Kaizer ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2007 arahan Fairuz Loy dibintangi oleh Zamarul Hisham, Zed Zaidi, Zizan Nin dan Dynas Mokhtar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 6 Mac 2007 hingga 1 Mei 2007 menggantikan Sesuci Cinta Sofiya.
| Kaizer | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh | Akhbar Hashim |
| Pengarah | Fairuz Loy |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Mahakarya Cinta" oleh Faizal Tahir |
| Lagu penutup | "Mahakarya Cinta" oleh Faizal Tahir |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 25 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Jalena Rejab |
| Penerbit | Ahmad Puad Onah |
| Tempoh siaran | 24–25 minit |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Siaran asal | 6 Mac 2007 – 1 Mei 2007 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Sesuci Cinta Sofiya |
| Diikuti oleh | Emil Emilda |
Sinopsis
Kaizer mengisahkan perebutan kuasa dan kepentingan di sebuah syarikat gergasi, Kaizer Berhad, selepas kematian pengasasnya. Waris-waris serta rakan kongsi lama mula bertelagah untuk menguasai syarikat. Bukan sahaja demi harta, tetapi juga dendam dan maruah keluarga. Dalam dunia korporat yang penuh tipu daya, hanya yang bijak dan berani mampu bertahan.
Pelakon
Pelakon utama
- Zamarul Hisham sebagai Mikail
- Zed Zaidi sebagai Adam
- Zizan Nin sebagai Helmi
- Dynas Mokhtar sebagai Sarah
Pelakon pembantu
- Fizz Fairuz sebagai Zamri
- Hani Harmi sebagaj Karmila
- Lana Nordin sebagai Fatin
Penampilan Khas
- Nanu Baharudin sebagai Latifah
- Rita Rudaini sebagai Elis
- Adam Corrie Lee
- Shukery Hashim
- Abu Bakar Juah
- Hafidzuddin Fazil
- Fadilah Mansor sebagai Puan Aisyah








