker dapat diisi dengan dua Fullbottle atau gabungan Sclashjelly dan Fullbottle pada slot yang tersedia untuk melakukan variasi serangan. Dalam mod Laser, senjata ini mempunyai dua jurus serangan: Single Finish (シングルフィニッシュ , Shinguru Finisshu) dengan memasukkan satu Fullbottle atau satu Sclashjelly, dan Twin Finish (ツインフィニッシュ , Tsuin Finisshu) dengan memasukkan dua Fullbottle atau gabungan Fullbottle + Sclashjelly. Dalam mod Sekrup, senjata ini juga mempunyai dua jurus serangan: Single Break (シングルブレーク , Shinguru Burēku) dengan memasukkan satu Fullbottle atau satu Sclashjelly, dan Twin Break (ツインブレイク , Tsuin Burēku) dengan memasukkan dua Fullbottle atau gabungan Fullbottle + Sclashjelly.
Rujukan
Pautan Luar
- Kamen Rider Wikia: Kamen Rider Build
- Kamen Rider Wikia: Kazumi Sawatari
- Website Rasmi Kamen Rider Build dari TV Asahi (Bahasa Jepun)
- Website rasmi Kamen Rider Build dari Toei Producting (Bahasa Jepun)