| Kakaktua jambul belerang | |
|---|---|
| C. g. galerita di Tasmania, Australia | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Superkeluarga: | |
| Keluarga: | |
| Subkeluarga: | |
| Tribus: | |
| Genus: | |
| Subgenus: | |
| Spesies: | C. galerita
|
| Nama binomial | |
| Cacatua galerita Latham, 1790
| |
| Taburan kakaktua jambul belerang di Australia (warna merah) | |
Kakaktua jambul belerang (Cacatua galerita) ialah sejenis kakaktua putih bersaiz besar yang boleh ditemui di habitat hutan di Australia dan New Guinea. Jumlah populasi burung ini di negara tersebut banyak sehingga ia dianggap sebagai haiwan perosak. Kakaktua jambul belerang terkenal dalam budaya unggas bagi dijadikan haiwan kesayangan.
Taburan
Di Australia, kakaktua jambul belerang boleh didapati dengan meluas di bahagian utara dan timur, sehingga sejauh Tasmania di selatan. Ia bagaimanapun menjauhi kawasan gersang tanah besar yang mempunyai sedikit pokok. Kakaktua jambul belerang juga membiak dengan baik di kawasan bandar seperti di Adelaide, Melbourne, Canberra, Sydney dan Brisbane. Kecuali kawasan tanah tinggi, kakaktua jambul belerang juga ditemui di kebanyakan kawasan di New Guinea dan pulau-pulau yang berhampiran seperti Waigeo, Misool dan Aru, dan pelbagai pulau di Teluk Cenderawasih dan Teluk Milne.
Terdapat empat subspesies yang dikenal pasti;
- C. g. triton (Temminck, 1849) ditemui di New Guinea dan pulau-pulau berhampiran,
- C. g. elenora (Finsch, 1867) terbatas di Kepulauan Aru yang terletak di antara Australia dan New Guinea,
- C. g. fitzroyi (Mathews, 1912) di utara Australia bermula di Australia Barat sehingga ke Teluk Carpentaria
- dan subspesies yang dicadangkan C. g. galerita yang mana ditemui di Tanjung York ke Tasmania.[1]
Rujukan
- Petikan
- ^ Rowley 1997, p.p.246–269.
- Bibliografi
- Lendon, Alan H. (1973). Australian Parrots in Field and Aviary (2nd. ed). Sydney: Angus and Robertson. ISBN 0-207-12424-8.
- Rowley, Ian (1997). "Family Cacatuidae (Cockatoos)". Dalam Josep, del Hoyo; Andrew, Elliott; Jordi, Sargatal (penyunting). Handbook of the Birds of the World. Volume 4, Sandgrouse to Cuckoos. Barcelona: Lynx Edicions. ISBN 84-873334-22-9 Check
|isbn=value: length (bantuan).
Bacaan lanjut
- Templat:IUCN2010 Database entry includes justification for why this species is of least concern
- Flegg, Jim (2002). Birds of Australia: Photographic Field Guide. Sydney: Reed New Holland. ISBN 1-876334-78-9. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=(bantuan)
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kakaktua jambul belerang |
| Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Kakaktua jambul belerang |
- Sulphur-crested Cockatoo videos, photos & sounds on the Internet Bird Collection
- Photograph of "Cocky" Bennett, 115 years old in this photo Diarkibkan 2008-03-23 di Wayback Machine








