Nama | |
---|---|
Nama IUPAC
Kalsium hidrogen bikarbonat
| |
Nama lain
Kalsium bikarbonat
| |
Pengecam | |
Imej model 3D Jmol
|
|
ChemSpider | |
PubChem CID
|
|
CompTox Dashboard (EPA)
|
|
| |
| |
Sifat | |
Ca(HCO3)2 | |
Jisim molar | 162.11464 g/mol |
16.1 g/100 mL (0 °C) 16.6 g/100 mL (20°C) 18.4 g/100 mL (100 °C) | |
Bahaya | |
Bahaya-bahaya utama | Perengsa |
Frasa R | Templat:R36 |
Takat kilat | Tak Ternyalakan |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Kalsium bikarbonat (Tulisan Jawi: كلسيوم بيكربونات), juga dikenali sebagai kalsium hidrogen karbonat, mempunyai rumus kimia Ca(HCO3)2. Istilah ini tidaklah merujuk kepada sebatian pepejal yang biasa; ia wujud hanya dalam bentuk larutan akueus yang mengandungi ion kalsium (Ca2+), bikarbonat (HCO3–), dan karbonat (CO32–), bersama karbon dioksida (CO2) terlarut. Kepekatan relatif bagi spesis berkarbon ini bergantung kepada pH, bikarbonat menyerlah dalam julat 6.36-10.25 di dalam air tawar.
Semua air yang bersemuka dengan atmosfera akan menyerap karbon dioksida, dan apabila air ini berhubungan dengan batu dan enapan, ia akan menerima ion logam, lazimnya kalsium dan magnesium, maka kebanyakan air asli daripada jeram, tasik dan terutama sekali mata air, boleh dikatakan larutan cair bikarbonat. Air liat ini cenderung untuk membentuk salutan karbonat di dalam paip dan dandang dan bertindak dengan sabum lalu membentuk kekat atau buih kotor.
Cubaan untuk menyediakan sebatian seperti kalsium bikarbonat dengan menyejatkan larutannya sehingga kering hanya akan menghasilkan pepejal karbonat: Ca(HCO3)2(ak) → CO2(g) + H2O(c) + CaCO3(p).[1] Hanya sedikit sahaja pepejal bikarbonat yang wujud selain logam alkali dan ion ammonium.
Tindakbalas di atas amatlah penting untuk pembentukan stalaktit, stalagmit, tiang, dan speleothem di dalam gua dan, bagi kes ini, dalam pembentukan gua itu sendiri. Apabila air yang mempunyai karbon dioksida (termasuk CO2 tambahan daripada organisme tanah) melalui celah batu kapur atau kalsium karbonat lain yang mengandungi galian, ia akan melarutkan sebahagian kalcium karbonat dan menjadi kaya dengan bikarbonat. Apabila air bawah tanah memasuki gua, karbon dioksida lebihan akan dilepaskan daripada larutan bikarbonat, menyebabkan kalsium karbonat yang lebih sukar melarut akan dihasilkan.
Karbon dioksida terlarut (CO2) dalam air hujan (H2O) bertindak balas dengan batu kapur, kalsium karbonat (CaCO3) untuk membentuk kalsium bikarbonat (Ca(HCO3)2) terlarut. Sebatian terlarut ini kemudiannya dibasuh dengan air hujan. Bentuk cuaca ini dinamakan 'Pengkarbonatan'.
Rujukan
Pautan luar
- Media berkenaan Kalsium bikarbonat di Wikimedia Commons