Dalam ilmu tatabahasa, kata kelak atau kala depan (bahasa Inggeris: future tense , singkatan: fut) merupakan bentuk kata kerja yang secara amnya menandakan perihal yang dinyatakan oleh kata kerja berkenaan belum terjadi tetapi dijangka berlaku pada masa kelak. Contoh bentukan kalanya ialah aimera dalam bahasa Perancis yang bermaksud "akan mencintai", ditasrifkan dari aimer ("mencintai"). "Masa kelak" yang terungkap dengan kala kelak biasanya bermaksud masa kelak dari ketika pertuturan, tetapi dalam konteks yang menggunakan kala relatif , ia boleh bermaksud masa kelak dari suatu ketika lain dalam pertimbangan.
Bahasa Melayu tidak mempunyai bentuk tasrif untuk kala kelak, sebaliknya menggunakan kata bantu "akan" sebelum kata kerja; begitu juga dengan bahasa Inggeris moden yang meletakkan will sebelum kata kerja.