Kailash Satyarthi | |
---|---|
कैलाश सत्यार्थी | |
Kelahiran | Kailash Sharma[1] 11 Januari 1954[2] Vidisha, Madhya Pradesh, India |
Warganegara | India |
Pendidikan | Kejuruteraan elektrik[1] |
Pusat pendidikan | Institut Teknologi Samrat Ashok, Vidisha[3][4] |
Terkenal kerana | Aktivisme untuk hak kanak-kanak dan pendidikan kanak-kanak |
Anugerah | The Aachener International Peace Prize, Germany (1994) Robert F. Kennedy Human Rights Award (1995) Alfonso Comin International Award (2008) Medal of the Italian Senate (2007) Defenders of Democracy Award (2009) Hadiah Keamanan Nobel (2014) Harvard Humanitarian Award (2015)[5] |
Laman web rasmi | KailashSatyarthi.net |
Kailash Satyarthi (lahir 'Kailash Sharma'; 11 Januari 1954)[7] merupakan peguam bela untuk hak dan pendidikan kanak-kanak serta aktivis yang menentang buruh kanak-kanak dari India.[6][8] Beliau mengasaskan Bachpan Bachao Andolan (Save the Childhood Movement) pada tahun 1980 dan telah bertindak melindungi hak lebih daripada 83,000 kanak-kanak dari 144 buah negara.[9][10]
Nama asal beliau adalah Kailash Sharma, dilahirkan pada 11 Januari 1954 di Vidisha, Madhya Pradesh, India.[1][2]
Beliau telah belajar di sekolah menengah tinggi kerajaan,[3] dan menamatkan ijazahnya dalam bidang kejuruteraan elektrikal[2] di Institut Teknologi Samrat Ashok, Vidisha[1][3][4] dan pascasiswazah dalam kejuruteraan voltan tinggi. Beliau kemudiannya menyertai kolej di Bhopal sebagai pensyarah selama beberapa tahun.[11]
Pada 1980, beliau melepaskan kerjaya sebagai jurutera dan menjadi Setiausaha Agong Bandhua Mukti Morcha; dan menubuhkan Bachpan Bachao Andolan (Save the Childhood Movement) pada tahun yang sama.[12][13] Kerja-kerja kemasyarakatan beliau diiktiraf di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa termasuk menerima Hadiah Keamanan Nobel 2014 bersama-sama Malala Yousafzai dari Pakistan.[14]
Perbincangan mengenai pengharaman buruh kanak-kanak mula dibangkitkan setelah Satyarthi menerima Hadiah Nobel.
Rujukan
- ^ a b c d Kidwai, Rasheed (10 Oktober 2014). "A street rings with 'Nobel' cry". The Telegraph. Calcutta. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2014. Dicapai pada 13 Oktober 2014.
Kailash Satyarthi was born Kailash Sharma in this Madhya Pradesh town but dropped the upper-caste surname […] Pravesh told The Telegraph. […] By 4pm, the Sharmas had had virtually the entire town of Vidisha visiting them. Almost every resident older than 50 has a story to tell about Kailash. Kailash had graduated in electrical engineering from the Samrat Ashok Technological Institute, Vidisha, and taught at a local polytechnic.
Unknown parameter|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c "Kailash Satyarthi: A profile". Business Standard. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
- ^ a b c Trivedi, Vivek (11 Oktober 2014). "Kailash Satyarthi's hometown Vidisha celebrates Nobel win". News18.com. Noida, Uttar Pradesh: Network18. Dicapai pada 14 Oktober 2014.
He was born and brought up in Chhoti Haweli in Andar Quila area of the town. […] locals were seen drawing affiliation to institutions linked to Satyarhti including his schools – Toppura Primary School, Pedi school and Government Boys Higher Secondary School and Samrat Ashok Technological Institute (SATI) from where Satyarthi graduated in Electrical Engineering and later taught there for two years before embarking his journey to serve humanity.
- ^ a b Kapoor, Sapan (11 Oktober 2014). "Gandhiji would have been proud of you, Kailash Satyarthi". The Express Tribune Blogs. Karachi. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2014. Dicapai pada 14 Oktober 2014.
Mr Kailash Satyarthi has come a long way since his engineering days at Samrat Ashok Technological Institute, Vidisha, Madhya Pradesh, literally. My father, who was one year senior to this electrical engineering student, vividly remembers him […] who would come to the college in his staple kurta-payjama with a muffler tied around his neck.
- ^ "'Brief Profile – Kailash Satyarthi'". 10 Oktober 2014. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
- ^ a b P.J. George. "Malala, Kailash Satyarthi win Nobel Peace Prize". The Hindu.
- ^ Satyarthi, Kailash. "Profile: Kailash Satyarthi" (Online). BBC News. BBC. Dicapai pada 16 Februari 2015.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamausembassy.gov
- ^ Dnaindia.com
- ^ "Who is Kailash Satyarthi?". Hindustan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2014. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
- ^ Chonghaile, Clar (10 Oktober 2014). "Kailash Satyarthi: student engineer who saved 80,000 children from slavery". theguardian.com. London: Guardian Media Group. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
- ^ "Angaben auf der Seite des Menschenrechtspreises der Friedrich-Ebert-Stiftung". Friedrich Ebert Stiftung. Friedrich-Ebert-Stiftung e.V. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2014. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
- ^ "Nobel Peace Prize Is Awarded to Malala Yousafzai and Kailash Satyarthi". New York Times. 10 Oktober 2014. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
- ^ "The Nobel Peace Prize 2014". Nobel Foundation. 10 Oktober 2014. Dicapai pada 10 Oktober 2014.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kailash Satyarthi |